Malaysia Lawan Singapura; Tahniah #HarimauMalaya Atas Persembahan Yang Terbaik!
Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton perlawanan bola sepak kelayakkan Piala Dunia 2014 diantara Malaysia dan Singapura hari ini baik di Stadium Bukit Jalil mahupun di hadapan kaca tv di rumah masing-masing. Dengan stadium yang penuh dengan peminat bola sepak tanah air, jelas menunjukkan tanda sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak negara. Tiada apa yang dapat saya komen, walaupun Malaysia tidak layak untuk ke perlawanan kelayakkan yang seterusnya, namun saya berpandangan pasukan bola sepak Malaysia bermain dengan amat baik pada malam ini. Kita boleh nampak usaha mereka untuk mengejar impian mereka dan impian rakyat Malaysia untuk melihat pasukan bola sepak negara bermain di piala dunia. Namun tidak usah kita kecewa, tidak usah kita persalahkan diri kerana yang lebih penting kita telah cuba sedaya upaya dan menang kalah adalah adat permainan, kita harus menerimanya. Walaubagaimanapun, diharapkan dengan keputusan perlawanan pada malam ini, kekalahan ini dapat dijadikan titik tolak ke arah memajukan dan memantapkan lagi pasukan bola sepak negara. Mana yang lemah kita kenal pasti dan perbaiki. Mana yang baik kita mantapkan lagi.
Diharapkan dengan terkuburnya harapan pasukan bola sepak Malaysia untuk beraksi di Piala Dunia 2014 tidak akan menghapuskan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak negara. Teruskan sokongan anda! Saya yakin pasukan bola sepak Malaysia mampu ke piala dunia. Mungkin bukan 2014, namun kita masih ada peluang. Pada saya, pasukan bola sepak Malaysia sudah menang walaupun tidak layak untuk ke piala dunia kerana telah memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan timbal balik kelayakkan Piala Dunia 2014. Jika anda menonton perlawanan ini, saya yakin anda setuju dengan saya bahawa pasukan bola sepak Malaysia telah menunjukkan satu persembahan yang terbaik dan semangat kesukanan yang tinggi dalam perlawanan timbal balik kelayakkan Piala Dunia 2014, Malaysia lawan Singapura.
Harimau Malaya, teruskan perjuangan! Kami Ultra Malaya akan terus menyokong Harimau Malaya!
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
- Malaysia lawan Liverpool: Tiada Siaran Langsung di Saluran Sukan ASTRO Arena (801)
- Malaysia (2) – Taiwan (1) : Syabas Pasukan Malaysia di Atas Persembahan Yang Konsisten
- Kenapa Tiada Siaran Langsung Malaysia lawan Arsenal di Rangkaian TV Berbayar ASTRO?
- SKMM Akan Saman ASTRO?
- Duit Syiling Baru Malaysia 2012; Adakah Satu Perubahan Yang Relevan?

arrayah.info – Kebencian Kaum Kafir Terhadap Islam Hingga Ke Padang Bola