UNDILAH: Sudahkah Anda Lakukan Tanggungjawab Anda?

Walaupun masih belum ada tarikh muktamad bilakah pilihan raya umum (PRU 13) 2011 akan dilangsungkan, namun adakah kita sebagai rakyat Malaysia bersedia untuk menentukan masa depan negara kita yang tercinta ini? Macam-macam dah dilakukan untuk pilihan raya umum yang akan datang. BERSIH 2.0 sebagai contohnya, pelbagai isu dibangkitkan, pelbagai isu dipersoalkan, namun jika kita masih tiada kesedaran untuk mendaftar dan keluar mengundi pada PRU 13 yang akan datang, maka perkara-perkara yang dibangkitkan sebelum ini adalah sia-sia seperti melepaskan batok di tangga. Apakah anda telah menunaikan tanggungjawab anda? Dah daftar sebagai pengundi? Jangan tunggu di saat-saat akhir kerana bimbang nama anda tidak sempat dikemaskini ke dalam sistem pilihan raya kerana secara normal selepas anda mendaftar nama anda sebagai pengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil masa kira-kira 2 bulan sebelum nama anda dikemaskini ke dalam sistem sebagai pengundi berdaftar. Jadi tunaikan tanggungjawab anda dan UNDILAH untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Sistem Biometrik Untuk Pilihan Raya; Mampukah Mengatasi Kelemahan Sistem Sedia Ada?
  2. Video Rakaman Bersih 2.0 oleh PDRM; Masa Untuk Rakyat Menilai
  3. Bersih 2.0: Jadilah Rakyat Malaysia yang Matang dan Rasional
  4. Kebenaran Yang Tidak Harus Didustai – #BersihStories
  5. Mampukah Malaysia Mencapai Demokrasi Sebegini?

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge