Minyak Turun Harga Lagi! Sekarang RM2/liter

Minyak turun harga lagi! Ini menjadikan harga terkini untuk 1 liter petrol RON97 ialah RM2.00/liter manakala untuk RON92, RM1.90/liter. Harga untuk diesel juga turut mengalami penurunan daripada RM2.05/liter kepada RM1.95/liter. Adakah ini membuktikan kerajaan sekarang masih releven ataupun sekadar mengambil hati rakyat? Walaubagaimanapun, perubahan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat. Berita penuh adalah seperti dibawah.

PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan media di sini.Harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak 78 sen sejak Jun lalu.
Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober dan 1 November.
Sumber: Berita Harian


Namun pada pendapat ohMalaysiaKu.com, penurunan harga petrol dan diesel ini belum tentu menjanjikan penurunan harga makanan di kedai-kedai dan pasaraya kerana semua orang tahu, harga petrol dan diesel berubah-berubah. Lainlah jika kerajaan dapat berikan jaminan bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan, mungkin ini dapat berikan keyakinan kepada pekedai-pekedai.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Harga Minyak Turun Harga Lagi! Kali ini RM1.90/liter!
  2. Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
  3. Daftarkan Domain Anda Serendah USD0.99=RM4 Sekarang!
  4. Diskaun Tol 10 Peratus Bagi Kenderaan Ringan
  5. Domain Percuma Gi.La Untuk Anda! Daftar Sekarang!

9 Comments

  1. KNizam says:

    wehheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  2. shaxx says:

    ini komen gumbira jugak… weeeeeeee

  3. nuaeman says:

    Alhamdulillah… harap terus turun sampai RM 1.52 cam dulu.. seronoynya..

  4. joe says:

    ohmalaysiaku rupanya huhu..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled