Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100

Sekadar berkongsi maklumat terkini berkenaan satu program yang sedang hangat dipromosikan oleh rakan-rakan Facebook saya dan mungkin juga rakan-rakan Facebook anda, iaitu program “Login Facebook Dapat RM100“. Saya banyak menerima pelawaan berkenaan program ini daripada rakan-rakan di Facebook, namun tidak terdetik di hati saya untuk menyertainya kerana perasaan was-was, malah program ini tidak begitu meyakinkan saya sebagaimana program yang pernah dijalankan oleh Paypal satu ketika dahulu iaitu Paypal Wishlist.

Malah, program ini juga pernah dibincangkan oleh rakan-rakan saya di Twitter dan mereka telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap program ini. Terkini, Ustaz Zaharuddin telah mengeluarkan kenyataan berkenaan hukum menyertai program ini dikalangan penganut agama Islam. Sila fahami kenyataan ini dan fahamkan, dan semestinya ini hanya membabitkan golongan yang beragama Islam sahaja. Jadi sila faham. :)

Saya kongsikan disini artikel yang dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin di Facebook berkenaan program ini dan penjelasan beliau mengenai hukum akan program ini disertai oleh golongan Islam.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut
_________________________________________________________________________

Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari’. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois‘, seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain “Whois

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of “Infinity Downline” has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual

Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio (termasuk berkenaan bible!) :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Berikut pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec

Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec

Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen’s Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05

Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec

Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec

Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec

Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti:-

Outsourcers Bible
Bedroom To Boardroom
You and Your Tattoo
Profitable Forex Trading

Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Oleh itu, saya yakin, produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti sampah yang dihias bagi mencatikan gambaran skim sahaja.

Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk.

4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)

Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .

REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difahami darinya :

· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa)

Level 1 – 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 – 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 – 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 – 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 – 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:

Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.

KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. Niat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
13 Rabi’ul Awal 1431 H
27 Feb 2010
Artikel asal : http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

Saya harap anda jelas mengenai hal ini dan saya hanya sekadar berkongsi maklumat ini dengan para pembaca laman blog ini semoga anda jelas dan faham akan program ini sebelum mengambil keputusan untuk menyertainya. Saya tahu ada yang sudah menyertainya dan bersungguh-sungguh mempromosikannya, jika anda salah seorang daripada mereka, apakah anda dapat apa yang dijanjikan dalam program ini?

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita?
  2. Yoga HARAM Untuk Muslim : Fahami Inti Pati Fatwa
  3. Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
  4. “Facebook dan Twitter Adalah Satu Kejutan Budaya” – Datuk Seri Dr Rais Yatim
  5. Din Beramboi; Satu Pengajaran Untuk Kita Semua

32 Comments

  1. Aman says:

    masih ramai yang tertipu dengan program seumpama begini. hmm~~

    • Tu la kan, ramai diantara kita rabun bila berbicara soal wang. Mungkin hanya itu sahaja mereka nampak. Wang. Walhal, bagaimana perjalanan program itu dan sebagainya, tidak sedikit pun mereka cuba fikir dan analisis.

  2. nurul says:

    salam….

    Betol2 padat dan senang difahami artikel ni…

    Hurm… saya mendapat banyak juga pelawaan sebegini… kawan2 asyik bercerita ttg bagaimana mudahnya mendapat wang…

    Pada mulanya agak terpengaruh… tetapi setelah diteliti website2 tersebut, timbul rasa ragu2 dan juga was2…

    Saya amat berterima kasih diatas artikel ini kerana saya telah faham apa yang positif dan apa yang negatif..

  3. nn says:

    assalamualaikum.

    saya harap kawan-kawan saya yang terlibat dengan program ini dapat lah melihat artikel ini dari sudut positif dan jangan menolak bulat-bulat apa yang diperkatakan tentang halal-haram program ini kerana dah dikaburi dengan kesenangan wang ringgit.

    hopefully kita semua dijauhkan dari terlibat/terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini.

  4. Kujie says:

    Sangat hairan, rakyat negara kita selalunya mudah tergoda dengan cara nak kaya tanpa usaha…
    Entri terakhir dari blog Kujie ialah..Kenapa semua orang nak buat tutorial? My ComLuv Profile

  5. Joe says:

    adakah paypal wishlist termasuk sekali? Paypal wishlist ni mmg dari paypal.com bukan kampeni lain dan sistem dia macam PPL (Pay Per lead) macam geng2 affiliate kita dok buat untuk kumpul mailing list. Tiada urusan jual beli dilakukan. tiada untung tiada rugi. Paypal wishlist dah tamat pada desember lepas.

    Kalau login fb dapat 100sehari ni mmg dah nyata la salah.
    Entri terakhir dari blog Joe ialah..Erti kawan yang sebenar My ComLuv Profile

  6. Pak atan says:

    program ni adalah program bantu membantu. boleh memberi pendapatan tambahan pada yang menyertainya. boleh membantu yang memerlukan. bantu membantu sesama kita bukankah tuntutan islam. kalau kita lihat dari sudut itu adalah tak salah di sisi islam. kalau kita nak meghukum lihatlah berbagai sudut. jangan suka sangat menghukum kalau tak pasti atau tak faham. wallah hu aklam.

  7. CHE JAH says:

    Haah, betul kata pak atan tu. Ini kan program bantu membantu. Kenapa pulak nak di hukumkan haram. Lagipun bukannya ada unsur riba macam pelaburan letak sejumlah wang dapat interest tiap-tiap bulan. Cuma RM100 je. Tak kan nak kedekut sangat dengan duit sebanyak rm100 tu. Kalau kedekut sangat simpanlah dalam peti besi kat rumah tu…he he he jgn marah ye. Hari ini kita bantu orang rm100, suatu hari nanti Tuhan lipat gandakan rezeki kepada kita, mungkin beribu-ribu rm. Ini bertepatan dengan program ini. Jadi mana datang nya haram tu. Jadi lu pikirlah sendiri…..

  8. wah says:

    Lihat komen Zaharudin yang bijak pandai:

    1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

    2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

    3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

    4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

    PADA PENDAPAT SAYA ZAHARUDIN NI MAIN TULIS IKUT SEDAP JE. ADAKAH DIA TAHU SANGAT TTG SYARIKAT INI BERMASALAH. MANA DIA TAHU TENTANG PRODUK INI TIRUAN DAN TAK DI PERLUKAN OLEH AHLI. KAN PRODUK INI BERMANAFAAT UTK AHLI UTK BELAJAR IT. DIA DAH SIASAT KE? ADA BUKTI KE? YURAN BULANAN USD25 TU MACAM BELI PREPAID KAD LAD. KALAU TAK BELI PREPAID PHONE KITA TAK AKTIF LAH. JADI TAK BAYAR 25 AKAUN KITA TAK AKTIFLAH. APA PULAK NAK HARAMNYA….

    • Anda kenal siapa Ustaz Zaharuddin? Kalau belum kenal boleh ke pautan ini.

      Kalau kelulusan dan ilmu anda lebih tinggi daripada Ustaz Zahiruddin, sila bahaskan isu ini dengan ilmu dan kelulusan yang anda ada. Jangan bahaskan mengikut perasaan disebabkan barangkali anda mungkin salah seorang yang menyertai program ini.

  9. TMUkmkd says:

    aku tiada komen, tapi aku memang tak minat program macam ni :)
    Entri terakhir dari blog TMUkmkd ialah..Jangan Karaoke Dalam Hutan! My ComLuv Profile

  10. papabear says:

    ada yg tak join sebab ada yg kata haram

    yang dah join pasti akan pertahankan yg program itu tak haram

    macam biasa je dengar

    tapi….

    bukankah biasanya kalau program2 macam ni, yg untung ialah orang ya masuk awal?

    well, aku tak pasti sebab aku pun tak minat nak join… hehehehe…

    tepuk dada tanya selera la yer…
    Entri terakhir dari blog papabear ialah..Another one with Maxis My ComLuv Profile

  11. matang says:

    tayah nak betah2 lah halal haram..daripada amek rsiko, better tayah masuk..adoi..amende ah,nampak duet jeh kelabu mate…

  12. iS_oNLy_mE says:

    Assalamualikum,
    Cuma nak komen ckit. Apa yg sy kata ni cuma sdikt info, kalo sy salah tlg maafkn. Apa yg sy tahu ttg ID ni, ianya cuma sebuah program atau sistem dimana ia sbg perantaraan utk kt memperkembangkan rangkaian (network) dimana keuntungan dikongsi bersama @ lebih tepat “tolong menolong dlm rangkaian utk menambah pendapatan”. Tiada istilah siapa dulu dpt untung kerana sistem ini mengamalkan “reverse 2 up”. Sistem cuma alat bantuan dan tidak meletakkan apa2 bayaran keatasnya. Cuma disini nilai RM100 ($25) adalah umpama anda pengguna bas. Nak guna bas kena byr tambang dulu kan, baru bas berjln sampai ke destinasi yang nk dituju. Sama je dgn pengguna bas lain kena byr dulu sama cam anda tadi. Cuba bayangkan bas adalah sistem ID. Pengguna bas sebagai ahli ID. Sama2 nk guna bas utk sampai ke destinasi yg nk dituju kan & ahli ID sama2 nk kan peningkatan dlm pendapatan, bukan begitu. Cuma bezanya disini perkhidmatan bas perlu dibayar, tapi program ID ni tiada bayaran keatas sistemnya. Anda hanya perlu memberi sumbangan kpd mereka yg memperkenalkan program ID ini sebyk RM100 & begitu juga jika anda perkenalkan program ini kpd rakan2 anda. Mereka akan menyumbang RM100 kpd anda. Begitulah seterusnya sumbangan demi sumbangan. Ianya lebih kepada sistem yg menolong ahlinya berkongsi meningkatkan pendapatan dengan cara yg bijak.

    So, disini sy nk nasihatkan. Kalo anda rasa was2 akan program ini, baik takyah lah buat sebab dalam Islam kalo was2 ianya adalah hampir kpd haram. Kalau anda seorg yg tabah, komited dgn apa yg anda perlukan jd teruskan dgn tiada rasa was2.
    “Allah telah memberi akal fikiran kpd kita, jadi gunakanlah sebaik-baiknya”

    Renung-renungkan lah. Wassalam..

  13. amoi says:

    hi..

    nice blog…n nice comment..

    bg i plak…senang sgt nk korang nk wat duit dari bnda2 mcm ni…nape eh?untung byk dpt kat org2 upline akhirnya…smpai tnggu system lingkup…semua akan diam…downline nganga…upline cabut lari…

    cuba cari duit cara org china (yg dah tntu bisnes / blaja2 main real property/ investment / stock) dgn cara ni…mmg nmpak ssh u guys need education (termasuk informal education …blaja tanye2 org2 yg da expert or dari bhn bacaan..)…tp berkesan dlm jangka masa pjg utk wat duit..mmg kebanyakan milliionaire mmg invest dlm property mcm ni…cuba cari duit melalui passive income…lg bagus.semua org kaya get involve dlm bnda ni..

    org yg berangan2 nk kaya…join skim cpt kaya a.k.a seangkatan dgn nye..

    sbb from my point of view..log in fb dpt 100 ni..keja2 org nk kaya cpt je..sbb obviously untung dtg untuk org terawal ngan cara cpt..

    sorry kalau terase…;) ni hanya PANDANGAN sy…kalau yg dah join bnda2 mcm ni..bagus la wat duit..huhu

    kalau ada nk kritik sy nye comment ni…email la kat…fazlin_amoi@yahoo.com

  14. Ashiqin says:

    aku tak caya lah benda-benda mcm ni…semua penipu…

  15. bulanmasa says:

    Kita nak kaya cepat, dapat RM100 sejam sambil goyang kaki tapi kita x nak planing – harian, mingguan, tahunan camner?
    Target 100 pun x tau tapi tahun azam baru best2 (sekali setahun jer plan) Ok ker tuh? Boleh ke kaya?

  16. ali says:

    diakhir zaman ni kt kdg2 xblh nk lari dr bnda2 mcm 2,mcm pelabuaran yg di buat oleh kerajaan 2,kt tau ke kemana duit kt di laburkan

  17. nazarul says:

    as’kum salam sejahtera semua disini saya ingin membuat penjelasan tentang komen yg dihantar oleh seseorang yg menyatakan program infinity downline adalah haram …perkara tersebut adlah sama sekali tidak benar sila rujuk di web site ni di http://www.infinitysucesbuilders.com semau maklumat tentang status perniagaan dan hukum syarak tentang program ni ada di jelaskan di sana …cuma sebelum ini ada seseorang yg tidak dikenali telah menyalah guna nama program infinity downline utk memburukan dan menjatuhkan reputasi program ini…mungkin ats dasar tidak puas hati @dengki mereka terus memburuk -buruk program ini …DIHARAP SAUDARA -SAUDARA TIDAK TERPENGARUH DENGAN DAKYAH INI …SILA BUAT SIASATAN SEBELUM MEMBUAT ANDAIAN @TUDUHAN…

  18. niinaa says:

    salam anda semua
    macam mana dengan UNSTOPPABLE, ND LALA NETWORK
    ada kah halal atau haram?

  19. wazupder says:

    mau di ambil artikel ini bisa ga???

  20. Steve says:

    aku tak caya lah benda-benda mcm ni…semua penipu…

  21. nhk says:

    slm.
    nak tanya bagaimana pula dengan http://www.330hyper.com yg menawarkan ehypercash & ehyprobulksms? masih berlandaskan syara’ @ sebahagian drpd program2 skim cepat kaya?

  22. tikoi says:

    Program bantu-membantu…LOL!!
    Website tutup…
    upline lari…
    Downline tenganga…
    macam aku.

  23. nurisyanur says:

    saya bru diperkenalkan dengan HyProBulkSMS.. sistem ni hanya kena bayar 1 kali seumur hidup dan kemudian cari orang bawah kite dan dapat pulangan 100%. saya agak berminat tp bile fikirkan semula soal halal dan haram, saya berasa was2 nak join, program ni dah ditayangkan di tv dan mengikut ape yang tertera di flyers program ni, ianya diluluskan oleh kerajaan malaysia dan pengasasnya adalah bumiputera…program ni juga ada pengakuan sijil Suruhanjaya Syarikat Mlaysia.. bleh komen ckit mengenai program ni? camane dari segi hukum halal dan haramnye.. saya dah check di http://www.330hyper.com,tp penerangannya saya kurang faham.. tapi bile tgok blog2 yang berkaitan dgn sistem ni, saya dah mula faham mengenai program ni tapi msih ragu2 mengenai halal haram nye.. sbgai umat islam saya nak memastikan setiap perkara yang saya buat dapat berkat dan diredhai allah.. harap dapat beri komen

  24. Anjebat says:

    Assalamualaikum.
    Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk
    dimuzakarahkan (bincang).

    Saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak
    mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya saya hormati ilmu beliau. Tapi
    dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID)

    halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana

    ikutkan nafsu nak kaya cepat.

    Sebagai contoh : Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram? atau Halal jika

    meyakini sumber dan masakannya halal (contoh katakan tokeh kedai tu

    cina). Jika was-was jangan makan tapi jika yakin (kena bersandarkan hujah

    betul dari sudut Fekah, Tauhid atau lain-lain) makanlah tanpa was-was.

    Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA mesti pada Ustaz Zaharuddin

    seorang sahaja hingga hujah Ulama lain tidak boleh kita jadikan rujukan?

    Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber tentang KONSEP perniagaan seperti

    ini?

    Ustaz Zaharuddin menulis berlandaskan fakta untuk mengharamkan ID tapi

    adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga

    tidak boleh dihalalkan atau ataukah ID suatu konsep salah yang boleh

    dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi masih ada ruang untuk

    ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu (mengambil semula hak kita

    misalnya).

    Saya tidak risau dengan program ID sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat

    Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry

    (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa

    kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH

    DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)dan

    tak macam program-program lain kalau ID kena tutup kita takkan rugi

    apa-apa sebab bonus kita langsung dia tak simpan.

    Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu perbuatan itu HARAM. Kita

    juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya

    betul kerana berdasarkan DALIL yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka

    juga TETAP BETUL selagi mereka melakukan sesuatu itu dengan berpandukan

    Ulama yang mereka yakini.

    Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini

    bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat

    kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.

    “Kesimpulan
    1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang
    dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita

    mengatakan mereka melakukan perkara haram.
    2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang

    layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
    3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
    4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama

    Islam), tetapi ia tetap bersyarat”.

    Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti.

    Wallahualam.

    ………………Tambahan

    Kepada yang tak sebulu dengan Ustaz Zaharuddin jangan memaki hamun
    beliau, beliau orang berilmu yang WAJIB kita hormati. Apa yang beliau
    sampaikan itu betul dan tugas beliau sebagai rujukan.

    Kalau kita tak setuju dengan pendapat beliau dan ingin keyakinan yang

    lebih atas apa yang kita buat tanyalah juga kepada lain-lain sumber

    rujukan (hatta ulama luar negara).

    Bagi saya pendapat Ustaz Zaharuddin tetap menjadi pendapat peribadi

    selagi tidak disepakati/difatwakan ulama dalam Fatwa sedunia.

    Misalnya rokok, walaupun jelas hukumnya haram tapi masih ramai
    menghisapnya kerana berpandukan hujah lama yang hukumnya ‘makruh’.

    Sorilah… Komen detail Komen tentang pendapat Ustaz Zaharuddin kena

    join ID Surirumah dulu

    http://ringgit-online.tripod.com/surirumah
    Percuma Thumbdrive. Dalamnya ada pBook pasal topik ni.

  25. semut gigit says:

    Zaman sekarang zaman IT,zaman teknologi,zaman internet.teknologi sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.para ulamak dan majlis faktwa seluruh dunia pun tak berani nak keluarkan faktwa mengatakan tenoknogi IT,internet ini haram,kerana teknologi IT,internet ini sentiasa berubah.perlu banyak kajian dibuat untuk melebelkan sesuatu itu haram.apa akan jadi pada negara ISLAM umat ISLAM 15-20 akan datang,apabila teknologi menguasai dunia,semua haram.org ISLAM akan mundur ketinggalan,ditindas…..mengenai infinitydownline,seseorang yg bernama peter wolfing telah memciptanya.seseorang yang berbangsa asing,orang kafir,tetapi dengan baik hati telah membenarkan orang ramai mengunakan teknologi beliau secara percuma.beliau tidak mengenakan bayaran 1 sen pun pada penguna,malah penguna dapat mengunakan syistem beliau dengan berjaya,banyak org telah hidup senang dengan syistem beliau.berapa mulianya org kafir ini.tetapi kenapa kita org islam ini tak boleh terima benda ini dengan positif,benda yg baik apa salahnya kita ikuti…..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled