Din Beramboi; Satu Pengajaran Untuk Kita Semua

Saya pasti ramai yang sudah tahu akan kembalinya Din Beramboi atau nama penuhnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri ke rahmatullah kerana demam denggi berdarah yang dihidapi beliau. Beliau yang telah bertarung nyawa selama beberapa hari akhirnya melepaskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat, 12.30 pagi. Alhamdulillah, di hari penghulu segala hari beliau meninggalkan dunia yang fana ini. Moga pemergian beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Saya selalu mendengar celoteh dan lawak beliau setiap pagi di radio Era bersama Pak Aznil. Walaupun lawak-lawak beliau tidak masuk akal, namun sedikit sebanyak menceriakan pagi saya bersesak ke universiti tempat saya belajar atau bagi anda, mungkin ke tempat kerja. Saya mungkin merindui lawak pagi yang arwah selalu lakukan.

Walaubagaimanapun, kisah Din Beramboi ini harus kita jadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati dan prihatin terhadap tahap kesihatan kita. Kalau rasa tidak sihat, demam yang berpanjangan dan sebagainya, cepat-cepatlah ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan. Jangan tangguh, lebih-lebih lagi jika melibatkan demam denggi. Kemungkinannya hanya dua, hidup atau mati. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk ke hospital atau klinik berdekatan untuk pemeriksaan jika anda rasa tidak sihat dan sebagainya.

Untuk maklumat anda, di antara tanda dan gejala demam denggi adalah seperti berikut:

  • Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  • Bintik merah pada kulit
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  • Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Rasa pahit pada lidah

Sumber: Wikipedia

Oleh itu, kita harus prihatin terhadap tahap kesihatan kita. Jangan anggap segalanya hanya perkara biasa, kerana yang biasa itulah yang menjadi parah. Lebih-lebih lagi, kes-kes demam denggi yang dilaporkan makin meningkat dari hari ke hari. Itu belum lagi yang dilaporkan. Jadi, beringatlah dan prihatinlah terhadap tahap kesihatan anda.

Bercakap mengenai demam denggi, bagaimana pula cara mencegahnya? Untuk mencegahnya, kita harus lihat bagaimana ia merebak. Berikut disenaraikan bagaimana demam denggi ini merebak:

  • Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi.
  • Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes.
  • Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  • Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi.

Jika dilihat secara teliti, medium penyebaran utamanya ialah nyamuk aedes. Nyamuk aedes yang akan membawa kuman demam denggi dan kemudiaanya menyebarkan kuman tersebut dengan mengigit mangsanya. Jadi langkah utama dalam menghalang demam denggi ialah dengan menghapuskan medium penyebarannya iaitu nyamuk aedes. Bercakap mengenai menghapuskan nyamuk aedes, banyak cara dapat dilakukan. Salah satunya ialah melalui semburan kabus (fogging) yang biasanya akan dijalankan oleh pihak hospital kerajaan jika terdapat kes denggi di kawasan-kawasan tertentu. Habis itu bagaimana pula dengan langkah pencegahan? Kita mahu membasmi nyamuk aedes ini untuk menghalang penyebaran demam denggi, tapi kalau semburan kabus ini dilakukan selepas ada kes demam denggi, pada pandangan saya agak kurang relevan disitu. Oleh sebab itu, ada sesetengah syarikat swasta yang datang dari rumah ke rumah dengan menawarkan perkhidmatan semburan kabus ini dengan harga RM30 untuk keseluruhan kawasan rumah. Pada pandangan saya, harganya berpatutan jika dibandingkan dengan kesan yang bakal kita terima jika langkah-langkah pencegahan ini tidak diambil. Namun, masih ada yang masih merungut. Harga terlalu mahal, tidak percaya bahawa yang semburan itu benar-benar semburan yang membunuh nyamuk aedes tersebut dan pelbagai alasan lagi saya dengar. Walaupun telah diberikan jaminan daripada penyedia perkhidmatan, masyarakat kita masih belum sedar akan kepentingan pencegahan nyamuk aedes ini. Kalau susah bagi kita untuk bersih kawasan rumah, kosongkan tempat-tempat bertakung di sekitar kawasan rumah, sekurang-kurangnya lakukankanlah semburan kabus ini. Takkanlah bila ada kes barulah kita nak bertindak. Anda setuju?

p/s: Jangan salah anggap, saya tiada kaitan dengan syarikat yang memberikan perkhidmatan semburan kabus tersebut. :D

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Duit Syiling Baru Malaysia 2012; Adakah Satu Perubahan Yang Relevan?
  2. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita?
  3. Video Rakaman Bersih 2.0 oleh PDRM; Masa Untuk Rakyat Menilai
  4. Sistem Biometrik Untuk Pilihan Raya; Mampukah Mengatasi Kelemahan Sistem Sedia Ada?
  5. Isu Kilang Nadir Bumi #Lynas: 10 Syarat Dikeluarkan oleh IAEA Untuk Lynas Pertimbangkan Sebelum Kilang Beroperasi

3 pandangan telah dikongsikan

  1. Ismail Noh says:

    Dulu masa kecik-kecik suka bau asap fogging~

  2. bulanzaman says:

    waktu fogging kena betul, subuh dengan awal senja kalo takat 9am baru nak fogging, tak yah lah bazir je, kdg2 derang fogging jam 10pm apa kes, nyamuk denggi mana keluar waktu tuh.
    tu pasal kalo bayi tdo senja2 & subuh kita kena tgk2 kan…

  3. Amy says:

    Dulu masa kecik-kecik suka bau asap fogging~

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge