Universiti Sains Malaysia (USM) India – Tawarkan Pengajian Perubatan Julai 2010

IPTA pertama buka cawangan di luar negara

KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pertama mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan membuka kampus cawangannya di India.

Kampus pertamanya di luar negara itu akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University di Belgaum, Karnataka, dan menawarkan pengajian perubatan dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 100 pelajar, Julai depan. [Baca berita lengkap]

Satu langkah perintis telah dibuat oleh Universiti Sains Malaysia sebagai institusi pengajian tinggi awaw (IPTA) pertama di Malaysia yang melebarkan sayapnya ke luar negara. Satu langkah bijak dalam mempromosikan sistem pengajian Malaysia kepada masyarakat luar Malaysia. Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru kerana kebanyakkan IPTA dan IPTS tempatan sudah ada yang mengambil pelajar-pelajar antarabangsa contohnya daripada China, Arab Saudi, Sudan dan beberapa negara lain. Cumanya sekarang ini, kebanyakkan kampus pengajian adalah di Malaysia dan USM telah mengambil satu langkah inisiatif yang bagus dengan membuka kampus di luar Malaysia.

Namun, daripada apa yang saya baca, kampus USM India ini akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University dan bukannya di kampus USM sendiri. Walaubagaimanapun, sebagai permulaan ini sudah dikira baik. Menurut kata Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abd Razak, program pengajian perubatan di USM India dijangka akan mengambil masa lima tahun dengan keseluruhan yuran pengajian dijangka kira-kira RM350,000. Mungkin selepas ini, penaja-penaja pelajar ke luar negara akan beralih arah menghantar para pelajar Malaysia dalam bidang perubatan belajar di USM India.

USM yang mencipta sejarah menjadi universiti awam pertama dipilih sebagai Universiti Apex pada September 2008, mensasarkan untuk disenaraikan dalam 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan 50 terbaik menjelang 2020.

USM akan membuka satu lagi kampus cawangan di Nilai, Negeri Sembilan, tahun depan bagi menampung jumlah pelajarnya yang kini berjumlah kira-kira 30,000, di empat kampusnya sekarang.

Diharapkan segala visi dan misi USM menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun, tahniah kepada warga USM diatas kejayaan ini.

ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:

  1. Program Untuk Lepasan SPM oleh UNITEN
  2. Kenaikan Harga Petrol RON95, Diesel dan Gula Mulai Esok (16 Julai 2010)
  3. PTPTN Lupuskan Pinjaman 9,545 Orang Pelajar Sebanyak RM277.99 Juta
  4. SPM 2009: Perjalanan Seterusnya dan Penentuan Kerjaya
  5. Forum Anti-War : Save Human Lives

2 pandangan telah dikongsikan

  1. mknace says:

    :) :) :) sharing is power
    congrat

  2. Adib USMKK says:

    Salam nak tanya, kampus ape ye kat Nilai, Seremban tu? xpernah tahu… =)

Kongsikan Pandangan Anda

CommentLuv badge