Satu Negara Israel, Palestin
Saya terbaca satu berita yang menarik perhatian saya ketika membaca Berita Harian hari ini. Satu isu yang sudah lama dibahaskan bukan sahaja diperingkat nasional, malah diperingkat global. Isu yang bertahun-tahun didebatkan namun tiada suatu penyelesaian pun yang dapat menamatkan kemelut antara dua negara ini, Palestin dan Israel. Namun, berita yang baru sahaja saya baca ini sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir, apakah mungkin kemelut ini ditamatkan dengan pendekatan satu negara?
Sebelum saya ulas pendapat peribadi saya berkenaan isu ini, saya selitkan di sini berita penuh berkenaan isu ini.
Carter dakwa pemimpin Arab sedia pertimbang penyelesaian
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, berkata pemimpin Palestin sedang menimbangkan secara serius penyelesaian ’satu negara’ bagi konflik Palestin-Israel.
“Majoriti pemimpin Palestin yang saya temui menimbangkan penyelesaian itu yang akan membentuk satu negara di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean,” kata Carter dalam komentarnya yang disiarkan The Washington Post.
Bekas presiden itu baru-baru ini melawat rantau Asia Barat berkata, dengan melupakan hasrat membentuk negara Palestin yang bebas, mereka menimbangkan kemungkinan untuk menjadi rakyat bersama-sama bangsa Yahudi dan menuntut hak yang sama rata di bawah sistem demokrasi.
“Dalam perjuangan hak awam tidak membawa keganasan ini, contoh diteladani mereka ialah Mahatma Gandhi, Martin Luther King Jr dan Nelson Mandela,” katanya.
Carter berkata, dalam pertimbangan dibuat, pemimpin Palestin akan mengambil kira arah aliran demografi semasa yang mungkin memihak kepada mereka.
Dalam kawasan Israel-Palestin sekarang, penduduk bukan Yahudi mempunyai majoriti kecil.
“Dalam beberapa tahun lagi, bangsa Arab akan mempunyai majoriti yang jelas,” kara Carter.
Bekas presiden itu berkata, penyelesaian dua negara dicanangkan sekarang mungkin lebih diminati dan diterima pada peringkat akar umbi, namun penyelesaian satu negara lebih mudah dilaksanakan.
Komen daripada pemimpin Palestin dan Israel masih belum diperoleh mengenai cadangan satu negara itu. AFP
Kredit: Berita Harian
Cadangan satu negara ini pada saya adalah satu cadangan yang positif dalam menyelesaikan kemelut yang telah memakan masa puluhan tahun ini. Namun, apa yang saya khuatiri ialah, apa mungkin rakyat Palestin itu sendiri bakal menerima cadangan ini dengan mudah? Setelah apa yang berlaku? Setelah mereka diusir daripada negara sendiri, anak, isteri dan suami mereka ditembak dan dibunuh tanpa belas kasihan, rumah dan tempat tinggal mereka dibom dan sebagainya, apa mungkin mereka akan lupakan segalanya sekelip mata? Apa mungkin mereka boleh memaafkan dengan mudah tentera-tentera Zionis yang sebelum ini tanpa rasa belas kasihan menembak ahli keluarga mereka? Saya tidak fikir begitu. Puluhan tahun rakyat Palestin hidup dalam keadaan terasing seperti pelarian, tanpa rumah, tanpa bekalan makanan yang cukup. Luka yang terpahat di hati mereka terhadap Zionis mustahil untuk disembuhkan dalam sekelip mata.
Bagi pihak Israel pula, apa mungkin mereka boleh menerima rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada mereka? Mereka sudah pasti mempunyai perspektif mereka sendiri terhadap rakyat Palestin dan saya fikir mungkin ada daripada mereka yang tidak boleh menerima rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada mereka.
Namun, walaupun banyak kemungkinan untuk dipersoalkan, cadangan satu negara ini pada saya antara cadangan penyelesaian terbaik yang menguntungkan kedua belah pihak. Jika cara ini dapat mendamaikan kemelut puluhan tahun antara dua negara ini, saya secara peribadi menyokong dasar satu negara ini. Sudah puas saya lihat saban tahun jumlah korban rakyat Palestin akibat kemelut ini, saya cuma harapkan ianya bakal berakhir dan jika inilah jalan terbaik penyelesainnya, maka saya menyokong sepenuhnya dasar satu negara Palestin-Israel ini.
Bagaimana pula pendapat anda berkenaan isu ini? Apakah ia mungkin menjadi titik tolak ke arah penyelesain kemelut Israel-Palestin?
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
x mungkin mslh boleh selesai dengan satu negara…sesungguhnya negara israel skrg patut bagi kepada palestin kerana mereka perampas negara hak islam..tanah anbiya’.dan tanah yang mana ramai para syuhada yang mati syahid…sepatutnya kita org islam bgbung dan bersatu sesama kita dan berjihad ke jln Allah…sprtimana zaman khalifah sblm ini..kembalikan zaman kgemilgn islam..semua yg tjd atas ksilpn kita umt islm yg lalai,x bstu,msih pthnkn sistm brt dan sgup dudk d bwh kuasa brt…..sama2 la kita umat islam bangkit bersatu hati dan berjihad ke jln yang diredhai Allah
sebab negara Islam tidak bersatu. Saya rasa itulah punca utama, walaubagaimana desakan diberikan, kalau kita tidak bersatu, tiada jalan penyelesaian dapat dicapai.