Jangan Ada Yang Jadi Batu Api

MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi tadi.

Entri ini ditulis merujuk kepada berita terkini mengenai kebakaran di dua buah surau masing-masing di Jalan Ismail dan Parit Beting yang telah dilaporkan semalam. Berita lengkap boleh dibaca di Berita Harian.

Saya kecewa dengan sikap sesetengah daripada rakyat Malaysia yang suka melaga-lagakan beberapa pihak dan menjadi batu api dalam sesuatu isu. Saya melihat perkara ni bakal jadi makin parah jika tidak diambil tindakan segera. Kerajaan harus fikirkan jalan bagaimana isu ini harus diselesaikan tanpa melibatkan lagi isu balas-membalas ini. Saya tidak mahu menyatakan apa-apa spekulasi terhadap kejadian ini, namun saya harap sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya harap masyarakat Malaysia dapat bertenang dan berfikir secara rasional dan jangan mulakan tindakan-tindakan provokasi sebegini. Kesan yang diterima akan kejadian ini bukan sahaja melibatkan keharmonian kaum tercalar, malah kestabilan ekonomi negara sedikit sebanyak akan terbabit sama. Apa pelabur-pelabur akan nampak dan fikir bila tengok kejadian sebegini di Malaysia? Jika anda salah seorang pelabur, mahukah anda melabur dalam negara yang mana keharmonian kaum dan politik yang tidak stabil dan tidak tenteram? Jawapannya pada anda. Jangan jadi batu api dan pentingkan diri sendiri, fikir masa depan.

Saya harap semua pihak dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi isu ini. Jangan mulakan lagi tindakan-tindakan provokasi sebegini dan jangan jadi batu api. Saya ini bukanlah orang politik yang punyai pengaruh untuk diikuti dan diteladani, saya hanyalah salah seorang rakyat Malaysia dalam jutaan rakyat Malaysia yang lain yang ingin melihat Malaysia terus maju, makmur dan harmoni dari segala aspek, perkauman, politik dan ekonomi. Jangan jadikan isu-isu sebegini kerana ia bakal menghancurkan apa yang telah kita kecapi hingga hari ini. Jadi fikir-fikirkanlah.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab
  2. Isu Penggunaan Nama Allah: Isu Berat Untuk Didiskusikan?
  3. Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100
  4. Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
  5. Dua Enjin Jet F-5E TUDM Ditemui Semula. Syabas Perisikan Malaysia!

One Comment

  1. Jangan Ada Yang Jadi Batu Api oleh OHMalaysiaKu.COM!…

    MUAR:Dua surau dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak tanah di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh….

Leave a Reply

CommentLuv Enabled