Hari Guru: Masihkah Kita Hargai Mereka?

Hari Ibu telah berlalu sudah, namun masihkah kita ingat satu lagi golongan yang juga memberikan jasa yang besar dalam kehidupan kita ini? Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan golongan pendidik yang kita selalu labelkan mereka sebagai guru ataupun cikgu ini. Apakah masih kita ingat akan jasa dan pengorbanan yang mereka berikan kepada kita dahulu? Lagi empat hari untuk kita menyambut Hari Guru 2009 yang pada tahun ini bertemakanGuru Pembina Negara Bangsa” manakala pada tahun lalu membawa maksud “Guru Cemerlang Negara Terbilang“. Saya melihat kedua-dua tema ini saling berkaitan kerana pada pandangan saya, guru adalah pemangkin ke arah kemajuan negara. Tanpa golongan ini maka tiadalah pemimpin-pemimpin negara yang dapat kita saksikan sekarang ini. Mana mungkin berdirinya Tun Mahathir jika tiada golongan ini dibelakangnya. Mana mungkin anda yang berada di hadapan komputer sekarang ini, dapat membaca dan memahami apa yang saya tulis ini tanpa anda guru ataupun cikgu yang mengajar anda mengenal huruf dan membaca. Jadi, mereka inilah antara golongan yang banyak menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan negara.

Sejak dari kecil, seawal usia 6 tahun, kita dihantar ke tadika ataupun taski ataupun pra-sekolah untuk mencedok seceduk ilmu, golongan guru inilah yang banyak membantu dalam usaha mencorak bakal pewaris negara supaya dapat membawa negara ini ke arah matlamat yang ingin dicapai. Namun, sejak dari kecil itu jugalah, berapa ramai di antara kita yang mengucapkan ucapan “Terima kasih, cikgu” atau “Terima kasih, guru” atas setiap pengorbanan dan jasa dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada kita sejak kita kecil tanpa mengharapkan langsung balasan daripada kita. Kejayaan yang kita tempa itu sudah dianggap satu balasan kepada mereka atas ilmu yang dicurahkan. Betap murninya pengorbanan dan jasa mereka.

Pelbagai memori telah saya lalui bersama-sama golongan guru ini, ada yang manis untuk dikenang dan ada yang pahit, namun itulah yang membantu saya menjadi seorang insan yang digelar manusia. Pengalaman dirotan, didenda dan sebagainya itu adalah perkara biasa pada saya, kerana adat belajar, kalau dengan lisan sudah tidak dapat diterima maka, hukuman dari segi fizikal atas dasar memberikan pengajaran wajar diberikan. Tapi biarlah berpada-pada, tidaklah sehingga menyebabkan kecederaan yang serius dan itu pada saya sudah melebihi had pengajaran yang sepatutnya diberikan. Jadi kepada ibu bapa khususnya, janganlah terlalu cepat membuat spekulasi apabila golongan guru ini memberikan denda kepada anak-anak mereka kerana golongan guru ini hanyalah menjalankan tanggungjawab mereka membawa visi negara supaya ianya menjadi suatu realiti kelak.

Ingin saya kongsikan di sini ialah lagu tema bagi Hari Guru 2009Guru Pembina Negara Bangsa” dan liriknya juga saya kongsikan sekali di sini atas dasar perkongsian maklumat. Anda boleh muat turun lagu ini melalui pautan di bawah.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu: Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik: Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik: Marzuki bin Tambi

Muat turun lagu tema ini
Kredit kepada www.moe.gov.my

Apa yang ingin katakan lagi ialah, janganlah Hari Guru ini kita hanya raikan tika mana kita masih di bangku sekolah sahaja, tapi hendaklah kita ingat dan hargai golongan ini setiap masa, kerana tanpa ilmu yang mereka curahkan, mustahil kita akan berjaya seperti sekarang. Jadi hormatilah golongan ini dan ingatlah setiap jasa dan ilmu yang mereka curahkan. Saya pasti anda akan rindu saat menuntut ilmu bersama-sama guru-guru atau cikgu-cikgu anda kerana apabila anda melangkah ke alam universiti, manisnya menuntut ilmu bersama guru itu tidak semanis anda menuntut ilmu ketika di universiti. Saya sudah alaminya dan saya sedar, kenangan bersama guru-guru saya dahulu lebih indah untuk dikenangi berbanding di universiti sekarang. Bukanlah saya tidak hargai jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah di universiti, tapi pada hemat saya, waktu yang diluangkan bersama-sama adalah amat jauh berbeza ketika mana di zaman persekolahan. Pada saya, guru ibarat seorang “ibu” atau “bapa” yang ingin melihat anak didiknya berjaya dan menjadi seorang insan yang berguna kelak.

Jadi bersempena Hari Guru 2009 yang bakal tiba pada 16 Mei 2009 ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan cikgu-cikgu yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya sejak saya di bangku sekolah sehinggalah saya menjejakkan kaki ke universiti. Guru-guru dan cikgu-cikgu daripada Tadika Kemas Binjai, SK. Binjai Kemaman, MRSM-YT Dungun, MRSM Pasir Tumboh dan MRSM Balik Pulau yang telah banyak mencurahkan ilmu, mengajar dan membentuk saya menjadi seorang insan bergelar manusia. Terima kasih juga kepada semua guru-guru di Malaysia di atas usaha dan pengorbanan mereka mencurahkan ilmu-ilmu mereka kepada para putera puteri pewaris negara yang bakal merealisasikan visi negara menjadi suatu realiti kelak.

Terima kasih guru! Terima kasih cikgu! Jasamu akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya?
  2. Adakah Kita Perlukan Orang Gaji Indonesia?
  3. Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya?
  4. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita?
  5. Din Beramboi; Satu Pengajaran Untuk Kita Semua

9 pandangan telah dikongsikan

  1. sholihah mansor says:

    Sememangnya dunia tidak dapat nafikanbahawa seorang guru itu adalah seorang insan bernuranikan ibu dan bapa. Mereka tiidak pernah alpa dalam menjiruskan ilmu yang ditatahkan kasih sayang demi membina sebuah negara bangsa yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Ketabahan, kesabaran, dan kegigihan seorang guru telah menjadikan Dr Mahathir seorang pemimpin yang disegani di puncak kerjayanya walaupun ketika hayat kerjayanya dia memperlekehkan insan-insan penggerak kejayaannya itu.
    Pada kesempatan yang menjengah setahun sekali ini saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhitung nilainya buat guru-guru yang telah mendatangkan aku dengan penuh kasih sayang dalam mencurahkan ilmu tanpa ada tepian bermula aku mendaki alam persekolahan dari 1970 hingga 1975 di SRDWM Saman, Tandop, SMK Tun Sharifah Rodziah 1976 -1980, SMK Tunku Abdul Malik 1982-1983 sehingga kini aku mengambil alih jawatan itu daripada guru-guruku yang telah pergi meninggalkan kerjaya dan mayapada ini. Sesungguhnya usaha mereka yang tidak pernah mengenal erti bosan memungkinkan aku bergelar seorang ibu dan guru. Terima kasih guru-guruku.

  2. [...] This Out! Hari Guru: Masihkah Kita Hargai Mereka?Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya?Apabila Anda Ketandusan Idea Untuk [...]

  3. Bazri says:

    Saban tahun pada 16 Mei kita menyambut Hari Guru. Pelbagai tema yang dicipta untuk memberi gambaran peranan seorang guru. Pengorbanan jiwa raga seorang guru dalam mendidik anak bangsa amat besar. Sebagai guru, mereka harus mempunyai kebolehan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kepakaran mendidik akal budi pelajar. Jika ini tercapai generasi muda akan terhindar daripada gejala sosial seperti salah laku, ponteng sekolah, menghisap rokok, penyalahgunaan dadah, gangsterisme, buli, melawan guru dan ibu bapa.
    Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

    Selamat Hari Guru
    http://www.pustakatimur.com

  4. ehm. guru. Pekerjaan paling susah yang aku rasa kat dunia nih. Tekanan dan sakit jiwa. Itu penyakit guru sekarang. Wa..

    Entri terakhir dari blog ohmelayu | melayu boleh ialah..Kisah Guru Melayu: Bolehkah Guru merotan atau menghukum pelajar?

  5. ubey says:

    mmm.. banyak jasa2 cikgu. setiap tahun mengajar. setiap tahun budak mendapat ilmu. memang keberkatan yang tak ternilai banyaknya. mulia sangat pekerjaan ini

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge