Program Untuk Lepasan SPM oleh UNITEN
Entri ini dituju khas kepada lepasan-lepasan SPM yang mana sebilangannya mungkin sedang melakukan kerja sambilan, sebilangan daripadanya mungkin membantu keluarga atau sebilangan daripadanya mungkin duduk goyang kaki di rumah menunggu keputusan SPM 2009 yang bakal keluar nanti. Walau apa-apa pun, kepada lepasan-lepasan SPM yang tiada perancangan program bagi mengisi tempoh menunggu keputusan ini, anda bolehlah menyertai program khas yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk lepasan-lepasan SPM yang bakal diadakan Mac ini.
Jadi apa programnya? Baiklah, UNITEN akan menganjurkan bengkel selama 5 hari untuk para pelajar lepasan SPM yang mana sedang menunggu keputusannya. Bengkel 5 hari ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai cara hidup di universiti dan pendedahan kepada para pelajar kepada bidang-bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan perniagaan. Jadi, jika anda salah seorang pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan dan tiada perancangan untuk mengisi tempoh menunggu tersebut, bolehlah menyertai bengkel 5 hari anjuran Universiti Tenaga Nasional ini. Maklumat mengenai program ini adalah seperti di bawah:
Nama program: Program Untuk Lepasan SPM
Tempat: Universiti Tenaga Nasional, Kampus Induk Putrajaya
Tarikh: 1-5 Mac 2010
Kos: Makanan dan tempat tinggal selama 5 hari bengkel akan disediakan oleh UNITEN
Program ini adalah PERCUMA, para pelajar hanya perlu menanggung kos pengangkutan untuk ke UNITEN.
Bagaimana nak sertai?
Mudah sahaja. Sila hantarkan emel dengan tajuk “Program for SPM Students” kepada Puan Nor Aini di NorAini@uniten.edu.my bersama-sama dengan maklumat diri anda seperti yang dinyatakan di bawah:
- Nama pelajar
- Nombor telefon
- Alamat emel
- Keputusan percubaan SPM
- Sekolah
- Bidang pengajian yang pelajar ingin ceburi selapas SPM (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat atau Perniagaan)
Baiklah, saya harap maklumat ini sedikit sebanyak dapat memberikan peluang kepada anda untuk mengisi masa terluang anda yang sedang menunggu keputusan SPM sekarang ini dan diharapkan melalui program-program sebegini, para pelajar akan jelas akan hala tuju mereka selepas tamatnya SPM.
Jika anda ada kenalan yang sedang dalam tempoh menunggu keputusan SPM, bolehlah maklumkan kepada mereka berkenaan program ini. Terima kasih.
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
Program Untuk Lepasan SPM oleh UNITEN oleh OHMalaysiaKu.COM!…
Program for Students who are currently waiting for their SPM results. Program untuk pelajar lepasan SPM 2009 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)…
sy berminat dengan program ini..
macam mane nak sertai?
Sila hantar emel berserta butiran yang dinyatakan diatas.
hari dan masa pendaftaran tidak diterangkan…
Maaf. Ini sahaja maklumat yang diterima. Untuk keterangan lanjut, sila emel ke alamat emel yang dinyatakan diatas.
kena datang sehari sebelum 1 Mac Ke?
Biasanya begitu, jika program bermula 1 Mac, kemungkinan anda harus mendaftar sehari sebelum. Anda sudah mendaftar?
saya sudah mendaftar. Jadual di UNITEN ada? Apa yang perlu dibawa?
Berikan maklumat yang perlu kepada saya tentang program ini.
I have already e-mailed my submission form last month. How do i know i am admitted or not?
@wan aswan @muhammad hazim
Harap bersabar dan terima kasih atas minat anda untuk menyertai program ini.
saya akan cuba dapatkan info terkini mengenai program ini daripada pihak Uniten dan akan kemaskini disini berkenaan info tersebut sesudah saya mendapat kepastian akan persoalan-persoalan anda.
ada info terbaru tak? program lg 2 minggu….
Saya sudah hantar kemaskini terkini mengenai program ini ke emel anda. Namun, emel yang anda gunakan untuk tinggalkan komen di blog ini tidak wujud maka emel tersebut tidak dapat dihantar kepada saudara.
Untuk saudara Hazim dan Zharif, emel sudah dihantar ke alamat emel yang anda gunakan untuk komen di blog ini. Sila periksa emel untuk maklumat terperinci.
Untuk kemaskini terkini, program ini akan dijalankan seperti yang dirancang dan surat tawaran akan dihantar kepada pelajar yang layak oleh UNITEN. Jika tiada surat tawaran diterima sila telefon Pejabat Pendaftar (Registrar Office) UNITEN di 0389212020 untuk keterangan lanjut dan mendapatkan kepastian. Harap kemaskini ini dapat menjawab persoalan anda dan jika ada kemusykilan, sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.
adakah saya sudah didaftarkan?
saya heran la.cam mane kite nak tahu kita da di terima?kalau mengikut mail yang saya dapat,UNITEN akan bagi surat tawaran sama ada kita layak atau tak nak mengikuti program ni.
so kalau tak sampai surat bermakna kita tak diterima untuk menyertai program ini?
Entri terakhir dari blog ayuniramli ialah..bobelan dari hati AYUNI
@wan aswan @ayuniramli
Surat mungkin lambat sampai, mungkin. Jadi, sila buat panggilan ke Pejabat Pendaftar untuk pastikan samada anda diterima atau tidak. Hanya maklumat ini sahaja saya terima setakat ini berkenaan program ini. Saya hanya seorang pelajar di UNITEN, namun jika masih ada kemusykilan, sila kemukakan disini dan saya akan menjawabnya.
Berkenaan program ini, jika anda nak tahu dengan cepat status penyertaan anda, sila telefon Pejabat Pendaftar untuk maklumat lanjut.
@ayuniramli, ada terima emel? Emel daripada siapa? UNITEN? Saya sarankan buat panggilan ke Pejabat Pendaftar UNITEN.
salam.sy da terima call dari UNITEN bhwa sy diterima untuk menyertai program ini.
buat pengetahuan semua program ini hanya menerima 70 peserta sahaja.
program ini mula pada 1mac 2010 dan kaunter pendaftaran dibuka jam 2.30ptg.
Entri terakhir dari blog ayuniramli ialah..bobelan dari hati AYUNI
Terima kasih Ayuni kerana berkongsi maklumat disini dan tahniah kerana dipilih untuk menyertai program ini. Moga sedikit sebanyak anda mendapat pendedahan awal berkenaan bidang pengajian yang bakal anda ambil nanti.
thanks for the wish..
BTW..jumpe kat uniten this monday..
ade lagi xsesape yg bakal mengikuti this program?
Entri terakhir dari blog ayuniramli ialah..akhirnya.TUHAN tunjuk kebenaran