Ditulis
pada 04/04/2010, 10:57,
oleh www.OHMALAYSIAKU.com,
Difailkan dalam
Komuniti.
Saya pasti ramai yang sudah tahu akan kembalinya Din Beramboi atau nama penuhnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri ke rahmatullah kerana demam denggi berdarah yang dihidapi beliau. Beliau yang telah bertarung nyawa selama beberapa hari akhirnya melepaskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat, 12.30 pagi. Alhamdulillah, di hari penghulu segala hari beliau meninggalkan dunia yang fana ini. Moga pemergian beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Saya selalu mendengar celoteh dan lawak beliau setiap pagi di radio Era bersama Pak Aznil. Walaupun lawak-lawak beliau tidak masuk akal, namun sedikit sebanyak menceriakan pagi saya bersesak ke universiti tempat saya belajar atau bagi anda, mungkin ke tempat kerja. Saya mungkin merindui lawak pagi yang arwah selalu lakukan.
Walaubagaimanapun, kisah Din Beramboi ini harus kita jadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati dan prihatin terhadap tahap kesihatan kita. Kalau rasa tidak sihat, demam yang berpanjangan dan sebagainya, cepat-cepatlah ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan. Jangan tangguh, lebih-lebih lagi jika melibatkan demam denggi. Kemungkinannya hanya dua, hidup atau mati. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk ke hospital atau klinik berdekatan untuk pemeriksaan jika anda rasa tidak sihat dan sebagainya.
Baca sepenuhnya entri ini »
Ditulis
pada 16/03/2010, 23:05,
oleh www.OHMALAYSIAKU.com,
Difailkan dalam
Isu Global.
Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
2010/03/16
KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. [Baca berita penuh]
Satu lagi kempen boikot barangan bakal dijalankan kesan daripada tiadanya rasa sensitiviti dalam diri yang menyebabkan semua ini berlaku. Ini semua gara-gara seorang pelukis warga Sweden, Lars Vilks yang telah menghina umat Islam seluruh dunia dengan lukisan karikatur Nabi Muhammada S.A.W. Lantaran itu, Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.
Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang sengaja dibangkitkan. Apakah kesan dan kecaman yang diterima oleh media Denmark suatu ketika dahulu lantaran mempermainkan isu sensitif sebegini belum cukup untuk dijadikan pengajaran? Saya tidak mahu ulas panjang, isu ini tidak perlu diterangkan secara panjang lebar. Jelas disini, ada pihak yang cuba mengapi-apikan dan mempermainkan agama Islam dan umat Islam seluruh dunia. Namun, berbalik kepada persoalan sebelumnya, sejauh mana komitmen, tekad dan semangat anda ke arah kempen memboikot ini? Jika dahulu kempen boikot barangan Israel dilakukan secara besar-besaran, jumlah orang Islam ke McDonalds pada ketika itu sepanjang pemerhatian saya berkurang. Memang berkesan dan jelas implikasinya sehinggakan McDonalds Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hubungan McDonalds dengan Israel kerana isu pemboikotan ini. Sekarang? Anda jawab.
Saya secara ikhlas masih kurang yakin dengan kempen boikot ini. Saya minta maaf jika ada yang terasa dengan kenyataan saya ini. Saya tidak menolak mahupun menyokong mana-mana kempen boikot, tetapi jika benar-benar kita nak boikot, kita boikot betul-betul. Bukan hanya ketika kempen masih hangat diwar-warkan sahaja. Saya mengakui masih bergantung lagi kepada kebanyakkan barangan yang dikatakan patut diboikot kerana saya memerlukannya. Seperti yang saya katakan, saya tidak sokong mahupun tolak kempen boikot ini. Saya ada pendirian saya sendiri mengenai isu boikot ini. Anda pula bagaimana? Anda sokong kempen boikot barangan Sweden ini?
p/s: Saya masih mencari, apakah barangan-barangan keluaran Sweden?
Ditulis
pada 13/03/2010, 12:41,
oleh www.OHMALAYSIAKU.com,
Difailkan dalam
Motivasi.

Keputusan (Sijil Pelajaran Malaysia) SPM 2009 telah diumumkan secara rasmi pada Khamis lepas, 11 Mac 2010 dan mungkin ada di antara kita sedang bergembira dengan keputusan cemerlang yang dikecapi hasil usaha dan titik peluh anda. Tahniah saya ucapkan. Namun, mungkin ada yang kurang bernasib baik dalam mengecapi keputusan yang cemerlang dalam SPM yang lalu, walaubagaimanapun, saya nasihatkan usah bersedih kerana kegagalan anda pada hari ini bukan penentu kejayaan dan kerjaya anda di masa depan. Masih banyak laluan dan liku hidup yang perlu ditempuhi selepas ini, dan kegagalan hari ini mungkin jadi satu pemangkin ke arah kejayaan untuk masa depan. Insyaallah.
Sekarang ini SPM sudah jadi sejarah. Apa yang perlu anda lihat sekarang adalah masa depan anda yang masih jauh perjalanannya, perjalanan ke arah kerjaya yang anda impikan. Saya seringkali ditanya oleh rakan-rakan apakah bidang kerjaya yang patut mereka pilih, dan setiap kali soalan itu timbul, tiada jawapan dapat saya berikan. Ya, saya tak mampu berikan jawapan bidang kerjaya apa yang mereka patut pilih kerana pada pandangan peribadi saya, ia terletak pada minat dan kemampuan diri sendiri untuk menceburi bidang kerjaya yang anda inginkan. Saya mungkin boleh berikan pendapat dan nasihat, namun keputusannya masih di tangan anda untuk memilih haluan masa depan anda sendiri.
Tidak kira apa bidang kerjaya yang kita ingin ceburi, baik bidang perubatan, undang-undang, kedoktoran, kejuruteraan, farmasi, IT bahkan bidang perguruan sekalipun, nasihat saya cuma satu, sila pastikan itulah yang anda inginkan. Tetapkan pendirian anda dan laksanakan. Jangan pilih sesuatu kerjaya itu disebabkan rakan rapat anda memilih kerjaya itu dan jangan pilih kerjaya itu disebabkan paksaan ibu bapa. Minat yang mendalam dalam sesuatu perkara itu adalah pemangkin terbaik ke arah kejayaan. Jangan paksa diri anda buat sesuatu yang anda rasa sukar untuk anda laksanakan kerana tiadanya minat dalam apa yang anda lakukan. Dengan minat yang mendalam, apa pun yang mustahil dapat direalisasikan.
Baca sepenuhnya entri ini »
Ditulis
pada 27/02/2010, 11:17,
oleh www.OHMALAYSIAKU.com,
Difailkan dalam
Isu Terkini.
Sekadar berkongsi maklumat terkini berkenaan satu program yang sedang hangat dipromosikan oleh rakan-rakan Facebook saya dan mungkin juga rakan-rakan Facebook anda, iaitu program “Login Facebook Dapat RM100“. Saya banyak menerima pelawaan berkenaan program ini daripada rakan-rakan di Facebook, namun tidak terdetik di hati saya untuk menyertainya kerana perasaan was-was, malah program ini tidak begitu meyakinkan saya sebagaimana program yang pernah dijalankan oleh Paypal satu ketika dahulu iaitu Paypal Wishlist.
Malah, program ini juga pernah dibincangkan oleh rakan-rakan saya di Twitter dan mereka telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap program ini. Terkini, Ustaz Zaharuddin telah mengeluarkan kenyataan berkenaan hukum menyertai program ini dikalangan penganut agama Islam. Sila fahami kenyataan ini dan fahamkan, dan semestinya ini hanya membabitkan golongan yang beragama Islam sahaja. Jadi sila faham.
Saya kongsikan disini artikel yang dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin di Facebook berkenaan program ini dan penjelasan beliau mengenai hukum akan program ini disertai oleh golongan Islam.
Baca sepenuhnya entri ini »
Ditulis
pada 22/02/2010, 22:19,
oleh www.OHMALAYSIAKU.com,
Difailkan dalam
Pendidikan.
IPTA pertama buka cawangan di luar negara
KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pertama mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan membuka kampus cawangannya di India.
Kampus pertamanya di luar negara itu akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University di Belgaum, Karnataka, dan menawarkan pengajian perubatan dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 100 pelajar, Julai depan. [Baca berita lengkap]
Satu langkah perintis telah dibuat oleh Universiti Sains Malaysia sebagai institusi pengajian tinggi awaw (IPTA) pertama di Malaysia yang melebarkan sayapnya ke luar negara. Satu langkah bijak dalam mempromosikan sistem pengajian Malaysia kepada masyarakat luar Malaysia. Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru kerana kebanyakkan IPTA dan IPTS tempatan sudah ada yang mengambil pelajar-pelajar antarabangsa contohnya daripada China, Arab Saudi, Sudan dan beberapa negara lain. Cumanya sekarang ini, kebanyakkan kampus pengajian adalah di Malaysia dan USM telah mengambil satu langkah inisiatif yang bagus dengan membuka kampus di luar Malaysia.
Baca sepenuhnya entri ini »