Forum Anti-War : Save Human Lives
Sekadar entri ringkas untuk kali ini bagi memaklumkan satu program awam yang akan diadakan oleh pihak Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tenaga Nasional pada Rabu, 21 Januari 2009. Saya telah menerima email daripada pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar pada petang tadi, jadi bagi memeriahkan dan merancakkan lagi forum ini, semua hadirin dijemput untuk turut serta dalam forum ini. Butiran terperinci mengenai forum ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 21 Januari 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Seri Sarjana , UNITEN (Kampus Putrajaya)
Panel forum: MERCY’S, JUST MALAYSIA & AMAN PALESTINE
Aturcara Program
7.45mlm – 8.20mlm Ketibaan Tetamu
8.30mlm -10.30mlm
Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
‘Slide/ Video Presentation’
Sesi Forum : Panel jemputan – Mercy, Just Malaysia dan Aman Palestine
Penyampaian cenderahati kepada panel forum
Bersurai
Oleh itu diharapkan kepada mana-mana yang mempunyai kelapangan atau tinggal berdekatan Universiti Tenaga Nasional (Kampus Putrajaya), anda dijemput untuk turut serta dan hadir dalam sesi forum ini. Moga sedikit sebanyak kita akan mendapat input-input yang mungkin akan membuka mata dan hati kita berkenaan isu yang sedang hangat didiskusikan kini.
Sekadar menyampaikan maklumat ini. Terima Kasih.
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
insyallah malam ni lepas test termo bleh datang.. izzat aku kna buang banner tu sbb celcom bband xbley bkk web host kat rawanaz.. nuffnang pon aku xleh bkk skang huhu. seb baik member ada streamik
xper takder hal, tp rasenya banner tu host kat flickr, bukan rawanaz..hmm…