Isu Aduka Taruna: Kerajaan Harus Tegas
Saya mungkin agak terlewat untuk mengulas pandangan saya akan isu Aduka Taruna yang didakwa telah menulis entri yang menghina kemangkatan baginda Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di laman blog beliau http://adukataruna.blogspot.com. Saya tidak perlu ulas panjang akan isu ini, cuma apa yang saya kesalkan, di mana hilangnya pegangan Rukun Negara ke-2? Di mana kesetiaan kepada Raja dan Negara telah hilang? Walaupun benci mana pun anda kepada seseorang, lebih-lebih lagi yang telah tiada, sebagai seorang yang beragama Islam, seharusnya kita mendoakan kesejahteraannya dan memaafkan kesalahannya jika ada dengan kita. Itu yang ada kesalahan dengan kita, kalau yang tiada? Kenapa perlu dihina?
Penulis blog hina Sultan Iskandar disiasat
JOHOR BAHRU: Polis Johor menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat seorang penulis blog yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. [Baca berita lengkap disini]
Saya mengikuti perkembangan isu ini sejak ianya mula hangat dibincangkan di beberapa laman blog beberapa hari yang lepas. Pelbagai reaksi dipaparkan oleh sesetengah pihak, baik di laman blog yang membincangkan isu terbabit dan juga di laman blog Aduka Teruna sendiri. Yang membantah sudah pasti ada, namun yang menyokong juga ada. Entah di mana penilaian yang rasional diletakkan, saya pun hairan.
Namun, bukan isu menghina Sultan Iskandar sahaja patut kita lihat dan tekankan disini, banyak lagi entri-entri yang pernah ditulis oleh Aduka Taruna yang menghina agama Islam dan Rasulullah S.A.W. Jangan kita pandang sebelah mata sahaja akan isu ini, kalau lebih 20 laporan polis diterima untuk mengheret Aduka Taruna ke muka pengadilan kerana isu menghina Sultan Johor ini, kenapa tiada laporan polis diterima untuk isu menghina Islam dan baginda Rasulullah S.A.W? Apakah kita buta atau cuba pandang sebelah mata?
Walau apa-apa pun, Aduka Taruna kini sudah menyerah diri kepada pihak polis dan siasatan selanjutnya bakal dijalankan. Namun, apa yang saya kesalkan bagaimana kesalahan ini hanya boleh dimaafkan dengan permohonan maaf. Ya, permohonan maaf itu sudah pasti, namun hukuman yang setimpal atas kesalahannya harus dikenakan juga. Ini perlu bagi memberikan pengajaran kepada rakyat Malaysia yang lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. [Baca berita lengkap disini]
Saya harap hukuman yang setimpal sepertimana dinyatakan diatas dikenakan keatas Aduka Taruna agar ianya dapat dijadikan pengajaran kepada penulis-penulis blog yang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Oleh itu, saya harap kerajaan tegas dalam isu ini. Kalau perkara sebegini boleh diselesaikan dengan permohonan maaf, saya yakin ianya pasti akan berulang lagi.
p/s:Kalau yang menulis komen-komen berbentuk hasutan dan provokasi di Facebook boleh dikenakan tindakan undang-undang, kenapa tidak dalam isu ini?
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
- Takziah Atas Kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
- Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
- Zambry MB Sah Perak: Adakah Ini Demokrasi?
- Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita?
- Yoga HARAM Untuk Muslim : Fahami Inti Pati Fatwa
website sama cuma beza -KU tu je. hehe..
tp kalo kita nak hukum aduka taruna sorg2 mcm x adil jugak.
ramai kt luar tu yg hina almarhum tp aduka taruna je yg terkena.
sepatutnya semua yg bersalah didakwa di mahkamah.
Ini pandangan peribadi saya sahaja, kalau kita nak tunggu semua blog dikenakan tindakan undang-undang, sampai bila2 pun perkara ni takkan selesai. Kita tangani mana yang ada dihadapan dahulu, kemudian selesaikan pula yang lain2. Tapi, kalau yang dah dihadapan pun tak diambil peduli, bagaimana yang lain2 nak ditangani?
p/s:ingat nak guna malaysiaku je, tapi dah ada orang guna lak..hehe
hangatkan isu ini..
kalau pasal hina agama tu susah ke nak ambil tindakan?
byk blog yang hina agama sekarang ni..
risau saya..
Entri terakhir dari blog NoorAfzan ialah..Blog menghina Islam lagi..bukan 1 tapi 2 blog..
itu yang saya cuba ketengahkan, isu ini dibawa ke muka pengadilan kerana isu menghina Sultan Johor. Kenapa menghina agama Islam dan Rasulullah tidak diketengahkan?
tak bek betol ejek2 sultan ni sian la orang dah mati tak hormat langsung
betul, orang dah pergi. Sepatunya kita doakan kesejahteraannya disana.
kalo dia berani buat
dia juga kena berani tanggung
Betul, jangan ingat kebebasan yang diberikan ini tiada hadnya. Penulis blog harus beretika dalam menulis sesuatu, bukan membutat tuli menulis mengikut perasaan tanpa berfikir secara rasional.
sebagai seorang yang dewasa penulis blog perlu tau simple basic rules…setiap benda ada cause n effect, antecedent n consequences ….
Entri terakhir dari blog etomyam ialah..Toyota Camry Gantung Jualan : Contoh Kawalan Kualiti
Ini akibat bila kebebasan dieksploitasikan. Semua ingat bebas tanpa had, walhal kita kena fikir pasal etika, rasional dan akibat.
hehe..
isu aduka taruna lagi..
riuh satu negara kerana seorng blogger..
senang jer nak jadi femes dengan blog ni..
hurm..
paperpon aku sokong orang yg nmengkritik melalui blog ini..
supaya mendapat perhatian ramai..
tapi kritikan tu kena laa berpada..
ni bukan kritikan tapi hinaan kepada raja..
dah tau orang melayu ni menyanjung tinggi rajanya,
lagi ko nak kutuk..
haha..
padan muka..
betul tu. Kena berpada dan rasional dalam melemparkan pendapat. Jangan main tulis je, kena ada etika yang harus diikuti.