Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
Sekian lama tidak mengarang disini lantaran had masa yang tidak mengizinkan. Namun, saya akan cuba kembali menulis seperti biasa selepas ini atau mungkin khidmat penulis jemputan adalah salah satu jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan. Anda berminat untuk menulis di laman blog ini? Hantarkan email kepada hello@ohmalaysiaku.com jika anda berminat.
Berbalik kepada tajuk asal entri ini ditulis, merujuk kepada berita terkini daripada Berita Harian Online, rakyat Malaysia bakal dan harus menerima kadar kenaikan beberapa barangan keperluan utama mulai esok termasuklah gula, petrol RON95 dan juga diesel.
Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen mulai esok
2010/07/15
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.
“Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan,” kata kenyataan itu.
Manakala ini pula adalah respon daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib.
Pengurangan subsidi bagi menguatkan eknomi negara: Najib
2010/07/15
ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakn untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini, sebentar tadi.
Jika dahulu harga petrol turun sehingga RM1.80/liter, namun disebabkan kenaikan harga yang diumumkan hari ini maka harga terkini petrol RON95 yang bakal dibeli oleh rakyat adalah RM1.85/liter. Pada pandangan saya, kenaikan kali ini tidaklah terlalu membebankan rakyat berbanding kenaikan harga petrol yang pernah dilakukan ketika zaman Pak Lah dahulu. Masih ingat lagi?
Kenaikan harga kali ini bukan sahaja melibatkan harga petrol RON95 dan diesel, malah melibatkan kenaikan harga gula juga. Harga gula juga merupakan barangan yang mengalami kenaikan harga paling banyak untuk kali ini iaitu RM0.25 dan pada pandangan peribadi saya kenaikan ini baik dalam menyemai budaya kurangkan gula dalam menu makanan harian. Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah para peniaga tidak perlulah menaikkan harga makanan dan minuman hanya kerana kenaikan harga gula sebanyak RM0.25, tetapi kurangkanlah penggunaan gula tersebut kerana penggunaan gula yang berlebihan memberikan impak negatif kepada kesihatan. Jadi setuju dengan pandangan saya? Kurangkan gula dalam menu makanan anda? Bagaimana pula pandangan anda mengenai isu ini? Rasionalkah kenaikan harga gula, diesel dan petrol ini dibuat atas dasar mengurangkan kos subsidi untuk kemajuan negara? Tulis pandangan atau komen anda melalui kotak komen dibawah.
p/s: Jangan buat kerja “buang masa” dengan pergi isi petrol ramai-ramai di stesen minyak malam ni hanya kerana harga petrol naik esok, ok? Kalau minyak dah kering tu terkecualilah.
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI: