Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab

Jika anda membaca akhbar semalam atau hari ini, anda pasti perasan mengenai satu berita mengenai penahanan seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang dituduh menggunakan aplikasi web Facebook untuk memberikan komen berbentuk provokasi terhadap isu yang hangat diperdebatkan kini iaitu isu penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam.
Pelajar tersebut, Mohamad Tasyrif Tajudin, 25 telah memberi komen dalam laman web Facebook berkenaan isu penggunaan nama Allah dengan menulis “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?… harga boleh runding…“. Ini jelas sekali satu bentuk komen yang provokasi walaupun jika pelajar tersebut berniat sekadar bergurau atau sebagainya. Kehangatan isu ini pada minggu lepas dengan beberapa gereja dibakar dan surau yang dipecah tingkapnya menyebabkan ketenteraman negara tercalar dek tindakan sesetengah pihak yang bertindak melulu. Kerajaan lantas memberikan nasihat supaya rakyat bertenang dan bersabar agar isu ini dapat diselesaikan secara baik mengikut saluran perundangan yang betul. Pesanan kerajaan ini juga ditujukan juga kepada para penulis blog supaya berhati-hati dalam setiap penulisan yang ditulis di laman-laman blog masing-masing.
Saya bukanlah mahu komen isu penggunaan nama Allah ini lagi, namun saya ingin menyatakan bahawa kita sebagai pengguna internet harus bertanggungjawab dalam setiap apa yang anda buat menggunakan internet. Daripada penulisan di laman blog dan juga komen-komen yang anda tulis, menjadi tanggungjawab anda sebagai seorang pengguna internet memastikan apa yang anda tulis itu tidak disalah anggap dan membawa kesan buruk kepada sesetengah pihak yang lain. Jadilah pengguna internet yang beretika dan bertanggungjawab dalam setiap apa yang kita lakukan dan jangan sesekali beranggapan bila mana kita menggunakan internet, identiti kita tidak akan diketahui. Dalam kes pelajar di atas, pendapat peribadi saya ialah pelajar tersebut telah menulis komen tanpa berfikir tentang kesan negatif bakal timbul daripada apa yang dia tulis. Dengan situasi yang hangat kini, pelajar tersebut telah tersilap menulis komen tersebut pada waktu yang salah. Suatu tindakan yang kurang bijak pada pandangan saya.
Nasihat saya:
- Fikir kesan negatif apa yang anda akan tulis sebelum menulis sesuatu di internet, di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, di laman blog atau sebagai komen sekalipun.
- Jika anda mendapati sesuatu yang anda bakal tulis itu mungkin menimbulkan ketidakpuashatian sesetengah pihak ataupun kesan negatif yang mungkin anda tak dapat bayangkan, JANGAN TULIS.
Oleh itu, jadilah pengguna internet yang beretika dan bijak dalam menilai situasi sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan. Janganlah bila tindakan sudah diambil, barulah kita mula nak sedar.
Sumber: Berita Harian, Mstar
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

bahaya btol lah..aku pun kekadang ikut suka hati aku jer bagi komen. Kekadang tak perasan…insaflah lepas ni… sbb semua yang terjadi bukannya perancangan kita..
.-= Entri terakhir dari blog saljuhumairah ialah..TIPS TERKINI MENINGKATKAN TRAFIK BLOG ANDA (petua dari Seberang) =-.
betul, fikir dahulu sebelum tekan butang “submit” tu.Kena beringat sebelum terkena, setiap kebebasan tu pun ada batasnya dan ada prinsip dan etika yang harus kita ikut.
Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab oleh OHMalaysiaKu.COM!…
Penahanan seorang pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin yang dituduh atas tuduhan menulis komen berbentuk provokasi di laman Facebook. Apa respon dan tindakan kita sebagai pengguna internet?…
haha.aku tak faham apakah motif budak tu.adakah dia dibawah pengaruh alkohol atau pun dadah ketika membuat statement lawak bodoh tersebut?atau sememangnya dia memiliki lebih kromosom dari manusia normal?
.-= Entri terakhir dari blog Aelfi ialah..Imbasan ke masa silam ( memory still remain ah? ) =-.
wah..satu jawapan yang saya terfikir kalau itu adalah satu lawak; lawak yang kurang bijak pada waktu yang terang-terangan adalah salah.
[...] pembacaan saya, kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim ini pasti berkait rapat dengan penahanan seorang pelajar ASWARA baru-baru ini. Namun, walau apa-apa pun alasannya, dalam perkara ini saya merasakan kenyataan Datuk [...]
Bahaya betul komen2 ni. Boleh kena saman, boleh kena tangkap.
.-= Entri terakhir dari blog Dr House ialah..Tua sebelum waktunya atau forever young =-.
Sebab tu kena hati-hati dan fikir secara rasional sebelum menulis sesuatu. Jangan main tulis je.