Harga Minyak Turun Harga Lagi! Kali ini RM1.90/liter!

Kali ini adalah kali ke-enam kerajaan menurunkan harga minyak setelah dinaikkan kepada RM2.70/liter beberapa bulan yang lepas. Namun berkuatkuasa hari ini, harga terbaru bagi minyak petrol RON97 ialah RM1.90/liter yang mana lagi murah daripada harga asal sebelum kenaikan harga minyak diumumkan kerajaan beberapa bulan lepas! Ini sudah tentu suatu berita yang sangat menggembirakan terutama bagi pengguna kenderaan bermotor, mereka mungkin sudah boleh menarik nafas lega sedikit setelah penurunan harga minyak ini. Bajet bulanan saya juga mungkin dapat dijimatkan, maklumlah kalau sebelum ni saya perlu belanjakan lebih kurang RM70 untuk seminggu setengah hanya untuk minyak kereta, namun sekarang ni boleh dijimatkan kepada RM50. RM20 sudah dapat dijimatkan.

Berita penuh adalah seperti dibawah, petikan dari Berita Harian Online.

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, iaitu penurunan kali keenam sejak harga bahan api itu dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu.Berikutan itu, petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter berbanding RM2.00 seliter sebelum ini, manakala harga runcit petrol RON92 dan diesel diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.Penurunan itu sekali gus memperlihatkan harga runcit petrol RON97 di pasaran kini lebih rendah berbanding RM1.92 seliter iaitu paras sebelum ia dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata kerajaan mengambil keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmati kesan penurunan ketara harga minyak mentah dunia.

“Oleh kerana harga minyak dunia sudah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmati manfaatnya,” katanya.

Mengikut formula penyelarasan harga bahan api berikutan penstrukturan semula subsidi minyak 5 Jun lalu, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia, selepas ditolak subsidi kerajaan.

Kerajaan mengumumkan penurunan harga pertama pada 23 Ogos lalu dengan petrol RON97 dan RON92 masing-masing turun 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel dikurangkan lapan sen kepada RM2.50 seliter.

Ini diikuti pada 25 September lalu, apabila harga runcit bahan api berkenaan sekali lagi diturunkan 10 sen menjadikan harga petrol RON97 pada RM2.45; RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40) seliter.

Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga kali ketiga dengan harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter kepada RM2.30, RON92 turun 10 sen seliter kepada RM2.20, manakala diesel 20 sen seliter kepada RM2.20.

Namun apa yang ingin saya kongsikan dan bangkitkan disini ialah meskipun harga minyak turun, sesetengah perkhidmatan awam seperti bas ekspres contohnya masih mengekalkan surcharge sebanyak 30% bagi setiap harga tiket yang dibeli. Dimana rasionalnya surcharge ini dikenakan? Mana pihak terbabit yang harus bertanggungjawab? Saya tidak tahu bagaimana dengan bayaran teksi dan sebagainya, mungkin juga sama ceritanya dengan bas ekspres. Mungkin anda ada cerita disebaliknya, saya dah jarang naik teksi. Setahu saya, surcharge ni dikenakan kerana nak menampung kesan kenaikan minyak, namun sekarang? Harga minyak sudah turun 6 kali, caj tambahan 30% masih belum turun-turun, apa cerita? Kalau kerajaan dah bertindak, mana pula tindakan daripada pengguna?

Saya persoalkan hal ini kerana bas ekspres merupakan antara perkhidmatan awam yang ramai penggunanya terutama pelajar-pelajar sekolah dan universiti malah mereka yang sudah bekerjaya. Lebih-lebih lagi sekarang banyak musim perayaan. Yang paling dekat ialah Hari Raya Aildiladha, takkan harga tiket masih dikekalkan seperti harga semasa harga minyak RM2.70? Saya berpendapat, kadar caj tambahan ini harus dikaji semula dan diambil tindakan segera oleh pihak berwajib.

Anda mungkin ada pengalaman atau cerita anda sendiri. Sudikanlah berkongsi disini, moga ramai yang dapat maklumat tersebut.

p/s: Kadang-kadang tengok harga tiket bas macam dah hampir sama dengan harga kapal terbang dah. Nak naik bas lagi ke?
p/s/s: Nak salahkan siapa dalam hal ni? Pengusaha bas ekspres ataupun kerajaan?
p/s/s/s: owh, ini entri pertama untuk bulan disember, hanya ada lebih kurang 3 minggu untuk tahun baru. :)

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Minyak Turun Harga Lagi! Sekarang RM2/liter
  2. Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
  3. Diskaun Tol 10 Peratus Bagi Kenderaan Ringan
  4. Jangan Ada Yang Jadi Batu Api
  5. Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab

5 Comments

  1. shaxx says:

    bila minyak naik, rakyat bising, peniaga bising…
    bila minyak turun, rakyat tepuk tangan, peniaga buat bodoh…
    x kan salah kerajaan jugak kot? hehe

    Entri terakhir dari blog shaxx ialah..PayPal into Tune Money

  2. Joe says:

    Minyak turun pun tiket bas still mahal lagi.. masih ada surcharge 30% hampeh. Aku rasa la kn kalau minyak naik naik pulak nanti harga barang akan trus naik

  3. titan says:

    biasalah tu. dah nama pun pengguna dan peniaga.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled