Diskaun Tol 10 Peratus Bagi Kenderaan Ringan

Satu lagi langkah mengutamakan rakyat telah dirancangkan dan akan dilaksanakan kerajaan iaitu pemberian diskaun tol sebanyak 10 peratus bagi kenderaan ringan. Baru semalam kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen, kemudian hari ini satu lagi pengumuman dibuat. Kerajaan sudah peka dengan rintihan rakyat nampaknya. Berita penuh seperti dibawah.

KUALA LUMPUR: Pengguna kenderan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Jan tahun depan.

Plus Expressway Bhd, pengendali keduadua lebuh raya itu akan turut memberikan diskaun 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya dari 12 tengah malam hingga 7 pagi pada hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, juga untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa tahun depan.

Bagi menggalakkan pengguna menggunakan sistem bayaran tol elektronik, Plus turut memperkenalkan “Program Loyalti Plus” yang mana pelanggan yang menyertai program tersebut berpeluang menikmati rebat tol sebanyak lima peratus daripada nilai terkumpul bulanan minima sebanyak RM200 di Lebuhraya Plus dan Lebuhraya Elite bermula 1 Jan.

“Dengan pemberian insentif-insentif ini, kami menjangka aliran trafik bagi Lebuhraya Plus pada waktu tersebut akan meningkat,” kata Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid pada sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamad, di sini hari ini.

Lebuhraya Plus mencatatkan aliran trafik 800,000 buah kenderaan sehari dimana 10 peratus daripadanya dicatatkan pada luar waktu puncak.

Mohd Zin yang menyambut baik langkah Plus itu dan berkata: “Pastinya langkah ini memberikan kelegaan kepada jutaan pengguna lebuh raya Plus setiap hari. Selain itu, ia diharapkan dapat menggalakkan orang ramai bangun untuk ke tempat kerja lebih awal dan bekerja untuk tempoh yang lebih panjang dan meningkatkan produktiviti”.

Beliau berharap syarikat konsesi lebuh raya lain khususnya yang berdaya maju agar mencontohi Plus dan mengambil inisiatif menurunkan kadar tol masing-masing dengan memberi nilai tambah kepada pelanggan mereka.

Mohd Zin bagaimanapun berkata kerajaan tidak akan membuat bayaran pampasan dalam apa bentuk kepada syarikat konsesi untuk menurunkan kadar tol.

Beliau berkata inisiatif Plus itu mencatat sejarah di mana langkah mengurangkan kadar tol tidak melibatkan bayaran pampasan daripada kerajaan.

Mohd Zin berkata hasil kajian jawatankuasa penilai yang dikendalikan kementerian berhubung pengurangan kadar tol, mendapati lapan daripada 23 syarikat konsesi lebuh raya tidak akan mampu berbuat demikian kerana berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kewangan, penstrukturan semula hutang dan berada di bawah kendalian “receiver and manager”.

Lapan syarikat konsesi itu ialah pengendali Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Lingkaran Kajang, Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat, Lebuhraya Shah Alam-Kuang, Terowong Smart, Lebuhraya Kuala LumpurPutrajaya, Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru. BERNAMA

Sumber: Mstar

Tapi apa yang kurang menariknya, kenapa diskaun ini hanya berkuatkuasa dari 12 tengah malam hingga 7 pagi sahaja yang mana rata-rata pada waktu itu memang kurang pengguna lebuh raya? Bukanlah tidak bersyukur dengan usaha kerajaan ini, tapi alangkah baiknya jika diskaun ini diberikan sepenuhnya, tidak kira masa. ohMalaysiaku berpendapat pemberian insentif-insentif ini sememang menguntungkan rakyat tapi pemberian diskaun ini yang hanya untuk pengguna yang menggunakan lebuh raya dari jam 12 malam hingga 7 pagi adalah tidak berapa sesuai. Berapa ramai daripada kita yang gunakan lebuh raya pada waktu malam? ohMalaysiaku tidak dapat memberikan statistik yang tepat namun daripada pemerhatian sahaja sudah cukup untuk menggambarkannya. Bagaimana pendapat anda? Tinggalkan sedikit ulasan anda dibawah berkenaan isu ini. Walaubagaimanapun, ohMalaysiaku memang menyokong usaha kerajaan ini sepenuhnya. :)

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Sistem Biometrik Untuk Pilihan Raya; Mampukah Mengatasi Kelemahan Sistem Sedia Ada?
  2. SKMM Akan Saman ASTRO?
  3. Analisis Belanjawan 2012: Mewah atau Krisis Hutang?
  4. #OpMalaysia – Utusan Malaysia Harus Lebih Jujur Dalam Melaporkan Berita
  5. Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)

3 pandangan telah dikongsikan

  1. KNizam says:

    benci aku dengan diskaun yang mcm tak ikhlas je ni. hehe :)

    KNizam’s last blog post..“Wowzio Widget” Ni Memang Betul2 Wau Lah ! Hehe :)

  2. Mamanz says:

    Artikel ini telah di link ke dalam blog saya secara singkat sesuai dengan tarikh posting ini.

    Blog saya adalah: http://kilasblogs.blogspot.com

    Terima Kasih…

    Entri terakhir dari blog Mamanz ialah..Tema Baru OH Malaysiaku

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge