Terima Kasih Blogger Malaysia!
Sebelum saya mulakan entri ini, mohon maaf daripada saya atas kelewatan menulis entri ini dan menyelesaikan kempen untuk Gaza yang telah dijalankan bulan lepas. Atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, entri ini dan dana sumbangan daripada blogger-blogger yang telah menyokong kempen ini terpaksa ditangguhkan sehingga hari ini. Ribuan maaf daripada saya selaku penganjur kempen ini.
Setelah hampir 3 minggu kempen yang dinamakan Kempen Blogger Prihatin: Selamatkan GAZA ini saya lancarkan, pelbagai pihak memberikan respon, ada yang menyokong dan ada juga yang bukanlah tidak menyokong tetapi mempersoalkan apa yang saya lakukan adalah untuk kepentingan sendiri. Namun, tidak mengapa kerana saya tahu apa yang saya lakukan dan saya lakukankannya dengan ikhlas dengan rasa tanggungjawab saya bukan sahaja sebagai seorang Islam, tetapi juga sebagai seorang manusia yang hidup bermasyarakat dan bersaudara. Saya tidak mahu cerita apa yang dipersoalkan, itu semua saya ambil sebagai cabaran. Maklumlah, saya orang baru, kalau orang lain mungkin persoalan sebegitu tidak timbul. Jadi, kita tutup kisah lama, jadikan ia sebagai pedoman untuk terus maju kehadapan.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua blogger yang telah menyokong kempen yang saya jalankan ini. Walaupun mungkin hasilnya tidak seberapa, tapi yang penting kita ikhlas melakukannya. Saya tidak ada ucapan lain yang mampu saya luahkan kepada semua yang telah menyokong kempen ini selain ucapan ringkas terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana dipermudahkan perjalanan kempen ini. Seperti yang telah saya janjikan, saya akan kemukakan bukti transaksi sumbangan ini kepada anda sebagai bukti bahawa sumbangan anda telah saya sampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan dana sumbangan ini. Dibawah ini saya kemukan bukti transaksi tersebut. Atas alasan-alasan tertentu, jumlah sumbangan tidak saya tunjukkan dalam screenshot dibawah. Jika anda berminat untuk mengetahui jumlah sebenar, boleh e-mel secara peribadi kepada saya di i(-a-t-)izzatruslan.com. Diharap anda boleh menerima keputusan saya ini.

Apa yang saya harapkan ialah, teruskan sumbangan anda tidak kira dari segi wang ringgit, tenaga dan sebagainya. Tempoh sumbangan Tabung NSTP untuk GAZA juga telah dilanjutkan hingga 7 Mac, jadi lakukan apa yang anda mampu.
Perasaan saya sebak apabila menonton edisi khas Majalah 3 semalam. Sayup hati saya melihat penderitaan rakyat Gaza menanggung kesan pencerobohan tentera Zionis di Gaza. Dengan kelengkapan perubatan yang amat terhad dan bantuan yang disekat, mereka tidak mampu berbuat apa-apa, hanya memohon pada-Nya agar semuanya dihentikan.
Sekian sahaja entri kali ini, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua blogger yang telah memberikan sokongan kepada kempen ini. Terima kasih kerana memberikan saya kepercayaan untuk jalankan kempen ini. Terima kasih.
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

[...] Terima Kasih Blogger Malaysia! [...]
walaupon orang kata untuk kepentingan sendiri dan bagi aku itu juga perlu untuk kepentingan penulis blog ini dan apa yang cuba penulis blog ini buat satu usaha yang sangat bagus dan harus dipuji bagi aku…
Entri terakhir dari blog mazuki selangor2u ialah..Menjadi Bapa Pada Usia Muda (13 Tahun)
terima kasih.. apa-apa pun, syukur kerana kempen ni dah selesai dan segalanya telah dibereskan..
YA. Selamat kan GAZA. Kita Semua Doakan GAZA bebas dari kencaman YAHUDI.ALLAHHU AKHBAR. SAPA yg RASA nak Memberi sumbangan ini ada caranya. Sedikit sebanyak boleh membantu . Untuk sesiapa yg buntu bagai mana nak membantu. Bantu dulu diri sendiri. OK Baru boleh bantu orang Lain. TErima Kasih Kerana Membaca Ruangan INI. Semoga Membantu. Wassalam.
SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
Sahabat saya, Mohd Nizam akan mendedahkan beberapa teknik
dan strategi kekayaan yang belum pernah didedahkan, antaranya:
[X] Bagaimana beliau menjana RM35,956.40 dalam 30 hari!
[X] Rahsia beliau membina 65,000 list prospek dalam
masa singkat!
[X] Bagaimana beliau menukarkan RM100 kepada RM500
dengan teknik rahsia Ini!
[X] Strategi yang beliau gunakan untuk menjana
RM435,200 dalam masa 7 bulan!
[X] Rahsia seorang surirumah menjana pendapatan
RM35,000 sambil menjaga 3 orang anak dirumah!
Anda boleh membaca laporan rahsia ini secara PERCUMA
dengan melawat ke sini: