Bangkit Selepas Satu Tempoh Hibernasi Yang Panjang

OHMalaysiaKu.COM versi 2010

Sudah 9 hari kita meninggalkan 2009 yang penuh dengan memori dan pengalaman indah, suka dan duka yang pasti akan mendewasakan kita untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh cabaran. Rasanya masih tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2010 kepada para pembaca OHMalaysiaKu.COM dan 2010 ini bakal dijadikan satu permulaan ke arah kebangkitan semula penulisan di laman ini. Walaupun sudah hampir 4 bulan laman blog ini tidak mengeluarkan entri-entri baru, seakan-akan sudah “mati” laman blog ini. Namun, terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang sabar menunggu entri-entri baru di laman blog ini dan memberikan trafik ke laman blog ini. Tidak saya nafikan, trafik ke laman blog ini jatuh teruk selama 4 bulan tanpa entri ini dan saya harap dengan sokongan para pembaca semua, trafik laman blog ini dapat dimajukan kembali. :)

Perubahan besar yang anda dapat lihat di OHMalaysiaKu.COM adalah perubahan kepada tema yang lebih ringkas dan kemas, mudah untuk dinavigasi dan memudahkan pembacaan para pembaca. Tema ini akan diubahsuai dari masa ke masa untuk memberikan pengalaman pembacaan yang lebih baik. OHMalaysiaKu.COM versi baru ini mengetengahkan moto atau tagline baru iaitu “Ekspresi Minda Bebas Malaysia” yang memberikan satu definisi bahawa penulisan dan pendapat oleh pembaca di laman blog ini lahir daripada minda rakyat Malaysia yang terbuka dan bebas dalam mengetengahkan idea dan pendapat masing-masing.

Sebelum saya tutup entri ringkas ini, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh para pembaca kepada laman blog ini. Komen-komen dan pendapat yang anda berikan di laman blog ini banyak membuatkan saya berfikir dari sudut pandangan yang berbeza. Jadi, teruskan menulis idea atau pendapat-pendapat bernas anda di sini. Diharapkan OHMalaysiaKu.COM ini boleh dijadikan satu medium perbincangan yang sihat dalam menjana pemikiran kreatif di kalangan para pembaca.

Sekian sahaja setakat ini. Nantikan entri pembukaan untuk OHMalaysiaKu.COM versi baru ini tidak lama lagi.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Duit Syiling Baru Malaysia 2012; Adakah Satu Perubahan Yang Relevan?
  2. Salam Ramadhan dan Permulaan Satu Perubahan
  3. Setelah Sekian Lama Menyepi
  4. Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab
  5. Kedai Rakyat 1 Malaysia: Satu Penjenamaan Baru Semata-mata?

6 pandangan telah dikongsikan

  1. Mr Kamikaze says:

    Selamat kembali berblog..hehehe
    .-= Entri terakhir dari blog Mr Kamikaze ialah blog ..Kasih Ibu.. =-.

  2. topo says:

    cam kenal la tajuk ni..
    theme ni pon cam kenal gak.. hahahaha
    .-= Entri terakhir dari blog topo ialah blog ..6 sebab untuk tidak menulis post dengan terlalu kerap =-.

  3. Aman says:

    theme lama tak nak bagi ker bro? haha.

    anyway, selamat kembali ke arena internet. yea~~

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge