Perihal

OHMalaysiaKu.COM adalah laman blog berbahasa Malaysia sepenuhnya. Dibina atas tujuan memperluaskan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dalam dunia blog di Malaysia khususnya. Entri di OHMalaysiaKu.COM akan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia, tapi dalam keadaan di mana sesetengah kosa kata berbahasa Inggeris perlu digunakan dan tidak sesuai untuk ditukar ke dalam Bahasa Malaysia, kosa kata tersebut akan dikekalkan dalam Bahasa Inggeris.

Entri-entri di OHMalaysiaKu.COM lebih tertumpu kepada isu-isu semasa, politik dan terkini di Malaysia. Namun, anda mungkin akan lihat, sesetengah entri berkaitan teknologi dan isu global juga dibincangkan di sini. Walaubagaimanapun, entri-entri di sini lebih kepada membuka minda masyarakat Malaysia untuk berfikir dan melemparkan pandangan mereka mengenai isu yang dibincangkan.

Jadi, jika anda ada komen atau pandangan mengenai entri atau isu yang dibincangkan disini, lemparkan sahaja komen anda atau boleh hubungi melalui emel kepada hello(at)ohmalaysiaku.com. Jika anda tidak mahu ketinggalan entri-entri kami, anda boleh langgan RSS OHMalaysiaKu.COM. Tiada bayaran dikenakan. :)