Keputusan Rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) & Kontroversi?
Saya ini bukanlah peminat “kipas-susah-mati” dunia hiburan, tapi sedikit sebanyak saya ambil tahu juga apa yang berlaku disekeliling. Semalam adalah satu malam yang bermakna bagi semua penghibur dan pengiat seni tanahair kerana, semalam mereka ini telah diraikan dan sumbangan mereka dihargai dengan penganugerahan beberapa anugerah kepada para pengiat seni tahahair ini.
Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) yang telah disiarkan secara siaran langsung melalui TV3 dan radio rasmi HOT FM semalam telah saya tonton dari awal hingga ke penghujung. Tiada apa yang saya hairankan dengan keputusan yang diumumkan, segalanya telah dapat diteka daripada awal lagi. Namun, kepada yang masih belum tahu keputusan rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), ingin saya kongsikannya di sini.
Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
Pelakon Filem Lelaki Popular: Que Haidar
Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Noor
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular: Kumpulan Meet Uncle Hussain
Artis Nasyid Popular: kumpulan nasyid Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular: Norkhiriah
Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil
Dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 telah dianugerahkan kepada johan Raja Lawak musim 2, siapa lagi kalau bukan Nabil. Memang saya juga meminati gaya komedi Nabil dalam menyampaikan setiap komedinya dan apa yang saya boleh katakan, Nabil bijak dalam penyampaian mesej komedinya. Nabil juga telah dianugerahkan dengan anugerah Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.
Tahniah kepada Nabil saya ucapkan. Namun, kepada sesiapa yang menonton siaran penuh malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 semalam pasti perasan yang Nabil telah memeluk Irma setelah namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.
Saya tidak mahu komen panjang akan hal ini, pada hemat saya anda bijak menilai perkara ini. Tapi pada saya, selaku pendatang baru dunia hiburan dan dengan namanya yang sedang rancak diperkatakan, saya rasa Nabil perlu berhati-hati dalam setiap perlakuannya. Jangan sampai ianya memakan diri. Walaubagaimanapun, tahniah buat semua penerima-penerima anugerah dan diharapkan dengan penerimaan anugerah ini dapat memberikan satu motivasi kepada industri hiburan tanahair agar terus maju dan cemerlang.
p/s: saya tiada niat nak jadikan blog ni sebagai blog hiburan, ok?
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
pepandai nabil la lepas ni. kawin terus lagi bagus rasanya..
Entri terakhir dari blog ohmelayu | melayu boleh ialah..Kisah Guru Melayu: Bolehkah Guru merotan atau menghukum pelajar?
nabil tu dop sengaja laa..ala…bese la tu…artis pempuan tu pakai seksi2 dop sape pun nak bising2…terdedah sana sini…awrna rmbut mcm burung belatuk pun ade jgk…nape dop bising…
dah kawin pun terdedah jugak..lu pikirlah sendiri
Entri terakhir dari blog oh! cerita ialah..Tv3 : Adamaya (Slot Akasia) | Full Episode