Tema Baru OH!MalaysiaKU
Setelah berhempas pulas hampir satu minggu, akhirnya siap juga proses ubahsuai tema untuk OH!MalaysiaKU ni. Lama betul ya masa yang saya ambil. Maklumlah, saya bukan pakar dalam bab-bab coding dari scratch, setakat ubahsuai mana-mana tema sedia ada dan buat ubahsuai sikit boleh la. Saya pun masih dalam proses belajar lagi ni untuk rekabentuk tema dariĀ scratch. Walaubagaimanapun, hasilnya tak mengecewakan, apa kata anda?
Masa yang agak lama juga diambil untuk mencari warna yang sesuai untuk digunakan. Ye la, warna biru tu kan banyak variasinya, susah juga nak pilih warna yang sepadan. Nasib baik ada ColorSchemer, senang sikit kerja ni. Logo juga ambil masa yang lama untuk dapatkan seperti apa yang anda dapat lihat sekarang. Setelah 3 logo telah direka, akhirnya ini la yang terbaik pada pandangan saya.
Sedikit sebanyak info tentang tema ini:

Tema asal untuk tema ini adalah daripada tema Shade dari ThemeSpinner. Warna biru digunakan kerana itu warna kesukaan saya dan nampak lebih lembut dan tenang. Logo OH!MalaysiaKU direka dengan cubaan untuk menerapkan konsep Web 2.0, ada nampak macam Web 2.0 tak? Ikon-ikon yang digunakan dalam tema ini boleh didapati di sini dan di sini. Tema warna biru ini diinspirasikan daripada ColorSchemer.
Jadi itulah sedikit sebanyak info tentang tentang tema ini. Tema ini juga akan saya ubahsuai dari masa ke masa bergantung kepada kehendak semasa. Walaubagaimanapun, diharap anda, pelawat dan pembaca OH!MalaysiaKU dapat memberikan sedikit komen berkenaan tema ini, mungkin dapat saya perbaiki lagi. Jika ada apa-apa masalah pada tema, sila tinggalkan komen anda disini dan saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan anda.
Sekian.
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
kemas.. sikit2 nampak mcm wordpress.org nyer site..
great job
Entri terakhir dari blog MaJa ialah..Eating out
a’ah, theme ni mmg ada iras2 theme wordpress.org nyer site..
kemas tapi terlalu ringkas aaa…tak berwarna-warni yg leh menceriakan suasana
Entri terakhir dari blog kita ialah..Peringatan Untuk Wanita Islam
huh, ringkas eh? nnt ak tambah warna kasi warna-warni sket, mekaseh atas komen.
cantik dah ni! I like!
Entri terakhir dari blog shaxx ialah..I Want Traffic
hoho..mekaseh.
Nice, simple and minimalistic. Kaler biru plak tu. Hehe. Keep it up.
Theme ni valid xhmtl?
p/s – Gamba heart utk commentluv tu tade css class dier sendiri ke? Macam tak lawa bile ade border since die amik style dari img class untuk content.
Entri terakhir dari blog winter ialah..Meet Freya
oh..xcheck pun lagi valid ke tak. untuk commentluv tu rasenya ada, tp x masukkan dalam style.css lagi..xper2 slow..hehe
ada cadangan nak release ker? hoho
itu belum terfikir lagi since rasanya macam banyak lagi nk kena perbaiki ni..hoho.. tadi test xhtml valid pun x lepas lagi ni..huhu.. nnt nk fix dlu, pastu baru pk untuk sharing…hehe
Ai macam berpakat la pulak hehe.. aku pon gna theme seakan2 sama ngan ko punya ni keh2 biru mata memandang
Entri terakhir dari blog Joe ialah..Technetz.com New Theme
tukar balik..tukar balik..hahaha
artikel ini telah di link kan ke di dalam blog saya
http://kilasblogs.blogspot.com/
thanks
terima kasih atas linkback anda