[Entri Khas] Kempen Blogger We Care

Anda seorang penulis blog yang prihatin? Apa yang akan anda lakukan jika melihat salah seorang daripada teman kita berada dalam kesempitan dan perlukan pertolongan? Saya pasti mesti ramai di antara kita yang bakal menghulurkan bantuan semampu yang boleh untuk meringankan beban yang menimpa teman kita itu. Sudah terbukti dalam kempen yang OHMalaysiaKu.COM pernah anjurkan pada suatu ketika dahulu bahawa penulis-penulis blog di Malaysia khususnya adalah penulis yang prihatin terhadap orang lain. Anda boleh ikuti entri tersebut disini.

Berdasarkan entri tersebut, saya yakin penulis-penulis blog akan juga bersama-sama membantu teman kita ini. Entri khas ini ditulis khas untuk menyokong satu kempen yang sedang dijalankan oleh saudara Hydir dalam membantu salah seorang teman kita, juga seorang penulis blog iaitu saudara Megat (Jangan terkeliru dengan nama Megat kerana nama Megat itu hanyalah nama samaran sahaja) yang kini dalam kesusahan dan perlukan pertolongan daripada kita. Saya merupakan salah seorang pembaca blog beliau semenjak beliau diserang penyakit misteri tahun lalu. Daripada situ, saya ikuti perkembangan blog beliau dan saya sangkakan penyakitnya sudah baik, namun sebaliknya. Anda boleh baca entri mengenai perihal yang melanda saudara Megat dan keluarga yang ditulis sendiri oleh saudara Megat didalam blognya disini.

Jadi, jika anda rasa anda mampu untuk meringankan beban yang dihadapi Megat sekeluarga ini, anda boleh salurkan sumbangan anda ke mana-mana akaun bank seperti yang dinyatakan dibawah.

Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.

Akaun Maybank.
Faisal Amirul Othman.
1010 7541 8124

Saya mungkin tidak kenal secara peribadi saudara Megat ini, namun beberapa penulis blog lain seperti Kak Jie, adalah salah seorang yang mengenali saudara Megat. Jadi, mungkin timbul soal kekeliruan ataupun pertanyaan mengenai sumbangan ini. Walaubagaimanapun, seperti yang saya nyatakan diatas, Megat itu hanyalah nama samaran, nama sebenar beliau adalah seperti mana yang dinyatakan dalam maklumat akaun bank diatas. Mungkin paparan skrin dibawah mampu dijadikan pengesahan. Paparan ini diambil di blog Azman Ishak dalam entri ini.

Bagi anda yang tidak mampu menghulurkan bantuan, anda bolehlah meletakkan ribbon seperti mana yang saya letakkan di bahagian kanan laman blog ini di laman-laman blog anda sebagai tanda sokongan kepada kempen yang sedang dijalankan oleh saudara Hydir. Ini kerana, dengan meletakkan ribbon ini, anda akan menyumbangkan RM1 ke dalam tabung kempen ini yang akan disumbangkan oleh sponsor-sponsor KBSoccerNet kepada saudara Megat. Perincian mengenai kempen tersebut boleh dilihat dientri ini.

Kod untuk ribbon itu boleh digunakan seperti dibawah dan pautannya akan dipautkan ke blog penganjur, iaitu saudara Hydir. OHMalaysiaKu.COM hanya akan hoskan sahaja fail gambar tersebut di hosting OHMalaysiaKu.COM. Itu sahaja. Namun, anda bebas untuk memuat naik kembali fail ribbon ini di hosting anda sendiri ataupun di mana-mana penyedia hosting percuma yang lain.

Saiz ribbon 150x181px

Salin kod HTML dibawah untuk menampal ribbon ini di laman blog anda.

<a href="http://www.hydir.com/?p=268" target="_blank"><img src="http://ohmalaysiaku.com/wp-content/uploads/2010/01/blogger-we-care-ribbon.jpg" width="150" height="181" title="Kempen Blogger We Care" alt="" /></a>

Saiz asal untuk ribbon ini boleh didapati disini.

Kadang-kadang di saat kita bergembira disamping keluarga, anda insan lain yang sedang berduka. Mungkin hari ini hari dia, entah esok lusa hari kita pula. Kita tidak tahu, nasib manusia ini berbeza-beza. Ada waktu kita senang, ada waktu kita susah. Jadi, di waktu kita senang ini, jangan alpa, ingatlah golongan lain yang tak senasib dengan kita. Sebelum saya tamatkan entri ini, saya harap anda dapat membantu atau setidak-tidaknya menyokong kempen yang dijalankan ini. Semoga dapat dikurangkan beban yang ditanggung oleh saudara Megat.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Kempen Blogger Prihatin : Selamatkan GAZA
  2. Terima Kasih Blogger Malaysia!
  3. Apabila Anda Ketandusan Idea Untuk Menulis
  4. Domain Percuma Gi.La Untuk Anda! Daftar Sekarang!
  5. Isu Aduka Taruna: Kerajaan Harus Tegas

11 pandangan telah dikongsikan

  1. [Entri Khas] Kempen Blogger We Care oleh OHMalaysiaKu.COM!…

    Kempen Blogger We Care yang dijalankan oleh saudara Hydir untuk membantu meringankan beban saudara Megat. Bantuan anda dapat meringankan beban saudara Megat. Prihatinkah anda? Klik untuk maklumat selanjutnya….

  2. Kreuger says:

    terima kasih kerana turut serta dalam kempen yang dijayakan oleh En Ir Hydir. Semoga kita dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Insyaallah.. amin…

    Nota: Megat adalah nama samaran untuk En. Faisal Amirul Othman yang menetap di Johor. Terima kasih sebab melanjutkan entri keprihatinan ni ye~

  3. DaHLia says:

    thanks for the code.. malam ni i letak.TQ

    semoga dapat membantu beliau dan keluarga. InsyaAllah
    .-= Entri terakhir dari blog DaHLia ialah..My Traffic Really Increase !! =-.

  4. [...] This Out! [Entri Khas] Kempen Blogger We CareAJL24 – Tonton Anugerah Juara Lagu Ke-24 Secara Langsung di ajl.tv3.com.myIsu Penggunaan Nama [...]

  5. @iMaN says:

    salam sejahtera…Moga dapatlah serba sedikit membantu beliau dan keluarganya…Semoga dirahmati & diberkati oleh-Nya.InsyaAllah…Amin.
    .-= Entri terakhir dari blog @iMaN ialah..BANNER WISH CONTEST =-.

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge