Adakah Kita Perlukan Orang Gaji Indonesia?

Sekian lama tidak menulis di sini, sudah bersawang blog ini hampir sebulan lebih tanpa info terkini dan isu untuk didiskusikan. Namun, saya gagahkan diri untuk menulis dan melemparkan beberapa pandangan peribadi mengenai satu isu yang kini sedang diwar-warkan di kaca televisyen, iaitu isu pengambilan orang gaji di kalangan warga Indonesia. Saya tidak pasti isu ini relevan untuk didiskusikan, tetapi saya berpendapat sedikit sebanyak, satu kesedaran harus diberikan kepada rakyat Malaysia kini yang sesetengahnya memandang sinis kerjaya orang gaji di Malaysia ini.

Kenapa saya begitu tertarik untuk membincangkan isu ini? Sebenarnya saya tertarik apabila menonton Buletin Utama 2 hari lepas yang menyatakan gaji seorang orang gaji yang boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan. Mungkin saya boleh dikatakan bagai katak di bawah tempurung, namun ikhlas saya katakan, agak terkejut saya dengan angka itu. Tidak pernah saya sangka, kerjaya orang gaji juga memberikan pendapatan yang lumayan. Mungkin juga ini disebabkan keluarga saya tidak pernah amalkan mengambil orang gaji, namun ada diantara rakan-rakan saya yang mempunyai orang gaji dirumah. Pelbagai cerita saya dengar daripada mereka, ada yang majikannya menanggung kos penerbangan untuk balik ke Indonesia dan tidak kurang yang menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.

JAKARTA: Indonesia mulai hari ini memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.

Kredit: Berita Harian

Namun, setelah difikir-fikirkan, kenapa kita perlukan mereka daripada Indonesia? Mana pergi rakyat Malaysia? Adakah mentaliti kita terlalu sempit bagi kerjaya orang gaji ini? Melihat kepada pendapatan yang diterima, sememangnya kerjaya ini memberikan gaji yang lumayan. Orang gaji di rumah rakan-rakan saya juga adalah diantara warga Indonesia. Kenapa tidak rakyat Malaysia sendiri yang mengambil alih kerjaya ini? Sudahlah dalam bidang pembinaan pun dimonopoli oleh mereka daripada Indonesia, jangan sampai semuanya mereka monopoli semua bidang kerja di Malaysia sudahlah. Walaupun nampak mustahil, namun masih ada kemungkinan.

Pendapat peribadi saya, tak perlu kita hentikan seketika. Sepatutnya, kita hentikan terus dan cuba kita buka minda rakyat tempatan mengenai peluang-peluang kerjaya sebegini. Bukanlah saya tidak setuju pengambilan pekerja asing, tapi saya merasakan, kita terlampau ramai mengambil pekerja asing sehinggakan lambakkan pekerja asing yang tanpa pekerjaan memberikan satu masalah kepada negara. Tak perlu saya perkatakan permasalahan yang mungkin berlaku, saya pasti anda faham apa yang saya maksudkan.

Jadi apa kata anda? Saya hanya menyuarakan pendapat peribadi saya sahaja berkenaan isu ini, mungkin anda punyai pandangan anda sendiri. Jadi, bagaimana dengan anda?

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. PTPTN Lupuskan Pinjaman 9,545 Orang Pelajar Sebanyak RM277.99 Juta
  2. Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya?
  3. Zambry MB Sah Perak: Adakah Ini Demokrasi?
  4. Duit Syiling Baru Malaysia 2012; Adakah Satu Perubahan Yang Relevan?
  5. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita?

17 pandangan telah dikongsikan

  1. nf says:

    NAMPAKNYA KT MEMERLUKAN PEMBANTU RUMAH DR NEGARA LAIN LA SEBAB BG SAYA PR DR INDONESIA BANYAK MEMBERIKAN KESAN (-) TP X JUGA DINAFIKAN ADA YANG BAIK NAMUN DISEBABKAN KEBANJIRAN PEKERJA ASING NI MEMBUATKN RAKYAT MALAYSIA STRESS…YELAH KT MN2 ADE DIORANG,,,,

  2. abrablog says:

    ehm..orang kita ramai yang tak nak jadi orang gaji. Takde kelas katanya..

    Entri terakhir dari blog abrablog ialah..King of Pop: Who is Michael Jackson?

    • ohMalaysiaku says:

      Itu yang cuba saya perjelaskan diatas, semuanya disebabkan mentaliti kita yang memandang serong terhadap kerjaya ini. Buat apa tukar istilah “orang gaji” kepada “house executive” la, “juru rumah” la. Tak perlu semua tu, apa yang perlu ialah, tukat persepsi masyarakat mengenai kerjaya ini. Mudah.

    • tompang says:

      kerjaya pembantu bukan tak de kelas tp kerja rendah

  3. zahid says:

    Salam…
    Saya amat setuju dengan pendapat anda.
    Disini saya ingin mengwar-warkan tentang sebuah laman web tempatan yang dibina khusus untuk mencari orang gaji tempatan. Web ini akan mempertemukan bakal majikan dengan pemberi khidmat(orang gaji) tempatan (lebih kurang macam jobstreet).
    Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini http://www.oranggaji.com

    Entri terakhir dari blog zahid ialah..Pesanan Pada Pemberi Khidmat

  4. sudipgarpu says:

    Dah banyak yang buruk dari baik…tapi masih tak sedar2 lagi… sekat terus kemasukan diorang… cuba pegi area Chow Kit.. macam bukan tempat kita.. hari minggu diberi pelepasan utk org gaji rehat..berkumpul depan uda ocean..takutnya…..seolah tempat tu dah digadai pada fiorang… huh!!!

  5. wakakaka..ada juga web cam gini,org gaji

  6. arfan says:

    saya sagat setuju dgn penyataan bhawa kta tak perlu orag asing utk bkerja dinrgara kta.ngara kta amt mdah utk mncri rzeki.jgnlah kta buang duit dgn byar gji kpd pkeja asing yg dimana mreka peroleh pndptan di ngara kta,apbla plang mreka akn mnjdi snag lenag di ngara mreka.kpd wrga malaysia jgn lah terlalu memilih sgt krja.jgn lah biar wrga asing monopoli ekomi kta.

    • sumbang says:

      memang kta x perlukan pekerja asing kalu org kta x malas.tp tengok la. sape sanggup jd buruh? sape sanggup menjadi org gj? baik merayau pade keja cam to.kann?

  7. Ami says:

    Saya setuju dimana mentaliti kita yang memandang serong terhadap kerjaya ini. Bila difikirkan orang gaji, perkara pertama adalah maruah diri dimana rakyat kita juga terlalu mementingkan maruah diri, memandang kerjaya begini rendah sehinggakan orang malaysia (lulusan SPM) kalau diberi pilihan kerjaya sebagai cashier dgn gaji RM600 atau orang gaji dgn gaji RM800, ya pasti mereka lebih memilih cashier, kerana apa? saya rasa anda semua pun tahu.

  8. Afiqah says:

    buleh ker harapkn org asing jadi pmbantu rumah???

  9. hazzar91 says:

    emmm…saya dah lama fikir tentang hal ni,tapi kan ini berkaitan juga dengan rakyat malaysia yang suka memilih pekerjaan,sanggup manganggur daripada bekerja sebagai pembantu ,tapi dalam masa yang sama saya memang tak bersetuju dengan pendatang asing yang masuk ke negara kita ne saya rasa bukan saja ekonomi malahan keamanan kita juga akan terancam..

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge