AJL24 – Tonton Anugerah Juara Lagu Ke-24 Secara Langsung di ajl.tv3.com.my
Kurang dari 4 jam sahaja lagi, Anugerah Juara Lagu kali ke-24 bakal berlangsung. Sememangnya pelbagai andaian dibuat mengenai siapakah yang bakal memenangi anugerah-anugerah yang ditawarkan pada AJL kali ke 24 pada tahun ini. Dilangsungkan pada tarikh yang cukup unik, 10.01.10, diharapkan persembahan yang diberikan bakal membawa keunikkan bersempena tarikh ini.
Jadi, kepada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana berlangsungnya majlis anugerah ini dan siapa yang bakal menggondol Anugerah Juara Lagu kali ke-24 ini bolehlah menonton secara langsung di kaca tv di rumah masing-masing, ataupun di kedai-kedai mamak, kafe-kafe ataupun di kaca skrin komputer anda secara langsung melalui ajl.tv3.com.my seperti saya pada jam 9.00 malam nanti.
Sebelum anda memulakan proses streaming di laman AJL24 tersebut, pastikan komputer anda sudah dipasang perisian Octoshape supaya proses streaming anda lebih lancar. Anda boleh dapatkan perisian pemasangan Octoshape di laman ajl.tv3.com.my yang dinyatakan diatas. Baiklah, itu sahaja setakat ini. Diharapkan anda semua dapat menonton AJL24 di mana sahaja anda berada.
p/s: Harap-harap TM Streamyx tak buat hal yang pelik-pelik la nanti.
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

AJL24 – Tonton Anugerah Juara Lagu Ke-24 Secara Langsung di ajl.tv3.com.my oleh OHMalaysiaKu.COM!…
Tontoni Anugerah Juara Lagu kali ke-24 secara langsung di ajl.tv3.com.my untuk mengetahui bagaimana perjalanan majlis AJL ke-24 ini berlangsung dan juga siapakah artis yang bakal menggondol anugerah ini…
chait!!aku xdapat tgok ah izzat.keje plak malam.haha
kalau keje tu tak boleh nak buat apa la. Takkan sambil kerja sambil tengok AJL kot. Hoho.
cmner aizat leh mang ek,,
Keputusan juri, manalah kita yang menonton ni tahu bagaimana penilaian dibuat.