Takziah Atas Kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

OHMalaysiaKu.COM mengucapkan takziah kepada kerabat diraja Johor dan rakyat Johor diatas kemangkatan baginda Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga roh baginda Sultan ditempatkan dikalangan golongan yang beriman. Al-fatihah.

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering. [Baca berita lengkap]

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari untuk rakyat biasa dan 40 hari untuk kerabat diraja dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Peraturan-peraturan berkabung adalah seperti yang dinyatakan dibawah:

Peraturan berkabung untuk lelaki:
Melayu – memakai bersongkok lilit putih dua inci.
Bangsa lain – memakai kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

Peraturan berkabung untuk wanita:
Melayu – memakai tudung kepala warna putih.
Bangsa lain – memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Isu Aduka Taruna: Kerajaan Harus Tegas

One Comment

  1. Ery says:

    Sembah takziah dr patik.. Huhy
    Entri terakhir dari blog Ery ialah..Pringles Berstatus Halal My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled