Dua Enjin Jet F-5E TUDM Ditemui Semula. Syabas Perisikan Malaysia!

Saya melayari BeritaHarian Online hari ini dan terbaca mengenai satu isu hangat suatu ketika dahulu iaitu mengenai kehilangan enjin jet pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang disyaki hilang kerana dicuri telah ditemui semula. Satu kejayaan bagi unit perisikan Malaysia atas kecekapan mereka dalam menyelesaikan isu ini. Namun, apakah penyiasatan akan dihentikan setakat ini?

KUALA LUMPUR: Dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri ditemui semula hasil kerjasama dengan kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. [Baca berita lengkap]

Memandangkan sebelum ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada pegawai atasan yang terlibat, tetapi mendapati ada kelemahan dalaman pihak TUDM dalam kes ini. Saya melihat kelemahan dalaman seperti ini harus ditangani segera agar kejadian yang sama tidak berulang.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menutup siasatan kes kecurian enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan memutuskan tidak ada pegawai kanan pasukan itu terlibat dalam kes berkenaan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, kesimpulan itu dibuat setelah PAC mendapati tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan mana-mana pegawai kanan pasukan itu dalam kes berkenaan.

“PAC mendapati memang ada kelemahan dalaman (TUDM) berlaku tetapi kita tidak nampak ada penyelewengan di peringkat atasan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kedua PAC dengan Kementerian Pertahanan dan TUDM berhubung kes berkenaan di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. [Baca berita lengkap]

Walaubagaimanapun, syabas buat perisikan Malaysia atas kecekapan mereka dalam menyelesaikan kes kehilangan enjin pesawat F-5E ini dan diharapkan dengan terjumpanya enjin ini, pihak TUDM bakal merombak sistem dalaman mereka agar kejadian sebegini tidak berulang di masa hadapan. Pada pandangan saya, ini merupakan satu kejayaan besar bagi unit perisikan Malaysia bagi tahun 2010 dan syabas diucapkan sekali lagi. :)

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
  2. Diskaun Tol 10 Peratus Bagi Kenderaan Ringan
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) India – Tawarkan Pengajian Perubatan Julai 2010
  4. Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100
  5. Kabinet Malaysia Terkini 2009

7 Comments

  1. DaHLia says:

    syabas perisikan malaysia..tapi xharus tutup buat diam jer gitu..
    perlu di kaji balik dan mana yang pincang perlu diperbetulkan..

    or maybe xmau kecoh2??
    Entri terakhir dari blog DaHLia ialah..Orang kata …..tapi memang betul pun… My ComLuv Profile

  2. Dak Wan says:

    Bagi teman, isu dalam sistem ketenteraaan negara perlu di perbaiki segala kepincangan yang ada. Jangan sampai dah terantuk, baru nak tergadah… Tak ke haru, bila tengah berperang baru perasan enjin jet nya takder? Hehehe

    • Betul tu, benda2 camni patut jadi pengajaran. Segala kelemahan dan kepincangan harus diatasi dan ditangani segara. Kalau sekarang enjin F-5E yang hilang, tak mustahil nanti enjin Sukhoi boleh hilang jika kelemahan-kelemahan seperti ini tidak ditangani.

    • malasian says:

      teman setuju sangat dengan pendapat Dak Wan tu, kalau dah enjin jet tak de kita balik perang guna keris la.Faham-faham la kalau guna keris apa jadi pada kita.kah…kah…kah

  3. Xpxdxpx says:

    Apa bendanya nii….masuk base KL pun senang jee….kata jee keselamatan ketat….tapi macam haram jadah….buat krisis ekonomi jee

Leave a Reply

CommentLuv Enabled