“Facebook dan Twitter Adalah Satu Kejutan Budaya” – Datuk Seri Dr Rais Yatim

Agak terperanjat saya apabila saya melihat status Twitter rakan-rakan yang menggunakan hashtag #yorais pada hari ini. Tertanya-tanya apakah cerita disebalik penggunaan hashtag #yorais ini di dalam laman Twitter sehingga menjadi salah satu trending topic ketika entri ini ditulis.
Stands for “Yo, Rais…” Refers to Rais Yatim, the current Malaysian Information, Communications, and Culture Minister. He recently advised Malaysians to not be immersed in the “western culture” that is Facebook and Twitter.
Malaysian Twitter-ers think that he is too old and backward minded to be serving and hence the #yorais hashtag by making jokes that he is ancient or old.
Sumber: WhatTheTrend
Saya lantas melakukan sedikit pencarian akan kisah disebalik kerancakkan hashtag #yorais ini. Akhirnya saya ketemu juga kisah disebaliknya. Ini semua bermula gara-gara kenyataan akhbar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam beberapa akhbar utama seperti Berita Harian dan The Star. Saya baca berita yang ditulis di dalam laman web Berita Harian dan The Star dan cuba untuk berfikir daripada sudut yang positif mengenai apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr. Yais Yatim.
Melalui pembacaan saya, kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim ini pasti berkait rapat dengan penahanan seorang pelajar ASWARA baru-baru ini. Namun, walau apa-apa pun alasannya, dalam perkara ini saya merasakan kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai pengguna-pengguna Facebook dan Twitter mungkin kurang disenangi dan tidak dipersetujui. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu membincangkan akan hal itu. Namun, anda boleh tinggalkan pandangan atau komen anda mengenai isu ini untuk kita sama-sama bincangkan.
Pandangan peribadi saya ialah, kerajaan dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim sendiri patut sedar akan pengaruh Twitter khususnya dalam penyebaran sesuatu berita. Pada saya, Twitter bukan sekadar medan untuk berinteraksi dan menjalinkan rangkaian dalam talian, namun lebih daripada itu. Penyebaran berita-berita terkini lebih cepat melalui Twitter dan perkongsian maklumat pula sangat mudah. Contohnya berita mengenai gempa bumi di Padang,Indonesia baru-baru ini adalah lebih cepat dikongsikan melalui Twitter berbanding laman-laman web berita dan televisyen. Dalam membuat penilaian mengenai berita yang disebarkan melalui Twitter, saya berpandangan, rakyat Malaysia cukup matang dan rasional dalam menilai sesuatu berita itu. Pandangan anda pula bagaimana?
p/s: Sebenarnya saya pun kurang pasti apa yang tidak betulnya mengenai kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim tu, mungkin akhbar yang menokok tambah?
Sumber: Berita Harian, The Star
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
why are u making excuses for him??? its not the akhbar that tokok-ed and tambah=ed… #yorais is THAT stupid and ancient!!!
No, I’m not making excuses for him, just looking from another side where some people might have missed. I know, sometime what is written in the newspaper are 100% percent true and maybe some of it are twisted from the original story by the writers as to bring up the story. Well, as you see in my entry above, I put a question mark at the end. The news might be twisted a bit from the original or maybe not. That’s why I’m asking for opinion.
I’m also Twitter and Facebook users, hence, I know how useful Twitter and Facebook in spreading the news.
Anyway, thank you for your opinion.
dia jeles tak dapat join twitter ngn fb ni.cayalah cakap aku,
Kenapa tak boleh join pula? Bukannya ada sekatan pun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri ada akaun di Twitter dan Facebook, kenapa tidak kepada menteri-menteri?
entah-entah diorang x reti nak main kot..hehe
Mereka perlu ikut perkembangan teknologi masa kini, jangan terlampau fanatik dengan teknologi yang dah lapuk.
ala bukan payah mana. sebab dia bukan pada zamannya.
kalau zaman dia sapa tak layan Beatles, Elvis, blues memang ketinggalan zaman
so kene trima la now
benda tu semua trend semasa

Entri terakhir dari blog antiTwitter’n'Facebook ialah..Ucapan Sendiri
betul ke antiTwitter’n'Facebook neh? huhu..
Memang bukan zaman dia, namun kena up to date la sikit kan?
haha tak la.. saja je taruk nama gitu

Entri terakhir dari blog TMUkmkd ialah..Conteng Gambar v.2
diorang ni kena tau sume benda social media ni. cam hang mention la, twitter lagi cepat sebar berita or pape updates. nak tak nak kena la ikut, cuma pandai tak pandai je nak tapis. kan?
Entri terakhir dari blog nesca ialah..New Nokia 5800XM Firmware
betul, takkan kita masih nak ditangkuk lama. Teknologi memudahkan kita, kita harus gunakan sebaiknya. Mengelak dari menggunakan dan menggesa pengguna lain menjauhi teknologi bukan caranya. Sepatutnya guna teknologi untuk dekatkan diri dengan masyarakat.