Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya?

Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Namun begitu, apakah kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor?

Melihat daripada sudut yang positif, kempen ini sudah pasti memberikan banyak impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Tak perlu saya terangkan apa kesan positif daripada pengurangan penggunaan beg plastik dan kesan negatif penggunaannya, namun jika anda kurang jelas, anda boleh lawati laman web kerajaan Selangor di www.selangor.gov.my untuk keterangan lanjut.

Saya tahu akan kempen ini sejak sebulan yang lalu ketika mana saya ke SpeedMart 99 di NZX Petaling Jaya. Hari itu bukan hari Sabtu, namun saya lihat satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Saya baca dan fahami setiap perkataan yang ditulis pada notis tersebut. Dalam hati saya terdetik, akhirnya kerajaan sedar dan peka akan permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya. Pada ketika itu saya bersama abang sepupu saya dan kami berbincang akan perlaksanaan kempen ini dan sejauh mana kempen ini mampu memberikan kesan atau impak yang kita kehendaki.

Salah satu perkara yang kami bincangkan ialah Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya. Namun, kempen ini tidak langsung dijalankan oleh kedai-kedai runcit, pasar-pasar tani dan sebagainya. Apa  yang ingin saya maksudkan di sini ialah perlaksanaan masih tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya masih lemah. Perkara ini jelas dapat saya lihat ketika membeli di beberapa kedai di sekitar rumah saya. Jika betul mahu dilaksanakan kempen ini, semua pihak harus sedar dan bersama-sama menjayakan kempen ini. Tak kisahlah kedai tu tak ramai pelanggan macam di Giant dan Tesco sekalipun, namun perlaksanaan, kesedaran dan sokongan ke atas kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini harus sama-sama kita jalankan.

Masih ada kompromi dalam sesetengah situasi di mana Hari Tanpa Beg Plastik ini tidak dipedulikan atas dasar kerana musim perayaan. Saya baca satu entri yang ditulis di laman blog Kujie2. Dalam entri tersebut, Kujie2 telah menulis pengalamannya ke Tesco pada hari Sabtu lepas dan menyatakan bagaimana kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini diabaikan hanya kerana musim perayaan. Jadi dimana komitmen dan sokongan kita terhadap kempen ini? Jangan kita buat sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja akan kempen ini. Jika betul kita mahu lakukan perubahan, berikan komitmen dan sokongan sepenuhnya.

Waktu di kaunter bayaran, juruwang Tesco keluarkan beg plastik untuk mengisi barang-barang saya. Saya tak nak beg plastik sebab saya dah bawa ‘beg hijau kaler biru’ dan saya sedang menjalankan satu kempen hebat peringkat negeri.

“Tak pe kak, tak kena bayar”

“kenapa ?”

“Tahun Baru Cina”

“Adik , kakak berkempen bukan ikut musim. Kesedaran tentang alam sekitar bukan hanya pada hari Sabtu atau pada sekian-sekian hari. Kesedaran kakak bukan berharga 20 sen.”

Dari 8 kaunter pembayaran Tesco yang dibuka waktu itu, hanya ada 2 pelanggan yang tidak mengambil beg plastik termasuk saya.

Selain itu, harga beg boleh kitar semula ataupun Recyclable Bag kepada beg plastik yang telah diperkenalkan pada pandangan saya masih lagi pada harga yang membuatkan orang ramai teragak-agak untuk membelinya. Saya tidak menafikan ada sesetengah pihak melihat ianya satu yang menguntungkan dengan membeli beg boleh kitar semula ataupun juga dikenali sebagai “The big green bag” ini, namun masih ramai yang tidak membelinya kerana faktor harga. Jika saya tidak silap, harganya lebih kurang RM3 untuk setiap satu. Sila betulkan saya jika penyataan ini salah. Jadi jika harga untuk beg ini dapat dikurangkan, saya pasti ramai yang akan membelinya dan menggunakannya.

Jika beg boleh kitar semula ini tidak berjaya, kenapa tidak kita perkenalkan beg kertas sepertimana yang digunakan di pasaraya-pasaraya di negara-negara maju yang lain seperti di US, UK dan sebagainya? Beg kertas adalah satu alternatif lain yang baik pada pandangan saya kerana fizikalnya juga mudah diurai secara biologi tidak seperti beg plastik. Malah saya yakin, kos menghasilkannya mungkin lagi rendah berbanding beg alternatif yang digunakan sekarang ini. Jadi persoalannya, sanggup anda guna beg kertas demi menjaga “kesihatan” bumi kita ini?

Yang terakhir, dimana tahap kesedaran, keprihatinan dan kesediaan kita untuk menyokong kempen ini? Sejauh mana mampu anda sokong kempen ini? Saya pun pelik bilamana saya beli satu tin air dengan  choki-choki pun, kedai Mesra mahu letakkannya dalam beg plastik. Saya katakan tak perlu beg plastik dan mereka faham. Kesimpulannya, tidak semua orang sedar akan kesan negatif penggunaan beg plastik ini dan kesedaran ini harus diberikan agar objektif Hari Tanpa Beg Plastik ini tercapai seperti yang dirancang. Apa pandangan anda pula?

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita?
  2. Hari Guru: Masihkah Kita Hargai Mereka?
  3. Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya?
  4. [Entri Khas] Kempen Blogger We Care

15 pandangan telah dikongsikan

  1. Kujie says:

    Untuk dapatkan kesedaran orang ramai mengenai alam sekitar bukan mudah, kerana kesannya bukan nampak sekelip mata. Kita sudah terbiasa hidup dengan apa yang kita ada tanpa dibayar atau bersusah payah.

    Mulakan dari diri sendiri, keluarga dan orang yang rapat dalam komuniti.

    Bab beg plastik – memang susah. Ada satu kedai tu, bila cakap tak nak beg plastik – dia boleh balas dalam nada terkejut seolah-olah orang yang tak nak beg plastik tu datang dari planet entah mana.
    .-= Entri terakhir dari blog Kujie ialah..Kangen =-.

  2. Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya? oleh OHMalaysiaKu.COM!…

    Anda fikir bagaimana? Di mana tahap sokongan dan komitmen masyarakat mengenai kempen ini? Anda pula bagaimana? Anda sokong, sokong ala kadar, ataupun tidak ambil tahu langsung?…

  3. kenwooi says:

    yeah.. not many are aware of this campaign.. some still demand for plastics even though they have small items.. i dont understand why.. as if they will have to use the plastic again.. oh well, it depends on individuals as well.. cant really force every one to understand.. =)
    .-= Entri terakhir dari blog kenwooi ialah..The French Job – Eiffel Tower Visit =-.

    • Only one thing, we should educate ourself, people around us and everyone about the negative effect of using plastic bag etc.

      As I have mentioned above, instead of asking people to reduce using of plastic bag, we should come out with great alternative to replace plastic bag. For example, paper bag.

  4. hydir says:

    semoga kempen ini disokong oleh semua pihak…
    bumi kita makin sakit .. usaha yang kecil tapi di buat bersama akan memberi hasil yang menakjubkan.

    Pembeli dan pengguna hendaklah membawa beg sendiri dari rumah dan jika ke pasar .. bawa suratkhabar or bakul barang :)
    .-= Entri terakhir dari blog hydir ialah..[IT] Meletakkan “Google Buzz This” pada blog WordPress dan Blogspot =-.

    • Persoalannya antara mereka sanggup atau tidak. Kempen ini bagus, cuma pada pandangan saya masih tidak menyeluruh dan perlaksanaan masih lemah. Saya harap penggunaan beg kertas dapat dijadikan alternatif buat beg plastik dan juga beg kitar semula yang digunakan sekarang ni.

  5. 1tomyam says:

    salam, kempen sebegini kena kerjasama semua pihak, bermula dari unit kecil seperti keluarga hinggalah ke sekolah dan organisasi-organisasi besar.

    tapi pandangan saya balik kepada sikap individu itu sendiri, sungguh sukar nak didik rakyat kita bab-bab penjagaan alam sekitar ni dan kebersihan…tengok saja disekeliling kita..

    apa-apapun mungkin kempen tersebut sebagai satu langkah kecil untuk perubahan yang lagi besar di masa hadapan…
    .-= Entri terakhir dari blog 1tomyam ialah..Malaysia Ada Masalah Kebuluran Ke? =-.

    • Setuju dengan pendapat anda. Perlu diberikan didikan awal bermula daripada keluarga hinggalah ke organisasi yang lebih besar. Harapan saya, kempen ini bukanlah sekadar setakat ini sahaja. Saya harap 6 bulan tempoh percubaan ini bakal meneruskan kempen ini, dan bukan hanya tamat selepas 6 bulan. :)

  6. neero says:

    good…bagus tindakan yang diambil dan berharap semua masyarakat malaysia turut mengamalkannya bagi menyelamatkan bumi kita,

  7. student says:

    saya pernah pergi ke jusco dan membeli sekotak air sahaja..mereka hendak memberi saya beg plastik dan saya menolaknya..saya beritahu,’mari kita jmtkan penggunaan beg plastik.respon yg diterima pula berbunyi mmglah..brg pun da satu je kn…hal ini menunjukkan betapa masyarakat kita masih memandang remeh tntg isu ini..tdk kisahlah sbanyak mana pun kuantiti brg yg dibeli..namun kesan kpada alam sekitar jarus dititik beratkan..setuju?

  8. Siti Norizan says:

    Hmm..da lama da sy fikirkan pasal hal ni..akhirnya, ade jgk tindakan yg diambil oleh kerajaan bg atasi masalah plastik beg ni..harap pasni semua masyarakat boleh memberi kerjasama dan menjadikan penggunaan recyclable bag sbg satu amalan.

  9. zeema says:

    saya raya penggunaan beg plastik sekarang semakin bertambah. kebanyakkan kedai macam 7eleven, mesra, tesco dan lain2 byk mengeluarkan beg plastik. harap masyarakat malaysia terutamanya, dpt menitik beratkan ‘keshatan’ bumi :)

  10. mohd says:

    Pada pandangan saya kempen ini bagus untuk memelihara alam sekitar cuma cara dan motif tidak memenuhi matlamat sebenar.. sbg contoh pelanggan membayar 20 sen untuk beg plastic balik sepatutnya pihak pasaraya memberi beg kertas bukan beg plastic lagi. Kempen ini hanya menguntungkan pihak pasaraya saja tak menyeluruh dan yang perlu kesedaran hanya pada pihak pengguna tapi pihak pasaraya mengambil kesempatan dan keuntungan. Memang la penjualan plastic beg di dermakan tapi siapa yg mendapat nama. Kalau di luar Negara mereka gunakan beg kertas kenapa kat Malaysia dah le bayar bagi lagi beg plastic ini yang tak betul sebenarnya…..semua ade kepentingan….. nak buat sesuatu tu kena ikhlas….

  11. Thrust Roller Bearings…

    Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya? oleh OHMALAYSIAKU.com…

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge