Kempen Blogger Prihatin : Selamatkan GAZA

Hampir setiap hari kita disajikan dengan gambar-gambar dan video-video terkini kesan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Gaza di kaca televisyen. Setiap hari kedengaran keluhan masyarakat dunia akan ketidaksetujuan mereka dengan apa yang dilakukan rejim Zionis itu. Namun, walau macam mana hebat sekalipun tentangan masyarakat dunia terhadap kekejaman rejim Zionis itu, tiada apa yang akan merubah pendirian mereka. Dengan sekutu paling rapatnya, Amerika Syarikat seolah-olah memberikan lampu hijau terhadap semua kekejaman ini, rejim Zionis nekad akan menghapuskan Hamas dan mereka tidak akan berhenti sehingga matlamat itu tercapai.

Melihat kepada keadaan sekarang, mungkin tiada apa yang mampu kita lakukan kecuali menadah tangan memohon padaNya agar mereka dilindungi. Tapi selain itu kita juga boleh membantu dari segi bantuan kewangan, perubatan dan sebagainya. Oleh itu, pihak OH!Malaysiaku mengambil inisiatif ini untuk menjalankan satu kempen usaha sama antara semua blogger di Malaysia bagi mengutip dana bantuan bagi disalurkan kepada Tabung Bantuan GAZA. Moga dengan dana yang bakal didermakan nanti, sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat Gaza yang hanya mereka sahaja mampu merasai keperitan dan kepayahannya.

Kempen ini dinamakan sebagai Kempen BLOGGER Prihatin : Selamatkan GAZA dan akan dimulakan pada 11 Januari 2009 sehingga 31 Januari 2009.

Kempen BLOGGER Prihatin : Selamatkan GAZA

Apa yang anda perlu lakukan adalah mudah, anda tidak perlu keluarkan wang walau satu sen pun. Apa yang hanya anda perlu sumbangkan adalah sedikit masa untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan. Tanpa berlengah lagi saya akan terangkan apa yang perlu anda lakukan.

1. Tinggalkan komen-komen anda di entri ini ataupun di entri-entri yang bakal ditulis dalam waktu sepanjang kempen ini berjalan. Komen-komen di blog peribadi saya ( IzzatRuslan.com ) juga akan dikira sepanjang tempoh kempen ini. Satu komen yang anda tinggalkan bernilai RM0.20 dan ini akan disalurkan kepada tabung kempen ini. *Jangan lakukan SPAM, sebolehnya berilah komen-komen yang bernas*

2. Tulis satu entri di blog anda berkenaan kempen ini dan letakkan mana-mana banner di bawah di entri tersebut. Jika anda tidak mahu tulis entri tersebut tidak mengapa, cukuplah dengan sekadar meletakkan banner tersebut di blog anda. Moga-moga ianya dapat membantu dalam usaha menyebarkan maklumat mengenai kempen kepada pengguna-pengguna internet yang lain. Jika anda tulis satu entri dan meletakkan mana-mana banner di bawah di blog anda, anda akan sumbangkan sebanyak RM0.70 ke tabung kempen ini. Sebaliknya jika anda hanya letakkan banner pada blog anda, nilai yang anda sumbangkan ialah RM0.50.

Ini diantara banner-banner yang boleh anda letakkan di blog anda. Anda boleh copy and paste kod sumber untuk banner-banner tersebut dan letakkan di mana-mana bahagian di blog anda. Semua pautan balik (linkback) akan saya kira melalui Google Analytics dan juga senarai trackback di entri ini. Anda juga boleh muat turun banner-banner ini untuk diletakkan di hosting blog anda.

Banner 1 (516×75)


KOD SUMBER:

<a title="Kempen Blogger Prihatin : Selamatkan GAZA" href="http://ohmalaysiaku.com/terkini/kempen-blogger-prihatin-selamatkan-gaza/" target="_blank"><img src="http://farm4.static.flickr.com/3357/3185754169_74d11eb0fa_o.jpg" alt="banner 516×75" width="516" height="75" /></a>


KOD SUMBER:

<a title="Apprehensive Blogger Campaign : Save GAZA" href="http://ohmalaysiaku.com/terkini/kempen-blogger-prihatin-selamatkan-gaza/" target="_blank"><img src="http://farm4.static.flickr.com/3458/3186595176_cae07438ff_o.jpg" alt="banner 516×75" width="516" height="75" /></a>

Banner 2 (225×341)


KOD SUMBER:

<a title="Kempen Blogger Prihatin : Selamatkan GAZA" href="http://ohmalaysiaku.com/terkini/kempen-blogger-prihatin-selamatkan-gaza/" target="_blank"><img src="http://farm4.static.flickr.com/3518/3186595012_f4b99f3e3a_o.jpg" alt="banner 225×341" width="225" height="341" /></a>


KOD SUMBER:

<a title="Apprehensive Blogger Campaign : Save GAZA" href="http://ohmalaysiaku.com/terkini/kempen-blogger-prihatin-selamatkan-gaza/" target="_blank"><img src="http://farm4.static.flickr.com/3327/3186594830_7bd39f20d7_o.jpg" alt="banner 225×341" width="225" height="341" /></a>

———————————————————-

Sebarang kemaskini mengenai kempen ini akan dicatatkan di entri ini. Dana yang berjaya dikumpul daripada kempen ini akan disalurkan kepada PROJEK BANTUAN UNTUK KANAK-KANAK GAZA dibawah selian AMAN PALESTIN. Ini adalah perancangan awal, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

Jika anda ingin memberikan ataupun menyalurkan sendiri bantuan ini kepada AMAN PALESTIN, anda boleh lakukan melalui akaun bank AMAN PALESTIN BHD berikut:

BANK ISLAM MALAYSIA | NO AKAUN: 12029010047880

MAYBANK MALAYSIA | NO AKAUN: 562263010787

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai projek oleh AMAN PALESTIN ini, anda boleh melawat laman web rasmi di www.amanpalestin.com.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kempen ini, sila tinggalkan komen anda di entri ini. Saya akan cuba menjawab setiap persoalan anda.

Sedikit maklumat untuk makluman anda mengenai kos anggaran bagi bantuan seribu kanak-kanak GAZA.

Bahan Makanan
Kuantiti: 500
Harga seunit: USD25
Jumlah: USD12500

Susu & Keperluan Bayi
Kuantiti: 400
Harga seunit: USD20
Jumlah: USD8000

Bekalan Ubatan
Kuantiti: 400
Harga seunit: USD10
Jumlah: USD4000

Pakaian
Kuantiti: 700
Harga seunit: USD10
Jumlah: USD10500

Kasut
Kuantiti: 500
Harga seunit: USD10
Jumlah: USD5000

Keperluan Pemulihan Alam Sekitar
Jumlah: USD3000

Pangangkutan/tenaga
Jumlah: USD2000

Lain-lain
Jumlah: USD500

KOS KESELURUHAN: USD45500

Melihat kos yang begitu besar mungkin kita tidak mampu memberikan kesemuanya namun, setiap sen yang anda sumbangkan adalah begitu bermakna buat mereka dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

Jadi diharapkan kempen ini mendapat semua sokongan daripada semua blogger, tidak kira Islam atau tidak, Malaysia atau bukan kerana isu ini bukan lagi isu agama, isu negara dan sebagainya tapi adalah isu global yang ditentang oleh semua negara kecuali sekutu-sekutu kuat Zionis. Saya harap kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengumpulkan dana bagi rakyat Gaza.

Sekian dan dengan keprihatinan anda saya ucapkan terima kasih. :)

Kemaskini terkini “Kempen Blogger Prihatin: Selamatkan Gaza”:

1.02.2009 : Kempen ini secara rasminya telah ditutup pada 11:59pm 31 Januari 2009. Oleh itu, sebarang komen/pautan balik/entri selepas dari tarikh ini tidak dikira dalam kempen ini.

8.02.2009 : Ruangan komen bagi entri ini ditutup secara rasmi dan jika ada komen yang ingin anda catatkan, sila ke entri ini.

Kemaskini berkenaan sumbangan dan bukti transaksi akan saya maklumkan secepat yang mungkin setelah selesai kesemua proses kiraan komen/pautan balik/entri sepanjang kempen ini dijalankan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui ruangan komen dibawah atau boleh e-mel kepada saya secara peribadi di i[a-t]izzatruslan[dot]com. Saya akan cuba membalas semua komen/e-mel anda dengan seberapa segera yang mungkin. Ruangan komen bagi pautan ini akan terus saya buka sehingga selesai kempen ini dijalankan dan selesai proses sumbangan kepada pihak terbabit.

Sila lawat pautan ini untuk kemaskini terkini.

Sekian, terima kasih. OH!Malaysiaku

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Terima Kasih Blogger Malaysia!
  2. [Entri Khas] Kempen Blogger We Care
  3. 2008, 1429H, 1430H dan 2009
  4. Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab
  5. Isu Aduka Taruna: Kerajaan Harus Tegas

34 pandangan telah dikongsikan

  1. topo says:

    setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada saudara izzat sebab buat kempen ni… aku pon sedang merangka untuk buat kempen yang sama.. sekarang ni tgah finalize dengan nak join venture dengan semua blogger utem sekali.. tgok la nnt macam mane…

    Entri terakhir dari blog topo ialah..round up post untuk 2008…

  2. Joe says:

    banner code error r izzat.. tgk balik yang tanda ”

    Entri terakhir dari blog Joe ialah..Senarai Kupon Godaddy

  3. Faiz says:

    alhamdulillah , aku menyokong kempen ini …bro,aku dah msukkan.aha.

    Entri terakhir dari blog Faiz ialah..50 Gadget’s Untuk Vista

  4. Azizwan™ says:

    tahniah bro.. semoga usaha bro ini akan memberi manfaat kepada semua especially agama islam.

    memandangkan aku takde duit utk membuat sumbangan.. maka hanya komen 20sen ini sahaja yg mampu aku berikan..

    salam

    Entri terakhir dari blog Azizwan™ ialah..Mari Berdoa Untuk Palestin

  5. Khai says:

    just wondering, dari mana datangnya 20 sen kalau aku komen blog ni.. thanks..

    Entri terakhir dari blog Khai ialah..Elakkan Suami Melanggan Pondan

    • ohMalaysiaku says:

      saya sendiri akan keluarkan, saya hanya perlukan bantuan anda dan pengguna-pengguna internet lain untuk sebarkan mengenai kempen ini kepada pengguna internet yang lain. itu sahaja. sebab itu saya nyatakan, saya tak perlukan wang anda, cuma masa. Jadi sebagai menghargai usaha anda, saya kiranya “bayar” anda dan duit bayaran itu akan dimasukkan ke tabung kempen ini.

      bukti transaksi akan saya berikan apabila selesai kempen ini. harap jawapan ini menjawab persoalan anda. jika masih ragu-ragu, tak mengapa, sila nyatakan keraguan anda dan saya akan cuba jelaskan. :)

  6. Khai says:

    Alhamdulillah.. penjelasan yang jelas.. syabas buat saudara kerana betul2 ikhlas dan betul2 prihatin membantu mereka di gaza.. saya akan sokong kempen ini..

    Allahuakbar.. semuanya kerana Allah..

    Entri terakhir dari blog Khai ialah..Muntader al-Zaidi kini di Wikipedia

  7. haf says:

    salam.tahniah atas kempen ni.sy ambil banner tu ye.

    Entri terakhir dari blog haf ialah..PRK!!

    • ohMalaysiaku says:

      terima kasih kerana menyokong kempen ini. anda boleh gunakan banner itu untuk diletakkan dimana-mana sahaja. Friendster, facebook dsb. Diharap kempen ini dapat disebarkan dengan lebih meluas.

  8. Fizz says:

    Alhamdulillah.. dapat juga saya menyumbang untuk Palestine walaupun tidak lah seberapa.. Sekadar seulas kata-kata, segulung kain rentang dan sepatah dua kata mengenai kekejaman Israel terhadap Palestine yang akan saya coretkan di dalam buku catatan harian saya nanti..
    Insya Allah..

    Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!!

  9. aman says:

    sama-sama kita bantu warga palestin..

    Entri terakhir dari blog aman ialah..Rekabentuk Tema iGoogle Anda Sendiri

  10. saramsak says:

    banyak2kan berdoa memohon kepada Allah diberikan keselamatan kepada semua umat Islam seluruh dunia terutamanya umat Islam di Palestin…

  11. semoga israel akan dibinasakan oleh ALLAH kerana telah menganayai rakyat palestin yang tidak bersalah..tugas kte umat islam adalah untuk berdoa meminta pertolongan dari ALLAH..

    Entri terakhir dari blog GeNeRaSi MaLaYSia ialah..KLIA East..

  12. x-po shop says:

    go to hell israel!

    Entri terakhir dari blog x-po shop ialah..PANDUAN BERBELANJA MENGGUNAKAN WANG ATAU KAD KREDIT

  13. miss.fyra says:

    selamatkan gaza…

    boikot itu Wajib..!!

    huhu.

    Entri terakhir dari blog miss.fyra ialah...it is da time to say GoodBye.

  14. lazaac says:

    aku sokong sangat usaha kau wat kempen mcm ni… sekurang-kurangnya kita ada juga lakukan sesuatu utk saudara seagama kita di Palestin..aku harap ramai yg bagi sokongan dan kempen ini mencapai objektif yg telah dirancang.. amin…

    Entri terakhir dari blog lazaac ialah..Happy Chinese New Year 2009

  15. hanifmz says:

    salam, saya terbaca surat khabar dan tertulis bahawa Israel akan berhenti berperang hanya 7 hari?
    adakah itu betul atau Israel betul2 sudah menghentikan serangannya?

    *sila reply di sini dan juga di blog saya. terima kasih.

    Entri terakhir dari blog hanifmz ialah..Welcome 2009 !

    • ohMalaysiaku says:

      salam. berkenaan berita tersebut saya juga terdengar ura-ura akan khabar angin tersebut. Israel hentikan serangan kerana Barack Obama naik sebagai presiden baru Amerika. Walau apa-apa pun, apa yang mampu kita buat ialah tunggu dan lihat dengan harapan semua ini bakal dihentikan dengan segera dan tindakan keatas Israel diambil dengan serius.

  16. hanifmz says:

    saya ada 1 soalan yg sudah lama terbuku di hati saya. adakah President U.S yg baru ini, Barack Obama, sama seperti president2 sebelum ini? mereka suka memijak dan menzalimi negara2 yg lemah. harap anda semua dpt menjawab dgn jawapan yg bernas.

    Entri terakhir dari blog hanifmz ialah..Welcome 2009 !

    • ohMalaysiaku says:

      walaupun Barack Obama ni bawa misi dan visi baru untuk US. Merubah pandangan dunia terhadap dasar luar US, namun kita mesti ingat, dia bukan orang Islam. Jadi, kita tunggu dan lihat, tapi jangan terlampau berharap, Barack Obama akan jadi seorang presiden yang lain daripada sebelumnya. Sesetengah penganalisis politik berkata, Barack Obama ni pandai berkata-kata, jadi kita harus berhati-hati.

      Walaupun langkah pertama Barack Obama apabila menjadi presiden adalah menutup Guantanamo Bay dan penjara-penjara rahsia CIA, namun ini tidak bermakna Barack Obama sudah boleh dicop sebagai pembawa perubahan kepada US. Semua ini boleh jadi mainan minda dan mata oleh Barack Obama untuk mengaburi pandangan orang ramai terhadapnya.

      Namun, ini hanya pendapat peribadi saya sahaja. Jadi, kita tunggu dan lihat dan jangan terlampau berharap Barack Obama akan bawa perubahan. Sepatutnya, kita, orang Islam dan negara-negara Islam sendiri yang perlu lakukan perubahan, bukannya berharap kepada individu yang lain.

  17. Team.iDBMS says:

    Tahniah..sungguh murni usaha anda..mari kita ‘buat’ apa yang sepatutnya..jgn kita hanya berslogan sahaja…

  18. amilah says:

    mudah- mudahan sumbangan ini akan dapat memberi manfaat bagi mereka di Gaza.

    amin

    Entri terakhir dari blog amilah ialah..kerana Tuhan tetap melihat di mana keikhlasan kita

  19. hanifmz says:

    adakah ads ini berfungsi lagi?
    maksud saya, adakah duit ads ini bertambah lagi?

    • ohMalaysiaku says:

      Kempen ini ditutup secara rasmi pada 11:59PM 31 Januari 2009. Oleh itu, semua komen selepas tarikh ini tidak dikira dalam kempen ini. Sekian.

  20. ohMalaysiaku says:

    Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan turut serta dalam kempen ini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih.

    Kempen ini secara rasmi ditutup pada 11:59 pm 31 Januari 2009. Oleh itu, semua komen yang dihantar disini pada tarikh 31 Januari dan sebelumnya akan dikira bagi sumbangan dalam kempen ini.

    Kemaskini terkini berkenaan kempen ini akan saya maklumkan secepat yang mungkin. Sila lawat kembali pautan ini untuk kemaskini terkini.

    Sekian, terima kasih.

    p/s: Ruangan komen untuk kempen ini akan terus saya buka sehingga selesai kempen ini secara keseluruhannya dan akan ditutup sebaik sahaja sumbangan ini disalurkan kepada pihak terbabit. Sebarang pertanyaan boleh dilakukan dengan menghantar komen menggunakan ruangan komen dibawah atau e-mel kepada saya secara peribadi di i[a-t]izzatruslan[dot]com

  21. [...] Kempen Blogger Prihatin : Selamatkan GAZA [...]

  22. [...] Anda seorang penulis blog yang prihatin? Apa yang akan anda lakukan jika melihat salah seorang daripada teman kita berada dalam kesempitan dan perlukan pertolongan? Saya pasti mesti ramai di antara kita yang bakal menghulurkan bantuan semampu yang boleh untuk meringankan beban yang menimpa teman kita itu. Sudah terbukti dalam kempen yang OHMalaysiaKu.COM pernah anjurkan pada suatu ketika dahulu bahawa penulis-penulis blog di Malaysia khususnya adalah penulis yang prihatin terhadap orang lain. Anda boleh ikuti entri tersebut disini. [...]