Kabinet Malaysia Terkini 2009

Sudah agak lama saya tidak menulis di sini disebabkan faktor masa yang tidak mengizinkan. Maaf buat pelawat-pelawat dan pembaca blog ini kerana setelah sekian lama, tiada entri baru ditulis. Namun, saya akan cuba menulis kembali di sini dengan masa terluang yang saya miliki. Tidak lupa juga kepada pembaca yang melanggan melalui RSS, maaf dari pihak saya.

Sekadar entri ringkas daripada saya sempena pengumuman barisan kabinet Malaysia yang terkini yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib semalam (9 April 2009). Saya ada menonton siaran ulasan di Astro Awani semalam mengenai pengumuman ini dan apa yang saya dapat simpulkan ialah, suatu transformasi perlukan pengorbanan dan perubahan. Datuk Seri Mohd Najib telah melakukan perubahan dalam merealisasikan transformasi yang beliau war-warkan. Tiada apa yang saya harapkan, cuma sekadar berharap agar segala yang dicanangkan itu tidaklah hanya permainan kata-kata semata-mata, tapi disusuli juga dengan perlaksanaan ke arah transformasi yang diperkatakan itu.

kabinet malaysia 2009

Kredit: Berita Harian Online (www.bharian.com.my)

Disini saya senaraikan ahli kabinet baru Malaysia tahun 2009:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Perpaduan & Prestasi: Dr Koh Tsu Koon
Undang-undang & Parlimen: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Hal Ehwal Agama: Brig. Gen. (Rtd) Datuk Jamil Khir Baharum
Unit Perancangan Ekonomi: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan: Datuk Liew Vui Keong, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk SK Devamany, Ahmad Maslan, Senator T. Murugiah

Menteri Kewangan:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II: Datuk Ahmad Husni Hanadziah
Timbalan: Datuk Chor Chee Heung, Datuk Dr Awang Adek Hussein

Menteri Pendidikan
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Datuk Wee Ka Siong, Datuk Puad Zarkashi

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Ong Tee Keat
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri, Datuk Robert Lau

Menteri dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop, Jelaing Mersat

Menteri Penerangan, Kebudayaan & Komunikasi
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan: Datuk Joseph Salang Gandum, Senator Heng Sai Kee

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: Noriah Kasnon

Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Hassan Malek, Datuk Joseph Entulu

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan: Dr Hou Kok Chung, Saifuddin Abdullah

Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Muhkriz Mahathir, Datuk Jacob Dungau

Menteri Sains, Teknologi & Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup

Menteri Perlancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri Pertanian & Asas Tani
Datuk Noh Omar
Timbalan: Johari Baharum, Rohani Abdul Karim

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Dr Abdul Latif

Menteri Kerjaraya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng

Menteri Kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shilin

Menteri Belia & Sukan

Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Razali Ibrahim, Wee Jeck Seng

Menteri Sumber Manusia

Datuk Dr S. Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Ismail Sabri
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe

Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan

Datuk Kong Cho Ha
Timbalan: Lajim Ukin

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Luar Negeri
Datuk Anifah Aman
Timbalan: Datuk Lee Chee Hong, Senator A. Kohilan

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
Timbalan: M. Saravanan

Untuk senarai lengkap, anda boleh ke pautan ini.

Seperti yang dapat dilihat, ada diantara ahli kabinet Malaysia 2009 ini adalah muka-muka baru dan ada juga orang lama yang dimasukkan kembali kedalam kabinet. Walaubagaimanapun, diharapkan portfolio yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka dapat dilaksanakan sebaiknya. Jika mahu dipersoalkan kredibiliti mereka ini dalam memegang portfolio yang mereka bawa, saya rasakan masih terlalu awal untuk kita menilai. Sebaiknya kita lihat dahulu apakah barisan baru kabinet ini mampu membawa transformasi seperti yang diwar-warkan.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Zambry MB Sah Perak: Adakah Ini Demokrasi?
  2. Dua Enjin Jet F-5E TUDM Ditemui Semula. Syabas Perisikan Malaysia!
  3. Minyak Turun Harga Lagi! Sekarang RM2/liter
  4. “Facebook dan Twitter Adalah Satu Kejutan Budaya” – Datuk Seri Dr Rais Yatim
  5. Takziah Atas Kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

12 Comments

  1. meor hillmi bin miyor mokhtar says:

    saya keliru dengan kabinet baru..kementerian keusahawanan dan koperasi dah di mansuhkan dan sekarang kementerian ini digabungkan di bawah kementerian mane?saya selaku pelajar program perunding halal anjuran MeCd buntu hendak merujuk di kementerian mane jika terdapat kemusykilan..saya harap pihak kerajaan dapat perjelaskan dengan terperinci tentang portfolio semua kementerian yang baru..sekian,terima kasih..Assalamualaikum..HIDUP BARISAN!!!!

  2. Adry says:

    Hermm yang penting kabinet baru ni ikhlas dan tekun bekerja untuk kesejahteraan rakyat Malaysia…

    Entri terakhir dari blog Adry ialah..Cerita Seram SMK Kuhara

  3. twenty-six says:

    janji kerja jalan, negara makmur…ehh siapa yg hendakkan negara jadi huru hara?aku dah fedup dengan demontrasi jalanan yang hanya berlaung-laungan, bawa anak kecil.

    Entri terakhir dari blog twenty-six ialah..Pop Punk Religion #8

  4. nina says:

    x bgs!! menyampah aku bace ney!! knp x buat kenderaan awm mcm kat ngr luar.sekolah pun x best langsung.buat lah skolah mcm kat UK ke baru best!!!!!!

  5. nina says:

    soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii it is for some other web but i accidentally comment it on this web….. sorry…

  6. Uwais says:

    sat-sat tukar yang tulah, yang ni lah. dulu pak lah la najib. (BORING AKU) asyik bergaduh,bukan baik duk bergaduh,kalau baca Al-Quran baru bagus,jgn duk tengkar.

  7. Uwais says:

    Assalamualaikum, baca dak lagi yang aku hantar kat atas tu,jgn duk gaduh faham,baik baca Al-Quran nur pun dapat

  8. anak perak says:

    ermmm…..
    kita patut syukur dgn apa yg ada kat malaysia nie. kira ok ape pengankutan kat cnie berbanding kat negara jiran kita…nak jd mcm uk tu kena pk panjang kot….nak bayar cukai pun gelabah, bila harga minyak naik ckit pun bising, so mcm ne kerajaan nak dapat pendapatan untuk buat negara kita nie mcm kat uk…..
    mcm ne malaysia nak aman klu rakyat sendiri yg pilih untuk buat rusuhan….nie smue sbb gile kuasa…..mungkin yg dorg tu lupe yg dorg tu cume pinjam malaysia nie dari generasi yg bakal dilahirkan…..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled