Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya?

Tanpa kita sedari, kita telah melupai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita. Perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.

Sempena Hari Ibu yang bakal tiba nanti, ilham datang untuk saya menulis sesuatu mengenainya. Kadang-kadang kita memandang golongan ini sebelah mata sahaja. Kita lupa pengorbanan besar mereka. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Cuba lihat, berapa ramai warga emas yang sekarang ini tinggal di rumah kebajikan untuk menghabiskan dan menamatkan sisa baki kehidupan mereka? Walhal, mereka punyai anak, tapi anak-anak mereka enggan menjaga mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini?

Saya ingin mengajak kamu menonton video pendek ini yang bertajuk “Surat Seorang Ibu“. Video ini telah dirakamkan dan dihasilkan oleh SaifulNang bersama CandidSyndrome dengan kerjasama CST Production dan ID Motion Pictures. Saya syorkan anda tonton sehingga habis video ini supaya anda dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan.

Bagaimana? Adakah kamu dapat mesej yang ingin disampaikan? Saya harap video ini sedikit sebanyak membawa kita kesedaran dan peringatan supaya kita tidak melupai mereka. Selagi mereka masih disisi, masih boleh bergurau senda dengan anda, hargailah mereka. Jangan diketepikan dan dilupai mereka ini. Saya tersentuh dengan video ini kerana pada saya inilah realiti kehidupan masa kini. Janganlah tika mereka sudah tiada barulah kita hendak menghargai mereka, maka tiada guna lagi. Berbaktilah selagi mereka masih ada.

Kepada mereka yang belum ketahui bilakah sambutan Hari Ibu ini di Malaysia, ingin saya kongsikan dengan anda di sini. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia akan di sambut pada tarikh 10 Mei 2009 iaitu pada hari Ahad. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia ini juga akan berkongsi tarikh sambutannya dengan negara-negara lain seperti Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela dan Zimbabwe.

Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut? Terpulang kepada kamu untuk menentukannya, tapi pada pandangan saya, tidak perlu kita tunggu tibanya Hari Ibu untuk kita hargai mereka. Selagi mereka disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan. Saya pernah melihat seorang rakan saya menangis apabila tibanya Hari Ibu kerana ibunya telah tiada dan tidak berkesempatan untuk mambalas jasa ibunya itu. Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Hari Guru: Masihkah Kita Hargai Mereka?
  2. Adakah Kita Perlukan Orang Gaji Indonesia?
  3. Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya?
  4. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita?
  5. Din Beramboi; Satu Pengajaran Untuk Kita Semua

23 pandangan telah dikongsikan

  1. hady says:

    Setiap tahun aku mengingati hari ibu sebab aku menyambut kelahiran ibu aku pada 12 mei setiap tahun. Dan bulan mei adalah hari ibu sedunia

    Ibu jasa mu tetap kukenang

    Entri terakhir dari blog hady ialah..Lock Folder tanpa mengunakan software

  2. PakarHowTo says:

    Aduhai…
    saya hanya nak cakap bahawa…
    saya sangat terharu dan sangat ‘terkesan’ dengan video tersebut.
    Terima kasih atas perkongsian ini.
    Moga2 saya dan kita semua menjadi seorang anak yang soleh
    yang dapat menggembirakan hati orang2 tua kita. amin.

  3. Nooreena says:

    Terkesan dengan video di atas. Semoga semua mengambil iktibar.

  4. HMMMM….dah penah tengok video nie sebelum nie…memang menyentuh perasaan…..

    Entri terakhir dari blog hazman aka species1980 ialah..MAJALAH IM 13 kini di pasaran….

  5. Hj. Ramley Othman says:

    Paparan vido itu amat amat tersetuh, itu lah dia generasi masa kini yang tidak langsung ada perasaan mendalam kasih sayang, yang hana mementingkan duniawi dan mudah lupa kesah silam ini perlu diperbetulkan dalam erti pendidikan pembangunan insan yang harus kita beratkan, kalau dulu pelajaran adap sopan yang amat diberatkan tapi kini kebanyakan keluarga mementinakgan kejayaan kerjaya anak-anak dan akhirnya terjadilah sebagaimana kesah yang dipaparkan. Sedarlah wahai ibu bapa dan pemimpin yang membuat dasar dalam pendidikan.

  6. anakmithali says:

    setuju dengan pandangan di atas.
    baru-baru ini saya menguji rakan-rakan di kolej, semuanya gagal menjawab bilakah hari ibu disambut.
    bukan nak letak kewajipan untuk diingati, tapi sama-sama fikir siapa yang paling berharga dalam hidup kita.

  7. KampungBoy says:

    smnatara diorang nie hidup lagi
    berikan seberapa banyak kasih sayang kat diorang jangan

    Entri terakhir dari blog KampungBoy ialah..Korang Rasa Suasana Di Universiti

  8. [ayu] says:

    em..hari ibu mmg akan jatuh pd ahad kan..
    alhamdulillah..ade ruang nak sambut..

    Entri terakhir dari blog [ayu] ialah..+ manisnya sabar +

  9. baby says:

    Selagi mereka masih ada, marilah kite sebagai anak meraikannya..
    Jgn nnt menyesal kerana sepanjang bergelar anak, tidak pernah sekalipun kite menyambutnya..
    i love u mum!!..thanks for everything..

  10. Mark 83 says:

    kepada semua pembaca yang budiman, sedarilah bahawa harta yang paling berharga dalam hidup kita sebagai makhluk ciptaan tuhan adalah seorang ibu yang membelai dan memberikan belaian kasih sayang yang lebih bernilai daripada intan permata yang diagung-agungkan oleh masyarakat kita, orang kita, suku kita, dan rakyat malaysia untuk memartabatkan imej sebagai ” manusia paling popular ” di dunia yang penuh dengan kepalsuan ini. hayatilah pengorbanan yang diberikan ibu kepada kita sehingga kita mampu berkerjaya pada masa kini.

    hayati dan selamilah:

    siapakah yang kita cari di kala orang tidak memperdulikan kita?

    melihat kah kita dunia ini tanpa seorang ibu?

    kenal diri kita….tanya diri kita…sekeras-keras hati air mata kita pasti akan gugur di kala ” ibu ” menghembuskan nafasnya di dunia ini….renung simbolik kata-kata ini…

    ” Happy Mothers Day…i love my mum…”

  11. ohMalaysiaku says:

    Terima kasih atas respon yang diberikan. Diharap entri ini sedikit sebanyak membawa kita kesedaran supaya tidak terlalu alpa dan melupai golongan Ibu ini.

    Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia. :)

  12. [...] Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya? [...]

  13. nurhawa says:

    salam….menarik dan menyentuh kalbu..ya allah

  14. nurhawa says:

    salam minta share ya….syukran

  15. Amanda11 says:

    Hi Looking for new online cockfight betting? Here’s a site that will sure give you the best online cockfight betting. It is where big bettors are rolling in! Join the Sabongking.com match betting, with a minimum deposit of Php2000. Feel the excitement as it happens inside the cockpit arena: Big derbies, big bettor and clearest video. Feel the adrenalin rush as you watch and place your bets. Be part of the action and not a mere spectator! Be the SABONGKING ! A true gamecockers don’t just watch they BET. So start loading your Sabongking virtual points now. Visit the site and SIGN UP! http://www.sabongking.com

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge