Isu Penggunaan Nama Allah: Isu Berat Untuk Didiskusikan?

Gambar oleh: MomentSnap

Entri dengan satu persoalan sebagai tajuk entri ini sengaja saya namakan begitu. Satu tajuk yang ingin saya kongsikan bersama-sama para pembaca semua dan secara tidak langsung, bersama-sama kita diskusikan tajuk ini. Daripada mana bangkitnya persoalan ini? Sebenarnya tajuk ini lahir ketika mana seorang pensyarah Pengajian Malaysia di universiti saya belajar bertanya kepada para pelajar, apakah pendapat mereka tentang isu penggunaan nama Allah ini oleh penganut agama bukan Islam. Ada pelajar yang memberikan pandangan mereka, namun rata-rata daripada mereka hanya diam dan salah seorang daripada pelajar mengatakan isu ini berat untuk dibincangkan dan mereka rasa mereka tidak layak. Anda fikir bagaimana? Apakah isu berkaitan keagamaan sebegini tidak sepatutnya dibincangkan ataupun hanya layak dibincangkan oleh golongan cendikiawan Islam, ustaz-ustaz atau para mufti? Apa pandangan anda terhadap isu ini?

Pandangan awal saya berkaitan isu ini ialah ia adalah sekadar propaganda pihak tertentu dalam menutup kehangatan isu kehilangan enjin pesawat TUDM. Namun, ini hanyalah prasangka saya sendiri dan prasangka saya ini mungkin juga tidak berasas dan salah. Walaubagaimanapun, saya ingin melemparkan beberapa pandangan peribadi saya berkaitan isu ini yang kini keadaannya boleh dikatakan membimbangkan. Terbaru dengan kejadian cubaan membakar 3 gereja di ibu negara yang membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Taman Melawati, disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya dan Gereja Chappel, Damansara. Walaupun tiada kemalangan jiwa terlibat dalam kejadian-kejadian ini, tapi kejadian-kejadian ini cukup untuk memulakan api kemarahan orang bukan Islam terutamanya penganut ajaran Kristian di Malaysia. Tersilap percaturan, mereka mungkin membalas kembali. Ini yang saya bimbangkan, dimana sedikit demi sedikit, keharmonian kaum di Malaysia akan mula tercalar. Sebagai penganut agama Islam, kita harus sabar dalam keadaan-keadaan sebegini, kita harus bersatu. Jangan mengambil tindakan melulu yang bakal memberikan kesan buruk kemudiannya. Fikir secara rasional sebelum kita melakukan apa-apa, fikir kesan dan akibatnya daripada tindakan kita itu. Saya tidak mahu keharmonian kaum di Malaysia ini hancur dek isu sebegini.

Saya tahu semua orang membantah akan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic the Weekly baru-baru ini. Bukan sahaja golongan penganut Islam sahaja membantah, malah penganut agama lain juga turut membantah. Saya sendiri secara peribadi membantah sekeras-kerasnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam. Ini kerana, banyak perkara buruk dan kekeliruan yang bakal timbul kesan daripada keputusan ini. Saya harap, isu ini dapat dihakimi semula oleh golongan yang layak dan hakim-hakim yang layak.

Jadi apa yang perlu anda lakukan? Duduk dan lihat sahaja bagaimana golongan cendikiawan selesaikan masalah ini? Terpulang kepada anda, jika anda rasa itu jalan terbaik, itulah yang terbaik untuk anda. Namun, jika anda mahu nyatakan pegangan anda terhadap isu ini, anda boleh tandatangani petisyen bantahan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam disini. Namun, apa-apa yang anda lakukan, biarlah rasional dan pertimbangkan segala kesan baik dan buruk daripada tindakan anda itu. Saya cuma berharap, perkara seperti lakaran komik dibawah tidak terjadi. Moga kita dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini.

p/s: Kalaulah saya ada kelayakkan sebagai hakim, kenapa tidak kita kembali seperti sediakala? Islam dengan kalimah Allah, Kristian dengan Jesus. Selesai masalah. Tapi bila ada orang ketiga, inilah yang jadi masalah. Isu kecil boleh jadi besar.
p/p/s: Hasil komik tersebut tidak diketahui pelukisnya. Sila maklumkan kepada saya untuk tujuan kreditasi.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Yoga HARAM Untuk Muslim : Fahami Inti Pati Fatwa
  2. Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab
  3. Jangan Ada Yang Jadi Batu Api
  4. Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100
  5. Video Rakaman Bersih 2.0 oleh PDRM; Masa Untuk Rakyat Menilai

7 pandangan telah dikongsikan

  1. ann says:

    mmg isu yang berat pn.. salah cakap kang, leh masok berita.. hehehe. tapi bg sy la.. mmg xwajar langsung nama ALLAH digunakan untuk agama lain. cuba la kite sendiri menggunakan nama JESUS lam ibadah kite.. nak ke??. harap pihak berwajib pertimbangkan la balik.. bukak mate luas2.. huhuhu.
    .-= Entri terakhir dari blog ann ialah blog ..SEKS Lebih Mendapat Perhatian. =-.

    • Isu ini memang berat, tapi tidak mengehadkan kita untuk berbincang mengenainya asalkan kita tahu di mana had pengetahuan kita. Jangan kita bincangkan sesuatu dengan tidak kepastian. Pasal hukum dan sebagainya itu, kalau kurang ilmu, baik elak perbincangan mengenainya agar kekeliruan boleh dielakkan. :)

  2. nesca says:

    betul, tak berani nak kasi pendapat sebab pengetahuan sendiri pun sikit jek. tapi bab hakim tu memang tak patut luluskan, kita yang faham dan tau tak apa la, tapi adik² kita yang kecik lagi tu senang sangat nak terpengaruh kot. harap² tade la orang amik kesempatan benda² macam ni, rusak! ke dah ada yang buat onar :0

  3. JMR says:

    sama-sama la kita berpikir ke hadapan sket..jgn men bertindak jer..buruk padah nnt…tol x?
    .-= Entri terakhir dari blog JMR ialah..Trafik naik mencanak..Nuffnang Innit ke Gengblogger, ada lain? =-.

  4. crusader says:

    bukan umat kristian di malaysia saja yg menggunakan perkataan allah..
    malah umat2 kristian di negara2 arab pun turut menggunakan perkataan allah, seperti gereja kristian koptik, church of alexandria, sejak dari zaman awal kristianiti lagi..
    umat2 kristian di indonesia pun turut menggunakan perkataan allah dalam kebaktian dan upacara2 di gereja..
    dan boleh dikatakan, pada masa ini, hampir semua gereja2 kristian di seluruh malaysia, tanpa mengira apa denominasi gereja tersebut, mereka menggunakan perkataan allah dalam kebaktian dan upacara2 di gereja..
    dan satu lagi maklumat yang kamu perlu tahu, umat2 kristian di malaysia menyebut perkataan allah secara sebutan biasa,sama seperti menyebut “alah”, bukan dalam sebutan bahasa arab..

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge