Apabila Anda Ketandusan Idea Untuk Menulis

Menjadi satu dilema kepada semua penulis-penulis blog bila mana mereka ketandusan idea untuk menulis. Bukannya tiada masa, tetapi ketandusan idea menyebabkan segalanya terbantut. Apabila mereka di dalam situasi ini, apakah yang patut dilakukan? Ada beberapa rakan saya bertanya, dari mana saya dapat ilham nak tulis itu tulis ini? Walaupun saya rasa saya tidaklah terlalu aktif dalam penulisan blog, seminggu satu entri itu pada saya mencukupi, kalau ada perkara menarik yang ingin dikongsikan, mungkin saya akan menulis 4 atau 5 entri seminggu. Belum pernah lagi saya menulis lebih dari satu entri dalam satu hari, walaupun Knizam telah membuktikan ianya bukan satu yang mustahil.

Walaupun begitu, apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah, apa yang kamu boleh lakukan jika berada dalam situasi di mana kamu ketandusan idea untuk menulis. Saya bukanlah orang lama dalam bidang ini, tetapi sedikit sebanyak saya ingin kongsikan apa yang saya alami daripada pengalaman sendiri. Baiklah di sini saya ingin kongsikan tip-tip atau cara untuk “keluar” dari belengu ketandusan idea untuk menulis ini. Tip yang mudah dan ringkas, harap kamu boleh memahaminya dengan mudah.

  • Buka akhbar hari ini, baca dan cuba cari sesuatu yang menarik untuk dikongsikan atau dibincangkan. Mungkin daripada situ anda boleh dapat ilham untuk menulis. Kalau malas nak beli akhbar, layari sahaja akhbar atas talian seperi Berita Harian Online ataupun The Star Online. Cuba cari topik-topik yang menarik daripada situ.
  • Tip no. 1 itu kamu boleh aplikasi juga pada media lain seperti televisyen dan radio. Mungkin ilham itu boleh datang daripada situ.
  • Layari blog-blog penulis blog yang lain. Kamu sudah menceburi bidang penulisan blog, sudah pasti kamu mengenali beberapa penulis blog lain. Lawati blog mereka dan cuba baca dan lihat apakah penulisan terkini daripada mereka. Mungkin kamu akan peroleh ilham daripada blog mereka.
  • Layari laman-laman web “social boomarking” seperti Negaraku! dan Innit. Anda mungkin peroleh ilham daripada situ juga. Laman-laman web ini dikemaskini hampir setiap jam dengan entri-entri terkini daripada penulis-penulis blog lain, mungkin peluang anda untuk mendapat ilham lebih banyak apabila anda melayari laman-laman web ini. Terdapat banyak laman-laman web social bookmarking ini, kamu hanya perlu “Google” sahaja, segalanya sudah tersedia untuk kamu.

Itu sahaja, cukup dengan 4 tip itu. Saya rasa anda mampu mencari ilham untuk menulis melalui tip-tip diatas. Walaupun ada sesetengah daripada rakan saya yang mengatakan, mereka tiada idea untuk menulis kerana blog mereka mempunyai topik yang spesifik dan tidak mahu menulis perkara yang tidak berkaitan dengan topik blog mereka itu. Pada saya, ini juga tidak mempunyai masalah. Kamu boleh layari blog-blog yang berkaitan dengan blog kamu untuk mendapat ilham. Mudah kan?

Bagaimana dengan kamu? Mungkin kamu mempunyai tip yang tersendiri apabila berada dalam situasi ini. Mungkin juga boleh dikongsikan disini? Perkongsian daripada kamu amatlah dihargai. Terima kasih. :)

p/s: Sebenarnya saya juga dalam ketandusan idea untuk menulis, sebab itu entri ini ditulis. Hehe. :D

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Domain Percuma Gi.La Untuk Anda! Daftar Sekarang!
  2. Tip-tip Memilih Nama Domain Bagi Web/Blog Anda
  3. Daftarkan Domain Anda Serendah USD0.99=RM4 Sekarang!
  4. Bangkit Selepas Satu Tempoh Hibernasi Yang Panjang
  5. [Entri Khas] Kempen Blogger We Care

15 Comments

  1. TMUkmkd says:

    idea… ni pendapat K
    sebenarnya segalanya bergantung kepada niche atau genre blog anda
    seperti K, blog tetang teknologi, it, komputer dan sekuriti
    tiada masalah setakat ini tetapi tiada masa pula yang menjadi masalah
    dan juga sebab lain
    sebab tiada idea tidak pernah timbul sebenarnya kerana banyak rujukan dan bahan baru boleh didapati setiap hari
    tidak pula kira yang ilham tiba2 datang dan dijadikan penulisan :)
    oleh itu, bergantung kepada genre anda dan dapatkan input yang secukupnya daripada genre anda itu

    p/s: mudah sebenarnya tulis blog komputer dalam bahasa melayu, hanya perlu rajin menterjemah dan memudahkan artikel tersebut :)

    • ohMalaysiaku says:

      betul, saya setuju…mmg idea itu bergantung kepada niche blog kita tu jugak. Kalau sumbernya sedikit, maka mungkin agak sukar idea itu nak datang. Saya ada baca blog K, memang saya suka pendekatan dan cara penulisan K dalam blog.

  2. hehe…betul la yg no 1 tu…aku kadang2 guna gak bila tak de idea nak menulis apa… ;-)

    Entri terakhir dari blog Active Blogger ialah..Selesema Babi (Swine Influenza)

  3. alone says:

    peh. memang bernas idea kau tu.

    aku memang salute dengan knizam. dia sentiasa update dengan info2 terkini yang cool!

  4. kita says:

    betul bro dengan tip yg ko bagi….aku biasa guna.hehehehehe

  5. -WaN- says:

    hehe.. tiap2 hari aku wat mende ni. dari situ dapat idea..
    anyway thanks for sharing..

    Entri terakhir dari blog -WaN- ialah..Tag … (3)

  6. StudentMelayu says:

    Saya slalu gak bace2 blog orang tapi sy agak tertarik dgn blog ni..idea yang agak bernas n tidak terlalu memihak kepada mana2 parti politik.Anda seorang yg rasional dan tidak fanatik.Mungkin boleh dijadikan contoh lepas ni.hahaha..So far,keep moving forward.InsyaAllah sy akan ikuti perkembangan semasa anda..

  7. kolel says:

    blog yg penuh informasi…
    sy ada gak blog utk org yg x de idea nk tulis blog
    http://holyidea.wordpress.com/
    Entri terakhir dari blog kolel ialah..topik-topik menarik utk blog anda My ComLuv Profile

  8. kolel says:

    sy stuju dgn awk…sy ada gak idea utk sape2 yg x de idea nk tulis blog http://holyidea.wordpress.com/
    Entri terakhir dari blog kolel ialah..topik-topik menarik utk blog anda My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled