2008, 1429H, 1430H dan 2009
Sudah agak lama saya tidak menulis disini. Masalah masa adalah salah satu daripadanya. Walaubagaimanapun, setelah hampir 2 bulan web ini dilancarkan, trafik yang diterimanya boleh dikatakan baik. Apabila saya periksa statistik trafik untuk web ini sepanjang 2 bulan pertama ini, bermacam-macam kata kunci (keyword) yang memberikan pautan ke web ini. Salah satunya mengenai, “Gosip Artis Malaysia terkini“, “Gosip Artis Malaysia” dan paling saya tak sangka ialah kata kunci “OH!Bulan“. Saya tidak tahu dari celah mana kata kunci OH!Bulan itu boleh memberikan pautan ke web ini, walaubagaimanapun saya sudah nampak apa yang ingin dicari oleh pengguna internet di Malaysia daripada web ini.
Sedar tak sedar, kita dah melangkah ke tahun baru hijrah, 1430H dan juga tahun baru 2009. Masa begitu pantas bergerak, tanpa perancangan yang baik, apa yang telah diazamkan mungkin tidak menjadi kenyataan. Bercakap mengenai azam, lazimnya masyarakat kita akan menetapkan azam tahun baru setiap tahun. Namun, mari kita fikir sejenak, tercapaikah azam tahun lalu? Jika tidak kenapa tidak diteruskan sahaja? Walaubagaimanapun, tahun baru adalah satu masa yang amat sesuai untuk menetapkan azam ataupun matlamat baru dalam hidup dan masa yang sesuai untuk melakukan penghijrahan. Jadi saya doakan apa yang anda azamkan pada tahun ini akan menjadi kenyataan sepertimana yang anda azamkan.
Tahun 2009 dibuka dengan penuh meriah di Malaysia dan tanpa kita sedari, saudara kita di Gaza pada ketika itu menyabung nyawa di negara sendiri. Melihat keganasan tentera Zionis melanyak Gaza dengan rakus tanpa belas kasihan membuatkan hati ini betul-betul marah dan sedih. Marah dengan tindakan tidak perikemanusian tentera Zionis dan ketidak mampuan masyarakat dunia dalam menangani isu ini, dan sedih melihat penderitaan rakyat Gaza dan anak-anak kecil, orang-orang tua dan wanita, menangis dan meraung kesakitan kerana kehilangan orang tersayang. Terdetik dihati saya untuk melakukan sesuatu buat mereka, tapi apakan daya, saya insan biasa, kita insan biasa, apa yang mampu kita buat hanya menadah tangan memohon kepadaNya agar semua ini dihentikan. Setiap hari menonton laporan-laporan terkini dari Gaza di kaca televisyen menyebabkan hati ini meratap tangis melihat keadaan di sana. Apa sudah jadi kepada dunia ini?
Melihat keadaan dunia sekarang menyebabkan saya teringat satu lagu yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi tersohor di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza. Lagu bertajuk “Oda Bumi Anbia” itu saya dengar berulang kali dan apabila saya bandingkan apa yang terjadi sekarang, tiada bezanya sepertimana yang dilirikkan dalam lagu tersebut. Jika anda belum pernah mendengar lagu ini, boleh dengar melalui media player dibawah.
p/s: OH!Malaysiaku akan lancarkan kempen derma untuk Gaza dalam waktu terdekat ini dan diharap kempen ini sedikit sebanyak akan membantu meredakan penderitaan rakyat Gaza. Saya akan maklumkan apabila kempen itu dimulakan.
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

berapa banyak blog ko ada eh ?
cool jugak neh. hehe
Entri terakhir dari blog KNizam ialah..Let’s See The Newly Created Google’s New Favicon !
baru 2 termasuk yang ni bro, tapi ye la.. jadi student ni kena pandai bahagikan masa la.
p/s: ada lagi 4 domain aku tak tahu nak wat ape.huhu