Duit Syiling Baru Malaysia 2012; Adakah Satu Perubahan Yang Relevan?

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan BNM akan mengeluarkan siri baru duit syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen bermula tahun hadapan dan akan menggantikan duit syiling sedia ada secara beransur-ansur. Beliau juga mengatakan bahawa duit syiling baru ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

“Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia,” – Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Sumber)

Antara kelebihan duit syiling baru ini berbanding duit syiling yang lama adalah:

  1. Lebih kecil dan ringan untuk pengguna menguruskannya.
  2. Mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza yang dapat membantu mereka yang kurang upaya mengenalinya dan membezakannya.
  3. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dapat mencegah daripada pemalsuan.
  4. Diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tahan lama.

Ini antara kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh  Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkenaan syiling baru ini. Gambar di bawah memperlihatkan akan rupa duit syiling baru ini yang bakal digunakan oleh semua rakyat Malaysia bermula 2012.

Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Duit Syiling Baru Malaysia 2012

“Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini,” kata Zeti.

Namun, saya tertanya-tanya apakah relevan perubahan sebegini dilakukan kerana ianya melibatkan perubahan kepada sistem sedia ada yang menggunakan duit syiling sekarang. Contohnya mesin belian automatik yang menerima duit syiling, ke semua mesin-mesin ini harus diubah suai bagi membolehkan ianya menerima duit syiling baru ini yang berlainan saiz dan berat; dan ini melibatkan kos yang harus ditanggung oleh pemilik mesin-mesin terbabit. Sesetengah pihak mungkin melihatnya sebagai suatu perkara yang mudah, namun dari perspektif individu atau syarikat yang menjalankan mesin-mesin terbabit, ini suatu perubahan yang memerlukan mereka mengeluarkan kos pengubahsuaian.

Saya juga tertanya-tanya, apakah duit syiling sedia ada tidak bagus? Apakah reka bentuk duit syiling sedia ada sekarang sukar untuk dikenal pasti oleh golongan kurang upaya? Apakah duit syiling sedia ada sekarang tidak tahan lama dan tidak berkualiti? Saya lihat duit syiling yang dikeluarkan hampir 2 dekad yang lalu masih elok keadaannya, dan saya percaya duit syiling sedia ada cukup berkualiti dari segi pembuatan dan bahan buatannya.

Walaubagaimanapun, hendak atau tidak kita harus menerimanya. Saya bukanlah individu sehebat Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk menidakkan perubahan ini, dan saya percaya beliau mengetahui perkara ini lebih mendalam daripada saya. Saya juga percaya beliau mempunyai jawapan yang relevan dan alasan yang kukuh mengenai persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya sekarang ini berkaitan duit syiling baru ini walaupun persoalan-persoalan tersebut bukanlah bermakna saya menolak satu perubahan ke arah suatu yang lebih baik.

p/s: Duit syiling yang lama nanti boleh lah disimpan buat kenang-kenangan. :)

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Kedai Rakyat 1 Malaysia: Satu Penjenamaan Baru Semata-mata?
  2. Analisis Belanjawan 2012: Mewah atau Krisis Hutang?
  3. Bersih 2.0: Jadilah Rakyat Malaysia yang Matang dan Rasional
  4. Salam Ramadhan dan Permulaan Satu Perubahan
  5. Bangkit Selepas Satu Tempoh Hibernasi Yang Panjang

3 pandangan telah dikongsikan

  1. Salam.
    Usia 20 tahun bagi duit syiling lama tu dah cukup tua untuk sesuatu duit syiling dan perlu ditukar dengan design baru. Syiling yang lama hanya ada perbezaan saiz untuk dikenali orang buta.

  2. Biasanya selepas 12 tahun, duit Malaysia akan tukar design. Bukannya setiap tahun pun, 12 tahun sekali ja. Kalau langsung tak mahu tukar, baik guna duit Malaysia 40 tahun dulu.

  3. nazir says:

    syiling rm 1 harus diadakan kembali agar pengguna lebih dapat menyimpan nilai wang dalam bentuk syiling…syiling ini juga mudah digunakan bagi peniaga2…BNM disarankan agar mencipta syiling rm 1 yg lebih canggih agar tidak dimanipulasi lagi oleh penyangak syiling palsu seperti yg berlaku pada syiling rm 1 emas yg dahulu…

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge