Tip-tip Memilih Nama Domain Bagi Web/Blog Anda
Agak lama juga tiada kemaskini dan entri terkini dari blog ni. Ok, kali ini saya akan kongsikan beberapa tip atau panduan kepada anda dalam memilih nama domain bagi web atau blog anda. Memandangkan sebelum ini saya ada kongsikan kupon promosi untuk pembelian domain serendah RM4, jadi adalah molek juga jika saya kongsikan sedikit tip bagaimana memilih dan menamakan domain bagi web atau blog anda itu. Iyalah, ini adalah satu proses yang penting. Nama domain bagi web atau blog anda melambangkan apa yang bakal anda persembahkan dalam web atau blog itu nanti. Lagi satu, kepada yang ingin mendaftarkan domain mereka sendiri seperti www.domainanda.com, proses penamaan dan penjenamaan web atau blog anda amat penting supaya domain yang bakal anda belikan itu tidaklah membazir, merugikan atau mungkin anda terpaksa melepaskan domain tersebut kepada individu lain atas dasar hakcipta.
Jadi dalam pemilihan nama domain, antara perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan ialah:
Mudah diingati – saya tahu ada sesetengah orang inginkan nama domain bagi web mereka nampak unik dan menarik, tapi sila pertimbangkan kembali, adakah dengan menamakannya sebegitu rupa akan memudahkan pelawat atau pembaca web anda mengingatinya dengan mudah tanpa perlu bookmark web atau blog anda itu? Ringkasnya, pendekkan nama domain anda supaya mudah diingati. Contohnya, www.khairulwidgets.com adalah lebih baik berbanding www.khairulwidgetsfactory.com.
Nama domain sama dengan nama web/blog – apabila anda namakan domain anda, pastikan nama domain anda adalah nama web/blog anda. Contohnya, jika nama blog anda Izratul’s blog ataupun Izratul, adalah lebih baik nama domain bagi web/blog anda itu dinamakan sebagai www.izratul.com ataupun www.izratulblog.com. Ingat panduan pertama tadi? Jadikan ia mudah untuk diingati.
Elakkan penggunaan nombor – perkara ini sering terjadi. Elakkan penggunaan nombor yang menunjukkan tahun dan sebagainya. Contohnya www.malaysiaku2008.com ; nama domain ini akan nampak luput atau ketinggalan zaman apabila kita melangkah ke tahun 2009, 2010 dan seterusnya. Jadi fikir sebetul-betulnya dalam meletakkan unsur angka dalam nama domain anda, pastikan ianya membawa erti sesuatu.
Jangan campurkan huruf dan angka dalam nama domain – ada sesetengah orang suka menamakan web/blog mereka dengan menggabungkan huruf dan angka dalam nama web/blog mereka. Contohnya, www.yoshiko.com lagi baik berbanding www.yoshik0.com kerana dapat mengelakkan daripada berlakunya typo apabila nama domain anda ditaip dan seterusnya anda tidak akan kehilangan pelawat web/blog anda.
Mana satu lagi baik? .com, .net atau .org? – persoalan ini sering kali menjadi dilema; yang manakah lagi sesuai? Pendapat saya terpulang pada individu terbabit, tetapi sebaiknya bermulalah dengan .com kerana kebanyakkan pelayar web secara mulanya akan merujuk kepada domain dengan extension .com kemudian .net dan seterusnya .org. Pandangan peribadi saya, .com lebih komersial penggunaannya dan sesuai digunakan bagi apa-apa jenis web, blog dan sebagainya. Manakala, .net dan .org lebih kepada sesuatu yang melibatkan komuniti dan organisasi.
Elak daripada menggunakan nama yang mempunyai hakcipta – sebaiknya sebelum anda daftarkan nama domain anda itu, lakukan sedikit carian di Google atau mana-mana enjin carian berkenaan nama domain anda itu. Mungkin nama yang anda ingin daftarkan itu adalah nama syarikat yang berdaftar dan jika ini yang terjadi sebaiknya batalkan niat anda itu dan cari nama domain yang lain. Rakan saya pernah membeli satu domain dengan gabungan nama “Ubuntu” dan seperti anda sedia maklum, nama Ubuntu ini dilindungi hakcipta. Jadi untuk mengelak berlakunya perkara yang lebih rumit, domain itu di”derma”kan secara percuma kepada pemegang hakcipta Ubuntu tersebut. Jadi, berhati-hati dalam memilih nama domain anda.
Jadi inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan kepada anda. Diharap artikel ini dapat memberikan sedikit panduan dalam membantu anda mencari nama domain yang terbaik untuk web dan blog anda.
p/s: Jika ada kekurangan dalam info yang saya kongsikan disini, saya amat alu-alukan komen dari pembaca semua. Moga masing-masing mendapat manfaat.
p/s/s: Kupon promosi harga domain serendah RM4 masih lagi sah. Kod kupon: 99DOMAIN
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
hey, thank untuk kupon tu.. tgh cr la ni..hehe
baru ni satu kajian dah dibuat yang orang lagi prefer
.org berbanding .net dan .info pulak elakan guna
kerana google crawler agak tidak berminat dengan
.info… saja tambah maklumat..hehe
thank lagi untuk kupon tu.
Entri terakhir dari blog izzat aziz ialah..aku takde keje, aku buat keje
terima kasih atas info tersebut. hmm… .info pulak murah2 sekarang…tapi kalau x mesra enjin carian, tak bagus juga…
sape la yang baik hati p derma domain ubuntu tu yer haha.. aku baru perasan aku kna tag rupanyer.. kna jwb ke ni
haha…sape yang beli & kasi tu mesti la tau..hauhau.. ha, tag wajib jawab, sbb susah nk pk nk tag sape..so kena tag kena jawab..haha
[...] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain & Web Hosting menawarkan pelbagai pakej web hosting mampu milik dan premium kepada individu serta syarikat [...]
8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog…
Nama domain ataupun domain name merupakan sebuah identiti yang unik merujuk kepada blog kita. Sebagai contoh yang mudah, nama domain bagi blog ini adalah http://www.pengendaliblog.com. Ianya unik, hanya ada satu dan tidak ada blog lain yang boleh menggunakan …
Thanks for the tips.
Memang perkara ni patut kita lakukan
sebelum beli nama domain…
Entri terakhir dari blog Mantra ialah..Tips Memilih Nama Domain untuk Blog
Sama-sama. Moga dapat dijadikan panduan dalam memilih nama domain yang tepat.