Hafiz Juara AF 7 – Bukti Pengundi Malaysia Celik Menilai

Setelah beberapa minggu peserta-peserta Akademi Fantasia berentap dan selepas beberapa minggu juga, penonton-penonton mengundi peserta-peserta kegemaran mereka tanpa rasa jemu, akhirnya juara Akademi Fantasia 7 dilahirkan pada konsert terakhir yang telah diadakan di Stadium Bukit Jalil semalam (16 Mei 2009). Saya bukanlah peminat fanatik Akademi Fantasia (AF) ini dan selama AF 7 ini berlangsung, hanya satu konsert sahaja saya tonton, itu pun kerana sepupu saya adalah peminat program realiti TV itu. Daripada satu konsert yang saya tonton itu yang bertemakan  “Drama Muzikal” (maaf jika silap), saya dapat lihat potensi Hafiz dalam bidang nyanyian dengan vokalnya yang hebat. Dengan membawa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan begitu baik sekali, pada hemat saya Hafiz layak dinobatkan juara. Itu sangkaan saya apabila saya menonton konsert tersebut, namun selepas diumumkan AF Masuk yang telah memasukkan kembali Aril dalam AF 7, saya merasakan sangkaan saya mungkin meleset. Walaupun kemasukkan Aril itu cukup kontroversi, namun jika dilihat sejarah perjalanan Akademi Fantasia ini, kemungkinan besar Aril bergelar juara AF 7.

Saya tidak menonton konsert akhir semalam dan saya hanya tahu keputusan ini melalui akhbar Berita Harian dalam talian. Apabila terbaca keputusan tersebut, saya merasakan penonton telah melakukan undian dan pilihan yang tepat dalam menobatkan Hafiz sebagai Juara Akademi Fantasia 7 dan saya secara peribadi merasakan Hafiz layak menyandang trofi Juara AF 7 itu. Dengan kemenangan Hafiz AF7 selaku Juara AF 7 membuatkan saya terfikir, barangkali penonton-penonton di Malaysia sudah pandai dan celik dalam menilai kualiti artis-artis realiti TV ini dan bukan hanya menilai dari segi luaran sahaja.

Keputusan penuh Akademi Fantasia 7 2009 adalah seperti berikut:

  1. Hafiz
  2. Aril
  3. Akim
  4. Yazid
  5. Isma

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Hafiz AF7 kerana berjaya dalam merebut takhta Juara AF 7 2009, sememangnya anda layak menerimanya. Tahniah juga kepada pengundi-pengundi dan penonton-penonton AF7 yang telah membuat undian dan pilihan yang tepat dalam memilih Juara AF 7 kali ini. Diharapkan dengan kemenangan ini, Hafiz AF7 akan terus mewarnai lagi dunia seni tanah air dan menaikkan kualiti industri muzik tanah air.

Tahniah Hafiz AF7 selaku Juara Akademi Fantasia 7!

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. AJL24 – Tonton Anugerah Juara Lagu Ke-24 Secara Langsung di ajl.tv3.com.my
  2. Kabinet Malaysia Terkini 2009
  3. Terima Kasih Blogger Malaysia!
  4. Dua Enjin Jet F-5E TUDM Ditemui Semula. Syabas Perisikan Malaysia!
  5. Universiti Sains Malaysia (USM) India – Tawarkan Pengajian Perubatan Julai 2010

5 Comments

  1. dosz says:

    Akhirnya juara af7 kelahiran sarawak telah tiba! :P

    Entri terakhir dari blog dosz ialah..Congrats Hafiz!

  2. Rina says:

    Hafz mmgla bez..tp die nmpk mcm bdk2 lgla..die kene pndi manage diri die..nk jd artis mst up to date..xbole trlalu simple..die mstla tanm dlm diri die yg die kene sentiase yg terbek..xbole nk amik remeh..hafiz ni kene blaja nk urus show sume 2..

  3. Teh says:

    Hafiz AF7 masih aktif cuma tidak dipaparkan dalam media. Berita dan aktiviti beliau boleh dibaca dan diikuti dalam blog HafizAF7 FC, dan forum KPH.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled