Yoga HARAM Untuk Muslim : Fahami Inti Pati Fatwa
Semenjak dua menjak ni, kecoh mengenai isu pengharaman yoga untuk dipraktikkan oleh orang-orang Islam. Malah, menjadi lebih panas apabila sebilangan kecil warga bukan Islam turut memberikan pandangan peribadi mereka sendiri yang kadang-kadang saya fikir tidak berasas dan melampau. Kenapa saya berkata sedemikian? Mereka menyelar pandangan dan keputusan ahli fatwa berkenaan isu ini dan mengatakan ini adalah satu usaha menyekat kebebasan manusia untuk mempraktikkan apa yang mereka suka. Dan apa yang membuat saya rasa marah ialah, mereka tidak faham apa Majlis Fatwa ini katakan. Saya jelaskan penyataan ini, “Yoga HARAM bagi orang ISLAM” jadi kenapa kamu yang bukan Islam masih belum faham akan penyataan ini? Sukar ke nak faham?

Saya juga ada membaca sesetengah blog yang membincangkan isu ini, memang saya setuju dengan sesetengah pendapat bernas mereka. Namun ada juga sesetengah pihak yang tidak pernah amalkan yoga atau mungkin tidak pernah cuba praktikkan atau tidak pernah lakukan senaman yoga ini juga ingin memberikan pendapat tak berasas mereka. Kalau apa yang mereka tulis tu berasas, tak mengapa, ini main hentam je. Apa cerita ni?
Ini saya ambil petikan dari satu blog seorang India (berdasarkan daripada nama blog beliau) apa kata dia ye? Anda baca dan anda nilaikan sendiri.
What was weird and funny that Fatwa council took so many years to found this out? But its still an advantage for other religion to practice and be healthy.
So what’s next?Lottery number shop – Magnum, Toto & Da Ma Cai
Once when my father asked a Malay buyer of lottery. Do Muslim can buy lottery ah? Do you know what is his answer? I’m a Malay not Muslim. whats this? If daily atleast a Fatwa council officer check on such are do Malays buy lottery? Is that not haram and make them MURTAD? This one all no need to be cared for them I think. Since I born not a single news about it.
Karate – I will be next victim?
Martial arts will be the next victim based on the same reasoning that they have religious connotations.’
Dipetik dari http://vishnu.gmurali.com/yoga-banned-whats-next/.
Jadi, apa kata anda? Mungkin anda juga pernah lihat video-video dari Youtube berkenaan isu ini. Jika anda belum tonton video-video ini, anda boleh cari di laman web Youtube. Mungkin lagi menarik kenyataan-kenyataan mereka-mereka yang tak faham tentang Islam, mufti, majlis fatwa dan sebagainya.
Saya bukanlah arif dalam hal-hal agama, tapi kita harus faham apa inti pati pengharaman yoga untuk orang Islam ni. Yoga yang bagaimana tak boleh diamalkan? Kita harus jelas, jangan cepat melatah. Saya pernah lakukan yoga dulu, itupun ada seorang cikgu bahasa Inggeris yang tolong jadi pengajar. Saya memang akui yoga banyak kesannya kepada kesihatan dan minda. Tapi semasa saya buat senaman yoga ni, tak ada pula bacaan mentera dan sebagainya. Segalanya hanyalah gerakan-gerakan mudah namun memberikan kesan yang drastik pada badan dan minda. Pendapat peribadi saya, memang bagus senaman yoga ni. Mudah dan kesannya memang drastik dan boleh dirasai selepas selesai lakukan senaman tersebut. Jadi yoga yang bagaimana yang tidak boleh diamalkan?
Yoga yang dikatakan HARAM bagi orang ISLAM ialah yoga yang mempunyai bacaan mentera dalam proses senaman tersebut.
Sabtu lalu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan keputusan fatwa mengharamkan senaman yoga kepada umat Islam kerana satu daripada prosesnya turut membabitkan bacaan mantera.
Mengenai bantahan Hindu Sangam Malaysia mengenai penggunaan perkataan ‘haram’, beliau berkata, fatwa itu hanya tertakluk kepada orang Islam dan penganut agama lain perlu melihat Islam secara menyeluruh.
Petikan : Berita Harian
Jadi jelas disini, senaman yoga yang bagaimana tidak boleh diamalkan oleh orang Islam.
Perdana Menteri berkata bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.
“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.
Petikan : Berita Harian
Saya harap penjelasan diatas jelas dan dapat membantu anda dalam memahami akan isu ini. Jika anda punyai pendapat anda sendiri, apa kata kongsikan pandangan anda dibawah. Saya juga sedia mendengar pendapat anda semua. Dan saya minta maaf jika maklumat yang saya kongsikan disini tidak punyai keterangan yang kukuh dan saya akan perbetulkan mana yang saya mampu.
Kesimpulan saya ialah, yoga boleh diamalkan jika tidak mempraktikkan apa-apa bacaan mentera dalam proses senaman yoga tersebut. Namun bukankah solat itu juga salah satu bentuk senaman dalam Islam? Jadi perlukah senaman yoga? Fikirkan ya.
Anda boleh baca entri-entri lain berkenaan isu ini di blog-blog dibawah:
- http://hasbullah.pit.my/2008/10/apabila-orang-baru-tahu-yoga-haram.html
- http://warkah.com/yoga-haram-for-muslims/
- http://mudin001.com/2008/11/16/a-jewel-its-not/
- http://www.noktahhitam.com/dont-meddle-with-fatwa.html
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
tu la aku masih x faham kenapa yg bukan isalm nak menyibuk pasal fatwa nih?
Entri terakhir dari blog shaxx ialah..Bras For The Boys
itu yang jadi persoalannya, ak pelik xkan la dorang x faham statement majlis fatwa tu..xkan nak jelaskan lagi kot.. hari makin hari makin kuat cabarannya untuk orang Islam..
yg aku dengar2.. sister in islam pun dah nyebok dah.. artis yg dah bukak kelas yoga pun kuar statement nak pertahankan jugak ..
Entri terakhir dari blog sufian ialah..Hilang Mood
ntah la…dorang ni nak diterang macam mana lagi mahu faham? saja nak wat kecoh..haih..
aku suka artikel yang ditulis oleh hasbullah pit. memang membuka minda . satu lagi artikel adalah noktahhitam gak. truly an eye opener.
Entri terakhir dari blog taukey ialah..Panduan SEO Dari Google
setuju, diorang memang seorang yang berfikiran terbuka..satu ciri blogger yang patut ada..
Aku rasa kena ada notis kat atas announcement tu tulis FOR MUSLIM ONLY.
Entri terakhir dari blog Jimmy ialah..Aku suka komentar sebegini
tapi walau bagaimana jelas pun hukum tu diterangkan, entah dimana silapnya, mereka masih tak faham atau buat tak faham. bila aku terangkan benda ni kat mereka-mereka yang sukar memahami ini, mereka kaitkan hukum ini sebagai satu halangan kearah modenisasi. apa mereka faham apa itu maksud modenisasi dalam Islam? Pada aku memang mereka sengaja nak timbulkan provokasi.
bende ni dah terang. tapi masih tak ramai yg faham.
diorang saja je buat susah nak faham, mende bukan susah nak faham pun.. dah terang cakap hanya untuk orang ISLAM, tu pun x faham, dah tu nak buat apa lagi?
saya terus terang saya antara pengamal senaman yoga sebelum ni, saya mengamalkannya atas dasar senaman kerana bagi saya ia asas kepada senaman otot ‘air-force’, walaupun begitu, saya tidak pernah mengetahui tentang mentera atau jampi dalam senam tersebut kerana saya mempelajarinya sebgaai salah satu senaman, tetapi ia adalah gerakan yoga. jadi adakah saya patut meghentikan amalan senaman saya tu eak??
Entri terakhir dari blog ainulanique ialah..a very delecious sunday….
Jika dirujuk kembali penyataan fatwa, yoga tanpa bacaan mentera tidak salah. Yang salah apabila adanya bacaan mentera yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya. Saya bukan arif dalam hal ini, tapi saya merujuk daripada maklumat yang ada dan buat kesimpulan daripadanya.