Zambry MB Sah Perak: Adakah Ini Demokrasi?
Setelah pelbagai kisah, isu, kontroversi timbul mengenai isu di Perak, akhirnya hari ini (22 Mei 2009), Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Mahkamah Rayuan telah mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 yang lalu yang mana mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Tiada apa yang mampu saya katakan, tetapi pendapat peribadi saya mengenai isu ini adalah politik Malaysia sekarang ini terumbang-ambing disebabkan isu ini dan seakan-akan demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini hanya tinggal nama.
Kenapa saya berkata sedemikian? Cuba kita berfikir sejenak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar dipilih sebagai Menteri Besar Perak adalah melalui saluran yang sebaiknya iaitu melalui pilihan raya yang mana, beliau dipilih oleh rakyat Perak untuk menerajui Perak dan bagaimana pula dengan Datuk Seri Dr. Zambry? Sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri? Saya bukanlah penyokong parti barisan pembangkang mahupun parti barisan kerajaan, tapi pada saya, rakyat telah membuat pemilihan dan apa guna pilihan yang telah rakyat buat dahulu dengan apa yang terjadi sekarang? Mana demokrasi?
“Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah,” kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.
Kredit: Berita Harian
Saya tidak mahu mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan atau menidakkan tindakan Sultan Perak, jauh sekali untuk saya menyentuh soal undang-undang kerana saya akui ianya diluar bidang saya dan pengetahuan saya. Cuma disini saya ingin melemparkan sedikit pandangan saya mengenai isu ini. Kenapa tidak diadakan pilihan raya sekali lagi di Perak untuk memilih siapa yang paling layak memegang jawatan Menteri Besar Perak? Faktor bajet pada saya bukan persoalan kerana ianya subjektif, boleh dikurangkan jika mahu, tetapi kenapa menidakkan salah satu proses demokrasi ini? Pilihan raya adalah satu medium untuk rakyat memilih pemimpin untuk mereka, kenapa kita tidak mahu memilih jalan penyelesaian ini?
Saya tinggalkan persoalan-persoalan diatas untuk ada menilai dan menjawabnya melalui kotak komen dibawah dan entri ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja. Jika terdapat kesalahan info dalam entri ini, harap perbetulkan dan tegur saya. Terima kasih.
p/s: Saya mahu jadi parti berkecuali lah!
ENTRI BERKAITAN BARANGKALI:
tapi, sedihnya, Zambry tak dapat jadi antara trending topic kat Twitter, seperti mana Nizar pada minggu lepas. =P
Entri terakhir dari blog aman ialah..IBM Membawakan Business Reality Summit
hahaha, Zambry tak sepopular Nizar..mungkin tak ramai penyokong Zambry yang gunakan Twitter sebagai medium komunikasi..
Itulah permainan politik… nampaknya kat Malaysia ni tidak wujud lagi apa yang dinamakan demokrasi….
Entri terakhir dari blog hady ialah..Pisang:menyingkap misteri dan vitaminnya
Itu yang menjadi persoalan, walaupun majoriti DUN memilih Zambry sebagai MB, apa pula kata rakyat? Tidakkah mereka itu lebih layak membuat keputusan jika diikutkan amalan sistem demokrasi?
situasi politik sekarang ni sampai susah nak bezakan siapa yang benar dan siapa yang salah.
saya mahu join parti berkcuali anda! =)
betul kata Aman, sayangnya Zambry x sepopular Nizar di Twitter. popular di Digg, mungkin? huhu.
Entri terakhir dari blog alone ialah..Keep Working & Working
betul, saya setuju. Situasi sebegini buatkan rakyat lebih bingung mana satu benar mana satu salah. Biar masa yang menentukan.
Penyokong Zambry ramai guna Digg ke? hehe, stumbleupon kot..
undang2 pon xkebal.. inilah demokrasi sebenar.. hehe
Entri terakhir dari blog Joe ialah..Rindu nak blog kembali
hehe, undang2 itu mungkin betul berkuasa, tapi tak digunakan sebaiknya. Dalam hal ni, pendapat peribadi aku, sepatutnya bubar DUN, buat pilihan raya. Semua orang akan senang hati.
bagde untuk twitter merdeka 2009. sila ke http://sejuk.viere.net.my/2009/05/26/twitter-merdeka-2009/ dan donwload badge disana,thanks, saya sokong twitter merdeka 2009!!
hohoho, nanti saya promo.
aku pun pening ngah situasi politik sekarang…. tapi Nizar memang jauh lebih popular…
Entri terakhir dari blog Adry ialah..Jom Sertai Kem Remaja Islam 2009!!!
Sebab dia dipilih melalui proses yang pilihan raya, mungkin itu salah satu faktor dia lebih popular.
rakyat makin pening. sakit kepala nak baca crite pasal politik. tunggu jelah pru13
Entri terakhir dari blog katahill ialah..Nak Muntah Aku Baca Entri Kau
Hoho, berapa tahun lagi tu? Takpe, kita tunggu dan lihat kesan transformasi kerajaan.
erm..tahun lepas masa nizar pegang budak2 perak pi mesir ada sponsor tiket..tahun nih tak taw laa camna..abes laa zambry bt bangunan kt kroni, bkn membangunkan budak2…
Masih awal untuk menilai, kita tunggu sahaja apa tindakan selanjutnya.
OHmalaysiaku, apa nak jadi Malaysia hari ni semua macam budak-budak bila nak matang.. Selagi tidak kembali pada Islam tidak akan selesai masalah ni
Bila Islam hanya pada nama, semuanya tak akan mengikut sepertimana ajaran Islam.
APA YANG PENTING TANAH XDIBERI KPD CINA SELAMA 99 THUN N HAK ISLAM N MELAYU DIPERTAHANKAN..NIZAR OK BUT SOMETHING WRONG DLM PENTADBIRANNYA…JGN HANYA PDG APA YANG BAIK TP RENUNG KEMBALI YNG XBAIK YANG TELAH DILAKUKAN OLEHNYA
jgn pandang sebelah mata, baru-baru ni sapa bagi tanah kebun d ipoh pada pekebun-pekebun cina? ngapa ni orang barisan diam membisu 1000 bahasa. nizar bagi tanah pada sar d grik sapa ada komen? yang ni umno diam macam orang bodoh ja.cakap la biar 1 malaysia tau.tanah yg nizar bagi kalau nak ambil balik pun tak leh juga.ngapa umno pegang selama ni tak minta semula kpg-kpg baru tu pada cina? takut ke?
em..benda2 macam ni. Kita tunggu sajalah keputusannya..
Entri terakhir dari blog abrablog ialah..King of Pop: Who is Michael Jackson?
Kita tengok perkembangan baru selepas isu di Perak ini. Apa-apa pun, keputusan sudah dibuat dan kita harus terima sebagai rakyat.
cuba renungkan semula… DAP berkuasa… PKR bercerita…Pas sekadar kuda… lihat apa yang telah terjadi…siapa yang bermaharajalela dalam PKR…Nizar hanya jadi kuda tunggangan.. boneka semata2..Kerana sayangkan Bangsa saya rela BN mulakan kuasa semula.. Renung-renungkan…
buka mata buka minda, baca berita biar yang betuk,telus dan tepat.bacala sama harakah walaupun pembangkang.baru kome bu7ka mata n buka hati.sapa benar,sapa salah boleh kita nilai.yang saya tahu bwah pimpinan nizar pemimpin bkn islam sudah pandai cakap pasal Islam.bwh UMNO apapun tak tau.Nizar MB boleh pi tengah dan tepi.Yg utama sifat tawadduk n faham Islam beliau sukar ditandingi oleh MB UMNO.Pemimpin sebaik nizar pun u tak mau? Nilai diri anda di mana tahap u sebagai umat Islam sejati.HIDUP PAKATAN RAKYAT.KITA TUNGGU PRU 13
engineer fight wif dr…i think engineer bettr thn dr, yb nizar is my priority.
sya rsa isu d perak ini bleh d selsai kn mlalui sistm p’hakiman y telus dan adil ..ianya x spatut di Mahkamah Malaysia ttpi d Mahkamah antarabangsa…y adili o pakar2 plembagn ….bkn pakar2 propaganda..
Hmmm…ada betulnya jugak tu..saya pun tak tahu nak cakap apa, tapi apabila ingatkan kembali apa yang terjadi di Perak, tergelak dalam hati pun ada. Kerajaan boleh tukar2 macam tu je..
salam utk semua……
msia dah tak de lg undang2 yg telus,,sana sini rasuah..kerajaan tutup mata..mana maruah?
sanggup ke mereka tgk generasi akn dtg hidup dlm dunia rasuah?
for me i think,nizar is better he win but ade plk yg merebut kuasa?tapi kenapa perlu ade perebutan kuasa ni?tak takut ke mereka2 ni pd balasan ALLAH?di dunia kamu menang,didunia kamu lah hero tp di masyhar?fikirkan lah…jgn usung sana sini `saya anti rasuah` tp rasuah masih ade…
to nizar sy sokong perjuangan anda…..
mereka mungkin tidak pernah memikirkan seperti mana anda fikir..itu lah dunia.
SAYA PESARA TENTERA IGIN TANYA KAPADA YG BERKENAAN BERAPA RAMAI KAH ORG MELAYU YG SUDAH MENUKAR STATIS UGAMA NYA DARI ISLAM KE KRISTIAN KALAU BOLEH YG JAWAP TU MENTERI UMNO YG BERUGAMA ISLAM BUKAN SELAM2 MAAF SEKADAR IGIN TAHU SEBELUM PRK BAGAN PINANG
sbnrye syaitan sudah mntupi dan mgkaburkn mata kita mane yg benar dan slh…pbaiki diri dan cuba dalami islam….insyallah kita dah nmpk mne btl dan slh….sesungguhnya apa yang benar itu benar,yang salah itu kekal salahnya…kita dh lihat pemilihnnya nmpk slh…x telus,..adakn pilihnrya org len lak rampas…dasar itu suci,pmbuat dsr yg slh mlakuknnya…..